wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 5 (Kata Adjektif)

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun usia adiknya baru mencecah empat tahun tetapi dia _____ bercakap.

a)

laju

b)

mahir

c)

petah

d)

tangkas

2.

Bahrin berasa _____ semasa menjalani temu duga di syarikat itu pagi tadi.

a)

resah

b)

gusar

c)

gugup

d)

gopoh

3.

"Daging kambing yang belum dicuci dengan bersih itu berbau _____ " kata kakak.

a)

hamis

b)

hapak

c)

tengik

d)

hangit

4.

Wajah Nabihah sangat _____ ketika dia berbual sambil membaca buku cerita.

a)

ceria

b)

luhur

c)

manis

d)

suram

5.

Menara _____ di Teluk Intan merupakan salah satu mercu tanda bagi negeri Perak.

a)

senget

b)

goyang

c)

condong

d)

tumbang

6.

Sudah beberapa jenis syampu dicubanya, namun rambutnya masih lagi _____.

a)

ikal

b)

kejur

c)

kesat

d)

kusam

7.

Malik terpaksa menuntun basikal itu kerana tayarnya _____ akibat terkena benda tajam.

a)

nipis

b)

leper

c)

kendur

d)

kempis

8.

Beberapa buah rumah papan di Desa Aman _____ dipukul ribut kencang semalam.

a)

putus

b)

ranap

c)

pecah

d)

hancur

9.

Kejadian tanah runtuh di lereng bukit itu _____ berlaku kerana aktiviti penarahan bukit untuk pembangunan.

a)

kerap

b)

deras

c)

gopoh

d)

cepat

10.

"Rasa pisang yang belum masak itu agak _____ sedikit", kata emak kepada ayah.

a)

payau

b)

kelat

c)

manis

d)

masam

11.

Mazlan mengambil galah yang _____ untuk menurunkan layang-layangnya yang tersangkut pada dahan pokok rambutan yang _____ itu.

a)

besar.....tinggi

b)

pendek.....sekah

c)

panjang.....rimbun

d)

rendah.....rendang

12.

Amy Melisa berasa _____ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak berjaya.

a)

resah

b)

hampa

c)

hancur

d)

gembira

13.

Puan Atiqah merupakan seorang ibu tunggal yang _____ menghadapi dugaan hidup dalam membesarkan ketiga-tiga orang anaknya.

a)

patuh

b)

cekal

c)

berani

d)

curang

14.

Jambatan yang _____ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Parit Raja.

a)

sempit

b)

sarat

c)

lengang

d)

gawat

15.

Jalan utama di Bandaraya Kota Kinabalu menjadi _____ semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

a)

sempit

b)

sarat

c)

gawat

d)

lengang