NEW
Font size
WorksheetsPJPK T1( BADMINTON)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Perlawanan badminton mengandungi 3 set dan pemain atau pasukan yang memenangi dua set adalah pemenang.
Betul
Salah
Berapakah jumlah mata yang perlu diperoleh untuk satu set dalam permainan badminton?
15 mata
18 mata
21 mata
23 mata
Bagaimanakah permainan badminton biasa dimainkan?
Perseorangan
Berpasangan
Perseorangan dan berkumpulan
Perseorangan dan berpasangan (beregu)
Bilakah pertandingan badminton mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik?
Tahun 1982
Tahun 1992
Tahun 2002
Tahun 2012
Siapakah jaguh badminton Malaysia?
Dato' Nicole Ann David
Lin Dan
Dato' Lee Chong Wei
Rashid Sidek
Yang manakah bukan alatan yang diperlukan untuk permainan badminton?
Jaring
Kasut badminton
Raket
Bola tangkis
Apakah maksud kemahiran servis?
Digunakan untuk memberikan perkhidmatan.
Digunakan untuk memulakan permainan.
Digunakan untuk membaiki raket dan bulu tangkis.
Yang manakah merupakan jenis-jenis servis?
Servis pendek dan servis tinggi
Servis pendek dan servis panjang
Servis tinggi dan servis rendah
Bagaimanakah servis pendek dilakukan?
dilakukan dengan memukul menggunakan raket pendek.
dilakukan dengan pukulan bawah jaring.
dilakukan dengan pukulan hadapan atau pukulan kilas.
Bagaimanakah servis tinggi dilakukan?
dilakukan dengan pukulan hadapan.
dilakukan dengan pukulan bawah jaring.
dilakukan dengan pukulan hadapan atau pukulan kilas.
Dimanakah kawasan yang sesuai untuk menghantar bulu tangkis semasa melakukan pukulan kilas dan pukulan hadapan?
Bulu tangkis dipukul ke arah garisan sisi tanpa menyilang gelanggang.
Bulu tangkis dipukul ke arah garisan tepi.
Bulu tangkis dipukul ke arah pemain lawan.
Bagaimanakah layangan bulu tangkis semasa pukulan hadapan dan pukulan kilas?
Layangan bulu tangkis adalah melambung tinggi.
Layangan bulu tangkis adalah melambung tinggi dan perlahan.
Layangan bulu tangkis adalah mendatar dan laju.
Ke arah manakah anda perlu bergerak selepas anda melakukan pukulan lob ke gelanggang lawan?
bergerak ke kawasan tengah dalam gelanggangnya dan bersedia untuk menerima pukulan lawan.
bergerak ke kawasan hadapan jaring dalam gelanggangnya dan bersedia untuk menerima pukulan lawan.
bergerak ke kawasan belakang dalam gelanggangnya dan bersedia untuk menerima pukulan lawan.

Bagaimanakah cara pukulan bulu tangkis yang dilobkan ke arah garisan belakang gelanggang anda?
dilakukan dengan pukulan pendek bergantung pada kedudukan bulu tangkis.
dilakukan dengan pukulan pendek dan pukulan tinggi bergantung pada kedudukan bulu tangkis.
dilakukan dengan pukulan hadapan dan pukulan kilas bergantung pada kedudukan bulu tangkis.
Dimanakah pukulan lob biasa dilakukan?
di garisan tengah dan garisan tepi gelanggang.
di garisan belakang gelanggang atau kawasan berhampiran dengan jaring.
di garisan tepi gelanggang atau kawasan berhampiran dengan jaring
Yang manakah cara memegang raket yang betul semasa melakukan lob hadapan dari bahagian belakang gelanggang?
Raket dipegang atas paras kepala,raket diayun ke belakang dan bulu tangkis dipukul semasa posisi tinggi di atas kepala.
Raket dipegang di atas paras bahu dan memukul bulu tangkis pada posisi tinggi di atas kepala.
Raket dipegang di bahagian hadapan badan dengan kepala raket lebih rendah daripada pergelangan tangan.
Yang manakah cara memegang raket yang betul semasa melakukan lob kilas dari bahagian belakang gelanggang?
Raket dipegang atas paras kepala,raket diayun ke belakang dan bulu tangkis dipukul semasa posisi tinggi di atas kepala.
Raket dipegang di atas paras bahu bukan dominan dan memukul bulu tangkis pada posisi tinggi di atas kepala.
Raket dipegang di bahagian hadapan badan dengan kepala raket lebih rendah daripada pergelangan tangan.
Yang manakah cara memegang raket yang betul semasa melakukan lob hadapan dan lob kilas di kawasan berhampiran jaring?
Raket dipegang atas paras kepala,raket diayun ke belakang dan bulu tangkis dipukul semasa posisi tinggi di atas kepala.
Raket dipegang di atas paras bahu bukan dominan dan memukul bulu tangkis pada posisi tinggi di atas kepala.
Raket dipegang di bahagian hadapan badan dengan kepala raket lebih rendah daripada pergelangan tangan, bulu tangkis dipukul dari arah bawah.
Adakah permainan badminton merupakan permainan kategori jaring?
Ya
Tidak