wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam Tingkatan 3

Total questions: 61

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan potongan hadis di atas, apakah perlakuan yang disebut sebagai salah satu bentuk sedekah?

a)

A. Berkata dengan perkataan yang baik

b)

B. Memberi duit kepada peminta sedekah

c)

C. Berlaku adil pada dua orang yang bertelingkah

d)

D. Menghilangkan sesuatu yang berbahaya di jalan

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan sedekah secara istilah?

a)

Memberi wang kepada orang miskin

b)

Membayar zakat pada pada bulan puasa

c)

Sesuatu pemberian yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah

d)

Suatu pemberian sama ada berbentuk maujud atau bukan, dilakukan ikhlas dari hati kepada golongan yang memerlukan

3.

Pilih padanan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang tepat

*pilihan di sebelah kiri adalah Fardhu Ain dan sebelah kanan adalah Fardhu kifayah

a)
b)
c)
d)
4.

.Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan penghayatan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah terhadap negara

a)

Keperluan hidup masyarakat dapat dipenuhi

b)

Membentuk keperibadian Muslim yang sejati

c)

Membina masyarakat yang berdisiplin dan saling membantu

d)

Ekonomi negara berkembang pesat dan bebas dari rasuah

5.

“Rahman bermusafir dan berhenti di sebuah masjid di sebuah kampung 5 minit sebelum waktu Maghrib tiba. Beliau mendapati bahawa tiada seorang penduduk kampung yang datang ke masjid”.


Berdasarkan petikan di atas, yang manakah tindakan paling sesuai perlu diambil oleh Rahman bagi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah?

a)

Menunggu Jemaah sehingga ada yang datang

b)

Mengetuk pintu setiap ahli penduduk dan mengajak ke masjid

c)

Menunaikan solat Maghrib secara sendirian apabila masuk waktu

d)

Melaungkan azan di pembesar suara dan menunggu sekiranya ada Jemaah yang datang

6.

Faktor utama kejayaan peristiwa pembukaan kota Mekah adalah ?

a)

Pihak musyrikin menyerah kalah kepada tentera Islam

b)

Kelengkapan alatan perang tentera Islam yang sangat lengkap dan berkualiti

c)

Salah satu daripada intipati perjanji Hudaibiyah adalah pembukaan Kota Mekah

d)

Strategi peperangan oleh Baginda S.A.W yang bersepadu serta ketaatan tenteranya

7.

Sebagai umat Islam, apakah iktibar yang boleh kita ambil dan hayati daripada peristiwa pembukaan Kota Mekah?

a)

Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi dan menentang musuh Islam

b)

Kita hendaklah keluar ke lapangan luar dari bilik darjah seuntuk berdakwah dan menyebarkan agama Islam ke serata dunia

c)

Kita tidak boleh menerima agama lain dengan sewenang-wenangnya

d)

Kita hendaklah melakukan tugasan secara teratur dan terancang bagi memastikan ia dapat terlaksana dengan baik

8.

Apabila seseorang meminta maaf kepada kita, kita hendaklah..

a)

Mencari punca kesalahannya

b)

Memberi kemaafan dan melupakan kesalahannya

c)

Memaafkan tetapi berasa dendam dengan kesalahannya

d)

Memberi kemaafan secara lisan tetapi tidak ikhlas

9.

Tentukan sebab termeterainya perjanjian Hudaibiyah

a)

Kewafatan Saidina Uthman bin Affan

b)

Pertembungan rombongan Rasulullah bersama tentera musyrikin Mekah

c)

Rombongan Baginda disekat untuk menunaikan umrah di Kota Mekah

d)

Rundingan bersama Suhail bin ‘Amr bersama Rasulullah setelah mengetahui tentang Bai’atur Ridhwan

10.

Jika sifat pemaaf dapat diamalkan, masyarakat akan...

a)

dapat mengembangkan ekonomi

b)

tidak iri hati dengan rezeki kurniaan Allah S.W.T

c)

Suasana tolong menolong dapat diwujudkan

d)

hidup dengan harmoni dan bertoleransi

11.

Berikut ialah sifat mustahil bagi rasul kecuali

a)

kazib

b)

kitman

c)

tabligh

d)

khianat

12.

Antara yang berikut, yang manakah sifat wajib bagi rasul

a)

Kazib

b)

kitman

c)

baladah

d)

fathonah

13.

Berikut ialah hikmah rasul dipilih dalam kalangan manusia kecuali

a)

manusia lebih mudah beriman

b)

menunjukkan kemuliaan manusia

c)

sebagai contoh ikutan yang sempurna

d)

Allah SWT menyayangi manusia berbanding makhluk lain

14.

Menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata.


Pernyataan di atas merujuk kepada ________________ rasul

a)

sifat

b)

tugas

c)

mukjizat

d)

keistimewaan

15.

Makan, minum dan berkahwin ialah contoh sifat _____________bagi rasul

a)

wajib

b)

harus

c)

haram

d)

sunat

16.

Islam menjadikan rasul sebagai ______________ hasanah dalam kehidupan.

a)

maknawi

b)

harus

c)

hissi

d)

qudwah

17.

Bilangan rasul yang disebut di dalam al-Quran secara khusus ialah __________ orang.

a)

15

b)

25

c)

35

d)

45

18.

Mukjizat terbahagi kepada ________________ jenis

a)

dua

b)

tiga

c)

empat

d)

lima

19.

Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW ialah __________ .

a)

Al-Quran

b)

peristiwa Isra' dan Mikraj

c)

air keluar dari celah jari baginda

d)

awan sentiasa melindungi perjalanan baginda

20.

Maksud beriman kepada rasul ialah ...

a)

meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan para nabi dan rasul kepada umat manusia.

b)

meyakini bahawa Allah mengutuskan malaikat kepada umat manusia.

c)

meyakini bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi nabi dan rasul.

d)

meyakini bahawa Allah tidak mengutuskan nabi dan rasul kepada manusia.

21.

Pemeliharaan Allah SWT terhadap para rasul daripada melakukan dosa.

a)

Ismah al Rasul

b)

Mukjizat

c)

Ulul Azmi

d)

Fatanah

22.

Maksud mukjizat ialah..

a)

perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada seorang nabi dan rasul.

b)

perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia biasa.

c)

perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada bakal rasul.

d)

perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang beriman.

23.

Rasul ululazmi bermaksud rasul yang mempunyai.......................hati.

a)

kecekalan dan ketabahan

b)

kecekalan dan kemampuan

c)

kemampuan dan kekuatan

d)

kekuatan dan kemahiran

24.

Berikut adalah Rasul Ululazmi kecuali..

a)

Nabi Muhammad

b)

Nabi Ismail

c)

Nabi Ibrahim

d)

Nabi Musa

25.

Memiliki sifat kemanusiaan yang tidak mencacatkan martabat kenabian dan kerasulan. Kenyataan ini adalah...

a)

sifat harus bagi rasul.

b)

sifat wajib bagi rasul.

c)

sifat mustahil bagi rasul.

d)

sifat makruh bagi rasul.

26.

Berikut adalah tugas-tugas para rasul kecuali...

a)

menjadi contoh dan teladan kepada manusia.

b)

menyampaikan berita gembira kepada orang mukmin.

c)

menjadi saksi terhadap manusia sama ada beriman atau tidak beriman.

d)

membasmi dan menghapus segala bentuk kebaikan.

27.

Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan wahyu kepadanya tetapi tidak diperintahkan untuk menyampaikan kepada umatnya. Kenyataan ini merujuk kepada maksud..

a)

rasul

b)

nabi

c)

malaikat

d)

manusia

28.

Amalan-amalan nabi dalam kehidupan seharian adalah digelar..

a)

sunnah

b)

fardu ain

c)

fardu kifayah

d)

ibadah

29.

Maksud komunikasi ialah .....

a)

Perhubungan

b)

Perhubungan antara individu atau kumpulan masyarakat, samada secara langsung atau melalui suatu alat perantaraan seperti surat, telefon, email, radio dan televisyen.

c)

Pergaulan antara individu

d)

Interaksi antara manusia

30.

Apakah prinsip komunikasi dalam Islam?

a)

Berkata benar, jujur, tidak palsu dan tidak menyeleweng.

b)

Menggunakan bahasa yang sopan.

c)

Hindari fitnah.

d)

Tidak membuka aib orang lain.

31.

Hikmah komunikasi terhadap individu ialah ....

a)

Wujud sikap saling memahami dan menghormati.

b)

Dihormati kerana berakhlak mulia.

c)

Kehidupannya diredhai dan dirahmati Allah SWT.

d)

Menambah kemesraan dan mengukuhkan perpaduan.

32.

Adab berkomunikasi ialah ...

a)

Menggunakan bahasa yang sopan dan lemah lembut.

b)

Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

c)

Memelihara adab berkomunikasi dalam kehidupan seharian.

d)

Kesahihan sesuatu maklumat perlu diselidiki.

33.

Cara berkomunikasi yang tidak beradab ...

a)

Berbincang sesuatu perkara di tempat yang sesuai.

b)

Berbual dengan suara yang lantang ketika didalam masjid.

c)

Bermegah dan sombong dengan kecanggihan gajet yang dimiliki.

d)

Menggunkan alat komunikasi untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

34.

Akibat tidak beradab dalam berkomunikasi ialah ....

a)

Bersangka baik terhadap rakan.

b)

Maklumat dapat disampaikan dengan jelas.

c)

Dapat membuka aib diri sendiri.

d)

Tidak dapat menyampaikan sesuatu mesej dengan sempurna.

35.

Tiga prinsip komunikasi yang digariskan dalam Islam.

a)

Kata-kata yang benar dan jujur.

b)

Kata-kata yang mula.

c)

Kata-kata yang lemah lembut.

d)

Kata-kata yang nista.

36.

Maksud komunikasi menurut bahasa ialah perhubungan.

a)

Betul

b)

Salah

37.

Islam mengajar umatnya agar __________ ketika berkomunikasi dalam kehidupan bermasyarakat.

a)

menjaga aib orang lain

b)

menjaga hubungan

c)

memelihara adab

d)

menyayangi anatara satu sama lain

38.

Menggunakan bahasa dan dialek yang mudah difahami merupakan...

a)

Maksud berkomunikasi

b)

Hikmah berkomunikasi

c)

Prinsip berkomunikasi

d)

Adab berkomunikasi

39.

Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat membezakan antara baik dan buruk

a)

Hikmah terhadap masyarakat

b)

Hikmah terhadap individu

40.

Tepat kepada sasaran dan memberi kesan kepada hati pendengar merupakan adab-adab berkomunikasi.

a)

Betul

b)

Salah

41.

Antara bentuk alat perhubungan atau komunikasi ialah...

a)

surat.

b)

telefon.

c)

televisyen.

d)

email.

42.

Kesahsihan sesuatu maklumat perlu diselidiki agar tidak menyebarkan maklumat ____________.

a)

benar

b)

palsu

c)

yang diragui

d)

betul

43.

Hikmah komunikasi terhadap masyarakat ialah ....

a)

Kehidupan diredhai dan dirahmati Allah SWT.

b)

Dihormati kerana berakhlak mulia.

c)

Menambah kemesraan dan mengukuhkan perpaduan.

d)

Wujud sikap saling memahami dan menghormati.

44.

Antara yang berikut yang manakah bukan sifat mustahil bagi rasul?

a)

Khianat

b)

Baladah

c)

Kazibun

d)

Fathonah

45.

Berdakwah selama 950 tahun

Sedikit sahaja umatanya yang beriman


Siapakah Rasul Ulul Azmi dalam pernyataan di atas?

a)

Nabi Nuh a.s

b)

Nabi Isa a.s

c)

Nabi Musa a.s

d)

Nabi Ibrahim a.s

46.

Berikut adalah nama lain bagi hari akhirat kecuali

a)

Yaumul Fasl

b)

Yaumul Hisab

c)

Yaumul Azim

d)

Yaumul Qiamah

47.

Pilih pernyataan yang tepat mengani tanda kecil kiamat.

a)

Keluar Dajjal

b)

Banyak berlaku peperangan

c)

Matahari terbit di sebelah barat

d)

Berlaku gempa bumi di timur, barat dan semenanjung tanah arab

48.

Al-Ghaniy ialah nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha __________

a)

Kaya

b)

Bijaksana

c)

Pemberi Rezeki

d)

Penerima Taubat

49.

Roh manusia akan ditempat di __________ selepas berlaku kematian.

a)

Luh Mahfuz

b)

alam barzakh

c)

langit ke tujuh

d)

Sidratul Muntaha

50.

Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan mereka.


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian __________

a)

Ismaturrasul

b)

mukjizat

c)

sihir

d)

karamah

51.

Antara berikut yang manakah amalan untuk menghindari diri daripada neraka.

a)

Melakukan jenayah ke atas orang lain

b)

Memperbanyakkan ibadat sunat

c)

Berkawan dengan orang yang melakukan dosa

d)

Memakan hasil sumber yang dilarang

52.

Suatu kehidupan di antara kehidupan dunia dengan akhirat


Pernyataan di atas merujuk kepada alam __________

a)

barzakh

b)

akhirat

c)

ghaib

d)

syahadah

53.

Berikut adalah nabi-nabi Ulul Azmi kecuali

a)

Nabi Musa a.s

b)

nabi Nuh a.s

c)

Nabi Daud a.s

d)

Nabi Ibrahim a.s

54.

__________ ialah ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

a)

Pahala

b)

Hadiah

c)

Dosa

d)

Azab

55.

Tempat perhimpunan semua makhluk yang dihidupkan semula dan dibangkitkan daripada kubur mereka.


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian __________

a)

Hisab

b)

Mizan

c)

Sirat

d)

Mahsyar

56.

Berikut adalah nama-nama syurga kecuali

a)

Darul Qarar

b)

Darul Khuldi

c)

Al-Jahim

d)

Maqamun Amin

57.

Ketentuan Allah SWT yang azali terhadap semua makhluk.


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian __________

a)

Qada'

b)

Qadar

c)

Usaha

d)

Tawakal

58.

__________ ialah ketentuan Allah SWT yang tidak berubah dan dilaksanakan mengikut kehendak dan kekuasaan-Nya.

a)

Qada' Mubram

b)

Qada' Mua'llaq

59.

Berikut adalah tugas rasul kecuali

a)

menjadi saksi terhadap manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT

b)

menjadi contoh tauladan terbaik kepada umat manusia

c)

menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah SWT

d)

Membimbing manusia untuk kebahagiaan di dunia sahaja

60.

Nabi ialah seorang lelaki pilihan Allah SWT, dikurniakan ______________ kepadanya tetapi tidak diperintah menyampaikannya kepada orang lain.

a)

kitab

b)

buku

c)

wahyu

d)

kitab

61.

Berikut merupakan nama lain bagi hari akhirat kecuali

a)

Hari Kiamat

b)

Hari Pembalasan

c)

Hari Kekuasaan

d)

Hari Perhitungan