NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa Bahasa Melayu Tahun 5
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
“Cikgu Aminah, bolehkah __________ menggunakan dewan sekolah pada petang ini?” tanya anak-anak murid.
saya
kami
kalian
mereka
__________ekor burung hinggap di atas dahan pokok rambutan itu.
Tiga
Bertiga
Ketiga
Ketiga-tiga
Daniel mengumpulkan baju-baju terpakai untuk didermakan _________ mangsa-mangsa gempa bumi.
pada
kepada
dengan
daripada
Lutut Siva cedera _________ terjatuh semasa hendak mendaki cerun itu.
maka
jika
agar
kerana
Raju berkata bahawa dia _______ menyertai lawatan ke Pulau Pinang pada tahun lepas.
belum
sedang
telah
akan
Para penonton _______ setelah pemain itu menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak.
bersorak
berbisik
bercakap
berucap
Mak Cik Limah mengukus beberapa _______ jagung di dalam periuk itu.
helai
bilah
bentuk
tongkol
Abang tidur dengan _______ setelah pulang dari menyertai perkhemahan di sekolahnya.
bengkok
lambat
nyenyak
dekat
Cikgu Ruben terpaksa _______ buku latihan anak muridnya di rumah kerana dia terlibat dalam mesyuarat pada petang tadi.
diperiksa
memeriksa
pemeriksa
peperiksaan
Johari membeli _______ yang dijual di gerai itu untuk dimakan semasa minum petang.
lauk-pauk
kuih-muih
sayur-mayur
rempah-ratus
Firas cuba ________ enjin kereta yang mati secara tiba-tiba.
menolak
mengelap
menghidupkan
membuka
Buku komik itu berharga tiga ringgit lima puluh sen ________.
senaskhah
sekeping
sepapan
serangkap
Pilih ayat yang sama maksud.
Puan Ida mengangkat pakaian yang dijemur di ampaian lalu melipatnya.
Pakaian yang dijemur di ampaian diangkat oleh Puan Ida lalu dilipatnya.
Pakaian yang dilipat oleh Puan Ida diangkat lalu dijemurnya di
ampaian.
Puan Ida mengangkat dan melipat pakaian yang dijemurnya
di ampaian.
Puan Ida melipat pakaian yang diangkat di ampaian lalu menjemurnya.
Pilih ayat yang sama maksud.
Encik Zaki menasihatkan Haziz supaya rajin bersenam agar badannya sentiasa sihat.
“Kamu perlu bersenam setiap hari supaya tubuh kamu sihat,” pesan Encik Zaki kepada Haziz.
“Kamu perlu rajin bersenam supaya badan kamu sihat,” pesan
Encik Zaki kepada Haziz.
“Kita perlu bersama-sama bersenam agar tubuh kita sentiasa sihat,” kata Encik Zaki kepada Haziz.
“Kamu berjanji untuk bersenam supaya badan kamu sihat,” kata Encik Zaki kepada Haziz.
Pilih ayat yang betul.
Murid-murid membeli makanan di waktu rehat.
Banyak murid-murid menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah.
Jimmy ialah murid yang terpaling tinggi sekali di kelasnya.
Pejabat pos dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00
petang.
