WorksheetsCakap Ajuk--> Cakap Pindah
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
"Saya berharap kalian belajar dengan bersungguh-sungguh," kata Cikgu Young kepada murid-murid.
Cikgu Young berkata kepada Ali bahawa dia berharap mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.
Murid-murid berkata kepada Cikgu Young bahawa mereka berharap dia belajar dengan bersungguh-sungguh.
Cikgu Young berkata kepada murid-murid bahawa dia berharap mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.
Cikgu Young bertanya kepada murid-murid bahawa dia berharap mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.
"Ayah harap kamu dapat jaga adik kamu baik-baik," kata Encik Tan kepada anak sulungnya.
Encik Tan meminta anak sulungnya menjaga ayahnya dengan baik.
Encik Tan menasihati anak sulungnya menjaga anaknya dengan baik.
Encik Tan meminta anak sulungnya menjaga adiknya dengan baik.
Encik Tan dan anak sulungnya diminta menjaga adik dengan baik.
"Wah, pakaian kamu amat menarik !" kata Mandy kepada Abigail.
Mandy memuji pakaian Abigail yang sangat menarik.
Mandy menyanjungi pakaian Abigail yang sangat cantik.
Abigail memuji pakaian Mandy yang sangat menarik.
Mandy berkata kepada Abigail bahawa bajunya yang sangat menarik.
"Mari Darren, saya tunjukkan kamu koleksi setem dan poskad saya," kata Sheng Hong.
Sheng Hong menjemput Darren melihat koleksi setem dan poskadnya.
Sheng Hong menasihati Darren melihat koleksi setem dan poskadnya.
Sheng Hong menunjukkan kepada Darren koleksi setem dan poskadnya.
Sheng Hong bertanya kepada Darren datang untuk melihat koleksi setem dan poskadnya.
"Kamu mesti giat menjalani latihan untuk memenangi perlawanan itu," kata Cikgu Ho kepada Kai Ye.
Cikgu Ho mengharapkan Kai Ye giat menjalani latihan untuk memenangi perlawanan itu.
Cikgu Ho dinasihati oleh Kai Ye agar giat menjalani latihan untuk memenangi perlawanan itu.
Cikgu Ho menasihati Kai Ye agar giat menjalani latihan untuk memenangi perlawanan itu.
Cikgu Ho mengajar Kai Yeagar giat menjalani latihan untuk memenangi perlawanan itu.
"Encik Tan, pukul berapakah kedai makanan laut itu akan dibuka?" tanya Puan Isnaini.
Puan Isnaini bertanya kepada Encik Tan tentang waktu kedai makanan laut itu akan dibuka.
Encik Tan memberitahu Puan Isnaini tentang waktu kedai makanan laut itu akan dibuka.
Puan Isnaini bertanya kepada Encik Tan tentang harga makanan laut yang dijual di kedai itu.
Puan Isnaini dan Encik Tan pergi ke kedai makanan laut itu tetapi belum dibuka.
"Cikgu, maafkan saya kerana tidak dapat hadir ke sekolah kerana saya kurang sihat," kata Jin Ming kepada Cikgu Karn.
Jin Ming memberitahu Cikgu Karn yang kurang sihat bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.
Jin Ming meminta maaf kepada Cikgu Karn kerana tidak hadir ke sekolah akibat kurang sihat.
Cikgu Karn tidak dapat hadir ke sekolah dan memberitahu Jin Ming bahawa dia kurang sihat.
Jin Ming kurang sihat dan meminta maaf kepada Cikgu Karn yang tidak dapat hadir ke sekolah.
"Mak, saya dan adik akan pulang lewat," kata Chun Fung.
Chun Fung memberitahu emaknya bahawa dia akan pulang lewat.
Chun Fung memberitahu emaknya bahawa adiknya akan pulang lewat.
Chun Fung dan adiknya memberitahu emak bahawa mereka akan pulang lewat.
Chun Fung memberitahu emaknya bahawa dia dan adiknya akan pulang lewat.
"Aduhai, malangnya nasibku!" kata Puan Khatijah.
Puan Khatijah mengeluh kerana nasibnya yang malang.
Puan Khatijah mengeluh kerana nasibku yang malang.
Puan Khatijah menjerit kesakitan kerana ditimpa kemalangan.
Puan Khatijah menjerit kerana malangnya nasibku.
"Matthew, sila ulangi jawapan yang disebut oleh Evan," kata Di Liang.
Di Liang menyuruh Matthew dan Evan mengulangi jawapan yang diberikan.
Di Liang mengarahkan Evan mengulangi jawapan yang diberikan oleh Matthew.
Di Liang mengarahkan Matthew mengulangi jawapan yang diberikan oleh Evan.
Matthew diarah oleh Evan untuk mengulangi jawapan yang diberi oleh Di Liang.
