wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Ali suka mencuri. Dia digelar __________ oleh rakan-rakannya.
a)
buruk siku
b)
panjang tangan
c)
lintah darat
d)
durian runtuh
2.
Encik Ali diburu oleh ________ kerana berhutang ribuan ringgit dengan mereka.
a)
pening lalat
b)
nyawa-nyawa ikan
c)
lintah darat
d)
buruk siku
3.
Ismail _______ pada pagi ini kerana bangun lewat.
a)
mandi kerbau
b)
makan angin
c)
telinga lintah
d)
mandi peluh
4.

Keluarga Encik Zainal hanya mampu ______ setelah semua barangan mereka hangus terbakar setelah kediaman mereka dijilat api pada pagi tadi.

a)

ringan tulang

b)

ayam tambatan

c)

berputih mata

d)

mata keranjang

5.
Sakinah tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana dia seorang yang kedekut dan digelar ________.
a)
hati batu
b)
keras kepala
c)
tangkai jering
d)
buruk siku
6.
Salmah dan Asyikin tidak menyukai Fatimah kerana dia bukan _________ bapa mereka.
a)
anak bongsu
b)
anak emas
c)
anak kandung
d)
anak tunggal
7.

Perilaku Aminah yang kurang sopan tempoh hari menjadi ________ masyarakat kampung.

a)

buah mulut

b)

buah fikiran

c)

buah cakap

d)

buah-buahan

8.
Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah mempercayai __________ dan perlu merujuk sumber yang betul bagi memperoleh maklumat yang sahih.
a)
khabar baik
b)
surat khabar 
c)
khabar angin
d)
khabar gembira
9.

Setiap hari Encik Rahman ________ bagi menyara keluarganya setelah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas.

a)

mandi kerbau

b)

mandi peluh

c)

hidung belang

d)

hidung tinggi

10.
Golongan muda-mudi pada zaman sekarang semakin __________ kerana sering dimanjakan oleh ibu bapa masing-masing.
a)
besar kepala
b)
kepala angin
c)
ambil angin
d)
kuku besi
11.

Samuel amat __________melihat perbuatan jahat anak-anak Eli.

a)

anak kandung

b)

hidung tinggi

c)

susah hati

d)

campur tangan

12.

Sulaiman membeli hadiah sebagai ______________ buat gurunya yang akan berpindah ke sekolah lain.

a)

cenderamata

b)

tanda mata

c)

buah tangan

d)

durian runtuh

13.

Aiman sering ditegur oleh gurunya kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Tulisan Muthu juga sukar dibaca kerana seperti _________________.

a)

cakar ayam

b)

tanduk kerbau

c)

lintah darat

d)

kuku besi

14.

Encik Zainal merupakan seorang yang mudah bergaul dengan masyarakat kerana sikapnya yang ________________.

a)

kepala angin

b)

manis mulut

c)

ringan mulut

d)

mata keranjang

15.

Aina digelar sebagai ________________ oleh rakan-rakannya kerana sering mengambil semula barang-barang atau pemberian yang telah diberikan kepada orang lain.

a)

tangkai jering

b)

keras kepala

c)

hati batu

d)

buruk siku

16.

Walaupun Adli tinggal berjauhan dengan ibu bapanya, dia sering ______________ dan menghubungi mereka untuk bertanya khabar pada setiap masa.

a)

ringan tulang

b)

ambil berat

c)

jaga hati

d)

ambil hati

17.

Sang Kancil berjaya memperdayakan Sang Buaya kerana Sang Buaya merupakan binatang yang _______________ serta mudah ditipu.

a)

ulat buku

b)

panjang akal

c)

otak udang

d)

panjang tangan

18.

Guru Besar ________________ atas kejayaan pasukan hoki sekolah yang berjaya menjadi johan dalam pertandingan peringkat negeri tahun ini.

a)

besar hati

b)

murah hati

c)

panjang akal

d)

manis mulut

19.

Amira merasa ______________ terhadap Siti yang menjauhkan diri dan tidak mahu berkawan lagi dengannya.

a)

kecil hati

b)

sakit hati

c)

hati batu

d)

besar hati

20.

Sebagai pengadil, Johan tidak seharusnya bersikap ___________ dalam mengadili sesebuah perlawanan yang melibatkan dua kumpulan.

a)

isi hati

b)

beri muka

c)

lepas tangan

d)

berat sebelah