WorksheetsLatihan Sains Ulangkaji Tahun 4 oleh Cikgu Pranee
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Seorang budak lelaki membaling sebiji bola ke atas. Apakah ramalan kamu tentang bola itu?
Bola itu masih berada di atas
Bola itu naik lebih tinggi
Bola itu berhenti di atas
Bola itu jatuh semula ke tanah
Rajah menunjukkan sekumpulan murid sedang menjalankan satu penyiasatan. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid selepas mencampurkan larutan tersebut?
Menganggar perubahan larutan
Memerhatikan perubahan larutan
Membaca perubahan larutan dengan kuat
Memberitahu perubahan larutan kepada kumpulan lain
Manusia melakukan proses pernafasan. Di manakah pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen berlaku semasa proses pernafasan?
Mulut
Hidung
Trakea
Peparu
Antara makanan berikut, yang manakah membantu manusia membuang tinja dengan baik?
Selepas dua jam, cacing Y masih hidup, manakala cacing X mati. Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian ini?
Cacing memerlukan air untuk hidup
Cacing dapat bergerak dalam keadaan lembap
Cacing bernafas dengan kulit yang lembap
Cacing memerlukan makanan untuk terus hidup.
Rajah menunjukkan pengelasan objek berdasarkan sifat bahan. Apakah yang diwakili oleh X dan Y?
X - Konduktor elektrik Y - Penebat elektrik
X - Tenggelam Y- Timbul
X - Menyerap air Y - Tidak menyerap air
X - Legap Y- Lut sinar
Jadual menunjukkan masa Firdaus menjalankan aktiviti berjoging pada hari yang berlainan. Antara carta palang berikut, yang manakah menunjukkan kadar pernafasan Firdaus berdasarkan maklumat dalam jadual ini?
Kerbau merupakan haiwan vertebrata. Antara haiwan berikut, yang manakah berada dalam kelas yang sama dengan kerbau?
Antara yang berikut, yang manakah betul tentang organ pernafasan haiwan dalam rajah.
Mempunyai peparu sahaja untuk bernafas
Bernafas melalui peparu dan kulit lembap
Mempunyai satu organ pernafasan sahaja
Mempunyai organ pernafasan yang sama seperti belalang
Rajah menunjukkan anak pokok yang diletakkan ke dalam sebuah kotak hitam yang berlubang. Apakah yang berlaku pada anak pokok itu selepas satu minggu?
Pucuk anak pokok layu
Pucuk anak pokok berkurang
Pucuk anak pokok tumbuh menegak ke atas
Pucuk anak pokok menghala ke arah lubang
Apakah yang akan berlaku sekiranya tumbuhan tidak melakukan fotosintesis?
Pencemaran udara semakin berkurang
Manusia dan haiwan kekurangan gas oksigen untuk respirasi
Gas karbon dioksida semakin berkurang dalam atmosfera
Manusia dan haiwan mudah untuk mendapatkan sumber makanan
Rajah menunjukkan empat jenis pokok yang ditanam di tempat yang berlainan. Antara tumbuhan berikut, yang manakah dapat menjalankan proses fotosintesis?
W
X
Y
Z
Antara berikut, yang manakah menunjukkan aplikasi prinsip pembiasan cahaya?
Rajah menunjukkan satu pembentukan bayang-bayang. Anak panah menunjukkan arah cahaya yang ditujukan. Antara yang berikut, yang manakah arah cahaya tuju yang betul?
P
Q
R
S
Rajah menunjukkan satu contoh kegunaan pantulan cahaya. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kegunaan pantulan yang sama dengan Rajah ini?
Rajah menunjukkan satu keadaan di jalan raya. Jalan raya kelihatan basah walaupun tidak hujan. Apakah inferens yang boleh dibuat?
Berlaku pemantulan dan pembiasan cahaya pada permukaan jalan raya
Berlaku penyerapan cahaya pada permukaan jalan raya
Berlaku pengurangan cahaya pada permukaan jalan raya
Berlaku penambahan cahaya pada permukaan jalan raya
Antara yang berikut, yang manakah memberikan kesan buruk kepada pendengaran?
Rajah menunjukkan dua jenis alat muzik. Bagaimanakah alat-alat muzik dalam rajah ini menghasilkan bunyi?
Dengan memukul alat-alat muzik itu
Dengan memetik alat-alat muzik itu
Dengan menggesek alat-alat muzik itu
Dengan meniup alat-alat muzik itu
Rajah menunjukkan keadaan di luar rumah Amin pada pukul 10.30 pg. Amin ingin bersembang dengan kawannya di tempat yang selesa. Antara tempat berikut, yang manakah yang paling sesuai?
P
Q
R
S
Rajah menunjukkan sekumpulan pengakap telah sesat di dalam hutan. Apakah tujuan pengakap menggunakan cermi
Menerangi kedudukan mereka
Menyorokkan kedudukan mereka
Memantulkan cahaya sebagai isyarat ke arah pasukan penyelamat
Membenarkan cahaya bergerak lurus ke semua arah
Tenaga R boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan. Antara yang berikut, yang manakah mewakili tenaga R?
Air
Petrol
Bateri
Gas asli
Rajah menunjukkan penggunaan panel solar di sebuah rumah. Bagaimanakah panel solar dapat membekalkan tenaga elektrik kepada pemanas air elektrik?
Panel solar mengubah tenaga solar kepada tenaga elektrik
Panel solar mengubah tenaga keupayaan kepada tenaga elektrik
Panel solar mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik
Panel solar mengubah tenaga nuklear kepada tenaga elektrik
Seorang atlet sedang melakukan latihan memanah. Apakah perubahan tenaga yang berlaku apabila anak panah dilepaskan?
Tenaga kimia kepada tenaga kinetik
Tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik
Tenaga kinetik kepada tenaga keupayaan
Tenaga kinetik kepada tenaga kimia
Rajah menunjukkan generator yang digunakan di dua buah gerai di sebuah pasar malam. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan perubahan tenaga yang berlaku pada generator setelah dihidupkan?
Tenaga haba ----> Tenaga elektrik
Tenaga elektrik---> Tenaga cahaya
Tenaga kimia ----> Tenaga elektrik
Tenaga cahaya ----> Tenaga elektrik
Baju hujan Hadi koyak akibat tersangkut pada pagar dawai di rumahnya. Antara bahan berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menampal bahagian yang koyak itu?
Bulu ayam
Kain Kapas
Surat khabar
Helaian plastik
Rajah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid ke atas dua objek yang dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air.
Objek K lebih berat daripada objek L
Objek K mempunyai daya apungan manakala objek L tiada daya apungan
Objek K tidak larut dalam air manakala objek L larut dalam air.
Objek K mempunyai isipadu yang tetap manakala objek L tiada isipadu yang tetap
Rajah menunjukkan seorang penoreh getah sedang menoreh getah. Apakah objek yang dibuat daripada getah?
Kotak
Baju hujan
Selipar getah
Kasut kulit
Rajah menunjukkan beberapa jenis objek. Bagaimanakah daya penyerapan air bagi objek dalam rajah boleh diuji?
Sambungan objek ke litar elektrik dan perhatikan keadaan mentol
Masukkan objek ke dalam bekas berisi air dan perhatikan kedudukannya ke dalam air
Titiskan air ke atas objek dan perhatikan kedaan objek
Dekatkan objek dengan magnet dan perhatikan tarikan objek kepada magnet
Antara objek berikut, yang manakah dibuat daripada sumber asas tumbuhan?
Khemah
Payung
Tayar kereta
Baju hujan
Rajah menunjukkan dua jenis pergerakan Bumi. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang pergerakan K dan L?
Pergerakan K adalah dari barat ke timur manakala pergerakan L dari timur ke barat
Bumi bergerak dalam pergerakan K manakala Matahari bergerak dalam pergerakan L
Masa pergerakan K kurang daripada masa pergerakan L
Pergerakan K lebih lambat daripada pergerakan L
Rajah menunjukkan satu litar elektrik yang tidak lengkap. Antara yang berikut, yang manakah boleh disambung di P supaya mentol menyala?
Paku besi
Ranting kayu
Gelang getah
Penyedut minuman
Rajah menunjukkan satu simulasi pembentukan siang dan malam. Ramalkan keadaan di bahagian P dan Q.
P- Siang Q - Malam
P - Malam Q - Siang
P - Siang Q - Siang
P - Malam Q - Malam
Antara yang berikut, yang manakah kesan daya tarikan graviti bumi?
Objek berubah warna
Objek berubah arah
Objek bergerak semakin laju
Objek berada pada kedudukan asalnya
Rajah menunjukkan sebuah lif. Apakah mesin ringkas yang terdapat pada lif?
Baji
Tuas
Takal
Roda dan gandar
Antara yang berikut, yang manakah menggunakan tuas?
Penyepit ais
Jam randik
Gerudi tangan
Pili air
Rajah menunjukkan satu pemotong kuku. Apakah mesin ringkas yang terdapat pada pemotong kuku?
Baji dan tuas
Baji dan takal
Takal dan tuas
Roda dan gandar
Antara berikut, maklumat yang manakah menerangkan tentang penciptaan mesin yang lestari?
Berlaku pembaziran
Menjadikan manusia lebih malas
Tidak memberikan sebarang manfaat
Memudahkan manusia membuat kerja
Berapakah tempoh masa yang diambil oleh bumi untuk mengelilingi Matahari?
24 jam
365 hari
365¼ hari
271/3 hari
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan putaran bumi pada paksinya?
Gempa bumi
Kejadian siang dan malam
Kejadian empat musim
Pembentukan ombak di laut
Iman, Zul dan Nina berada di sebuah taman yang sama tetapi kedudukan mereka berbeza. Mengapakah mereka bertiga boleh mendengar sebuah basikal membunyikan loceng?
Bunyi bergerak ke semua arah
Bunyi bergerak satu arah sahaja
Bunyi boleh dibiaskan
Bunyi menghasilkan gema
