Font size
WorksheetsPEND. MORAL F1 (BAB 1)
Total questions: 30
Worksheet time: 18mins
Moral berasal daripada bahasa?
Latin
Greek
Itali
Cina
Moral bermaksud perlakuan yang baik dan dapat diterima sejajar dengan kehendak agama, ______________, peraturan serta undang-undang.
keinginan diri
etika kerja
nilai dan norma masyarakat
hobi
Berikut merupakan tingkah laku bermoral yang diterima oleh masyarakat umum kecuali
berbohong kepada rakan
membantu warga tua
menyayangi binatang
menghormati ibu bapa
Apakah tingkah laku yang perlu dielakkan oleh setiap individu?
mencuri
menderma
belas kasihan
menepati masa
Setiap individu dianggap bermoral jika dia ________________.
menjaga kepentingan dirinya sahaja
bertindak sesuka hati
mematuhi peraturan
melanggar peraturan dan adat
Prinsip pertama Rukun Negara ialah __________ supaya sikap moral dapat diterapkan dalam kehidupan.
kepercayaan kepada Tuhan
keluhuran perlembagaan
kesetiaan kepada Raja dan Negara
kedaulatan undang-undang
Tingkah laku __________ adalah perlakuan yang diterapkan dan diterima oleh anggota masyarakat sejak turun -temurun
baik
benar
patut
sesuai
Alan sentiasa bercakap benar dan tidak pernah berbohong kepada sesiapa. Tingkah laku Alan merupakan tingkah laku yang ____________.
betul
baik
benar
patut
Arif dihukum oleh ayahnya kerana mencuri. Tindakan ayah Arif ialah tingkah laku yang __________.
patut
benar
baik
tegas
Insan yang bermoral akan sentiasa berasa _________ terhadap tindakan yang dilakukan.
tenang
takut
marah
sedih
Rakan anda selalu membuli murid kelas lain. Apakah tindakan anda?
turut membuli
mendiamkan diri
menasihati rakan
menasihati rakan yang dibuli
Perlakuan ___________ ialah tingkah laku untuk membaiki keadaan supaya tidak berlaku lagi salah laku tersebut.
benar
patut
baik
adil
Kepentingan bertingkah laku moral ialah ________.
melahirkan hubungan baik dengan orang lain
tidak dipercayai oleh orang lain
menyusahkan orang lain
melaporkan kesalahan rakan
Encik Rahim melaporkan kes penderaan kanak - kanak di kawasan kejiranannya. Perbuatannya merupakan tingkah laku _______.
benar
patut
baik
tidak patut
Apakah perasaan anda apabila rakan anda insaf selepas mendengar nasihat dan teguran anda?
belas kasihan
gembira
marah
sedih
Kita patut berbelanja secara ______ supaya tidak membebankan ibu bapa.
berhemah
membazir
Tingkah laku menyayangi semua orang tanpa mengira kaum merupakan tingkah laku yang _________.
baik
berhemah
Perbuatan _______ masa dengan melayari Internet ialah tingkah laku yang salah dan harus ditangani.
memenuhi
membazirkan
Rani memohon maaf kepada Salmiah kerana telah ________ buku kerjanya.
menghilangkan
membazirkan
Guru menegur seorang murid yang _________ dengan rakannya ketika perhimpunan sedang berlangsung.
baik
bercakap
Perbuatan mengakui sesuatu _________ ialah perbuatan yang benar.
kesalahan
peraturan
Moral merupakan tingkah laku yang diamalkan oleh seseorang yang tidak menyeleweng daripada norma ________.
masyarakat
memenuhi
Murid perlu mematuhi ________ yang ditetapkan di sekolah demi keharmonian warga sekolah.
kesalahan
peraturan
Kami sekeluarga sentiasa __________ undangan jiran-jiran apabila dijemput untuk menyerikan majlis mereka.
memenuhi
menghilangkan
Pesalah undang-undang jalan raya patut ________ untuk mengelakkan kemalangan jalan raya daripada terus berlaku.
dihukum
kesalahan
Gambar menunjukkan contoh tingkah laku bermoral. Namakan tingkah laku tersebut.
Memuliakan ibu bapa
Menghormati guru
Menziarahi jiran
Membantu rakan
Antara yang berikut yang manakah merupakan kepentingan bertingkah laku baik, benar dan patut dengan tepat.
i) Hubungan dengan orang lain akan menjadi mesra.
ii) Dipercayai dan diyakini oleh orang lain.
iii) Membantu untuk membuat keputusan yang betul dan tepat.
iv) Dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.
i dan ii
i,ii dan iii
i dan iii
i,iii Dan iv
Ranjeet Singh didenda oleh gurunya kerana keluar kelas tanpa mendapat kebenaran. Tindakan gurunya itu merupakan tingkah laku yang ___________.
Benar
Baik
Sesuai
Patut
Amir menghulurkan derma sempena Hari Pahlawan. Tindakan Amir merupakan tingkah laku yang __________.
Sahih
Baik
Benar
Luhur
Seseorang yang mengamalkan tingkah laku bermoral akan berasa _________ dalam kehidupan.
Sedih
Ragu-ragu
Gelisah
Tenang
