wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI BAB 2 TINGKATAN 4

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Kemajuan teknologi dalam pengeluaran menyebabkan

a)

a. penawaran bertambah

b)

b. permintaan bertambah

c)

c. permintaan berkurang

d)

d. penawaran berkurang

2.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu situasi di pasaran ikan. " Laut bergelora dengan ombak setinggi 4 meter dijangka berterusan sehingga minggu depan. Keadaan ini amat berbahaya kepada bot-bot nelayan." Apakah kesan terhadap pasaran ikan?

a)

a. Harga turun dan kuantiti bertambah

b)

b. Harga naik dan kuantiti berkurang

c)

c. Harga naik dan kuantiti bertambah

d)

d. Harga turun dan kuantiti berkurang

3.
  1. Apakah penentu yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri?
a)

a. Peningkatan harga barang itu

b)

b. Penurunan kadar cukai pendapatan individu

c)

c. Pertambahan cit rasa barang itu

d)

d. Kempen pengiklanan bagi barang pengganti berjaya

4.

Maklumat berikut berkaitan ketidakseimbangan. " Apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta". Apakah yang akan berlaku?

a)

a. Kekurangan barang

b)

b. Permintaan berkurang

c)

c. Harga cenderung naik

d)

d. Harga cenderung turun

5.

Penggunaan racun serangga yang berlebihan oleh pekebun sayur telah

a)

a. menambahkan hasil pekebun sayur

b)

b. mengurangkan penawaran sayur-sayuran

c)

c. mengurangkan permintaan sayur-sayuran

d)

d. menambahkan permintaan sayur-sayuran

6.

Pertambahan permintaan dalam pasaran menyebabkan harga naik dan kuantiti (a)  

7.

(a)   penawaran di pasaran menyebabkan harga naik dan kuantiti berkurang.

8.

Keseimbangan pasaran berlaku apabila kuantiti diminta (a)   dengan kuantiti ditawarkan.

9.

Semasa pasaran mengalami lebihan penawaran harga pasaran lebih (a)   daripada harga keseimbangan.

10.

Harga pasaran lebih tinggi daripada harga keseimbangan apabila pasaran mengalami lebihan (a)  

11.

Keanjalan harga permintaan adalah

a)

mengukur perubahan harga sebagai tindakbalas daripada perubahan kuantiti

b)

mengukur perubahan harga sebagai tindakbalas daripada perubahan kuantiti

c)

mengukur perubahan harga sebagai tindakbalas daripada perubahan kuantiti

d)

mengukur perubahan harga sebagai tindakbalas daripada perubahan pendapatan

pengguna.

12.

Manakah yang betul tentang keanjalan permintaan?

a)

Perubahan harga akibat perubahan kuantiti diminta

b)

Nisbah antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan harga

c)

Peratusan perubahan kuantiti diminta akibat peratus perubahan harga

d)

Peratusan perubahan harga dibahagikan dengan peratusan perubahan kuantiti

diminta

13.

Keanjalan harga permintaan digunakan untuk mengukur

a)

pendapatan bolehguna individu apabila harga barang-barang meningkat.

b)

perubahan harga akibat perubahan dalam kuantiti barang diminta oleh pengguna

c)

tindakbalas pengguna terhadap kuantiti barang diminta apabila berlaku perubahan harga barang tersebut.

d)

tindakbalas pengguna terhadap kuantiti barang diminta apabila berlaku pertambahan dalam pendapatan.

14.

Apakah kesan kepada kuantiti diminta jika harga naik sebanyak 10% bagi permintaan barang tak anjal?

a)

Menurun lebih daripada 10%

b)

Meningkat lebih daripada 10%

c)

Menurun kurang daripada 10%

d)

Meningkat kurang daripada 10%

15.

Antara barang yang berikut yang manakah permintannya tidak anjal?

I Gula

II Beras

III Kereta

IV Telefon Bimbit

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

16.

Antara barang yang berikut yang manakah permintannya anjal?

I Gula

II Telefon bimbit

III Kereta

IV Beras

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

17.

Ciri manakah yang benar tentang keanjalan permintaan anjal?

a)

Kecerunan keluk permintaan adalah lebih curam

b)

Contoh barang gula

c)

Peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada peratus perubahan harga

d)

Pekali keanjalan harga permintaan kurang daripada satu

18.

Kenaikan harga kopi sebanyak 5% telah menyebabkan permintaan jatuh sebanyak 10%. Berapakah nilai keanjalan harga permintaan kopi?

a)

A 0.5

b)

B 2.0

c)

C 5.0

d)

D 15.0

19.

Jika pekali keanjalan harga permintaan ialah 1.4, apakah langkah yang perlu dilakukan oleh pengeluar untuk meningkatkan hasil jualan.

a)

meningkatkan harga barang keluarannya

b)

menurunkan harga barang keluarannya

c)

meningkatkan harga barang pengganti

d)

menurunkan harga barang pengganti

20.

Antara yang berikut, faktor manakah yang mempengaruhi keanjalan harga permintaan sesuatu barang?

I Jenis barangan

II Ketersediaan stok

III Ketahanan barang

IV Bilangan firma dalam pasaran

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Antara berikut, yang manakah benar tentang keluk permintaan?

I Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan

II Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurang

III Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap tingkat

harga

IV Menunjukkan hubungan negatif antara kuantiti diminta dengan harga

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Permintaan pasaran ikan merujuk kepada..

a)

jumlah kuantiti ikan yang dijual oleh pengeluar pada tingkat harga tertentu.

b)

jumlah kuantiti ikan yang dibeli oleh semua pengguna pada tingkat harga tertentu

c)

jumlah kuantiti ikan yang diminta oleh semua pengguna pada tingkat harga dan jangka masa tertentu.

d)

jumlah kuantiti ikan yang dikeluarkan oleh semua pengeluar pada tingkat harga dan jangka masa tertentu

23.

Antara berikut , kumpulan yang manakah merupakan barang penggenap?

a)

Susu dan Keju

b)

Televisyen dan elektrik

c)

Daging kambing dan susu kambing

d)

Perkhidmatan teksi dan tambang teksi

24.

Peningkatan jumlah rumah di Kuala Lumpur menyebabkan permintaan tukang paip dan pendawai elektrik meningkat. Situasi ini menunjukkan..

a)

konsep barang pengganti

b)

konsep barang penggenap

c)

konsep keseimbangan pasaran

d)

konsep keanjalan harga permintaan

25.

Permintaan untuk televisyen meningkat jika..

a)

cukai pendapatan individu dinaikkan

b)

harga pemain cakera padat meningkat

c)

cukai untuk televisyen import meningkat

d)

yuran langganan ASTRO menurun

26.

Antara berikut , yang manakah akan mengurangkan permintaan terhadap ayam?

a)

Harga daging lembu menurun

b)

Pendapatan individu meningkat

c)

Perubahan dalam teknologi penternakan

d)

Kerajaan memberikan subsidi kepada penternak ayam

27.

Antara berikut yang manakah mungkin menyebabkan pergerakan di atas keluk permintaan kereta?

a)

Penurunan harga kereta

b)

Penurunan harga minyak petrol

c)

Kenaikan tambang pengangkutan awam

d)

Kenaikan premium insurans untuk motosikal

28.

Rajah di atas menunjukkan peralihan keluk permintaan bagi kereta tempatan jenama PERSONA.

Apakah yang menyebabkan keluk permintaan beralih dari DoDo ke D1D1?

a)

Penurunan harga kereta PERSONA

b)

Penurunan harga kereta import

c)

Penurunan pendapatan pengguna

d)

Kerajaan meningkatkan cukai terhadap kereta import

29.

Rajah menunjukkan keluk permintaan barang Z.

Apakah yang akan berlaku ke atas titik-titik pada keluk permintaan jika kempen promosi yang dijalankan untuk barang Z mencapai kejayaan?

a)

Titik G beralih ke titik H

b)

Titik G beralih ke titik E

c)

Titik F beralih ke titik G

d)

Titik F beralih ke titik E

30.

Rajah menunjukkan keluk penawaran barang X.

Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri keluk penawaran tersebut?

I Mempunyai kecerunan negatif

II Mencerun ke atas dari kiri ke kanan

III Hubungan langsung antara harga dan kuantiti ditawarkan

IV Semakin rendah harga barang X semakin tinggi kuantiti ditawarkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Syarikat Hadi Berhad bercadang untuk menambahkan penawaran pakaian sebanyak 30% untuk pasaran tempatan.

Peningkatan penawaran ini mungkin disebabkan oleh

a)

Penurunan kos upah

b)

peningkatan sewa kilang

c)

penurunan harga pakaian

d)

peningkatan cukai ke atas bahan

32.

Antara berikut , yang manakah menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan?

I Peningkatan teknologi

II Penurunan kadar subsidi

III Peningkatan kos bahan mentah

IV Matlamat pengeluar memaksimumkan output

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Maksud kuantiti keseimbangan ialah..

a)

jualan purat firma untuk satu tahun

b)

keluaran purata firma untuk satu tahun

c)

satu keadaan di mana firma memperoleh keuntunga maksimum

d)

tingkat pengeluaran di mana keluk permintaan dan keluk penawaran bersilang antara satu sama lain.

34.

Jadual menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan sesuatu barang.

Apakah kesan kepada pasaran jika harga pada RM9?

a)

Berlaku lebihan penawaran

b)

Berlaku lebihan permintaan

c)

Harga cenderung untuk naik

d)

Harga cenderung untuk tidak berubah

35.

Rajah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran sesuatu barang. Keseimbangan pasaran ditunjukkan oleh titik E.

Berapakah jumlah lebihan permintaan pada tingkat harga P1?

a)

HF

b)

GI

c)

HI

d)

FE

36.

Rajah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang.

Apakah yang akan berlaku apabila harga turun lebih rendah daripada Po?

a)

Tingkat harga cenderung untuk menurun lagi

b)

Berlakunya lebihan penawaran dalam pasaran

c)

Kuantiti permintaan pasaran kurang daripada kuantiti penawaran pasaran

d)

Kuantiti penawaran pasaran kurang daripada kuantiti permintaan pasaran

37.

Rajah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran buku.

Apakah yang akan berlaku dalam pasaran apabila tingkat harga berada pada RM12?

I Harga cenderung menurun

II Keseimbangan pasaran dicapai

III Lebihan permintaan sebanyak 4 unit

IV Lebihan penawaran sebanyak 4 unit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Apakah kesan kepada perabot kayu jika permintaan berkurang tetapi penawaran tetap?

a)

Berlaku lebihan penawaran dan harga akan naik

b)

Berlaku lebihan permintaan dan harga akan naik

c)

Berlaku lebihan penawaran dan harga akan jatuh

d)

Berlaku lebihan permintaan dan harga akan jatuh

39.

Apakah yan dimaksudkan dengan keanjalan harga permintaan?

a)

Ukuran perubahan harga akibat daripada perubahan pendapatan

b)

Ukuran perubahan kuantiti diminta akibat daripada perubahan harga

c)

Ukuran perubahan harga akibat daripada perubahan kuantiti diminta

d)

Ukuran perubahan kuantiti diminta akibta daripada perubahan pendapatan

40.

Rajah menunjukkan keluk permintaan untuk barang P.

Hitungkan pekali keanjalan harga permintaan barang tersebut.

a)

0.4

b)

1.0

c)

1.4

d)

3.5

41.

Apakah yang ditunjukkan oleh tanda negatif pada keanjalan harga permintaan ?

a)

Hubungan positif antara harga dengan kuantiti diminta

b)

Hubungan mutlak antara harga dengan kuantiti diminta

c)

Hubungan langsung antara harga dengan kuantiti diminta

d)

Hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta

42.

Satu kajian menunjukkan nilai keanjalan harga permintaan kasut di Malaysia adalah 1.5.

Apakah kesimpulan yang boleh didapati dalam pernyataan tersebut?

a)

Permintaan kasut adalah tak anjal

b)

Penjual harus menaikkan harga jualan untuk memaksimumkan keuntungan

c)

Peratus perubahan harga adalah lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti diminta kasut

d)

Kenaikan harga kasut sebanyak 1% akan menyebabkan pengurangan kuantiti diminta sebanyak 1.5%

43.

Antara berikut yang manakah akan mempengaruhi keanjalan permintaan televisyen?

a)

Kadar faedah

b)

Bilangan barang pengganti

c)

Tarikh pengeluaran televisyen

d)

Perubahan cita rasa pengguna

44.

Hitungkan keanjalan harga penawaran bagi barang apabila harganya naik daripada RM 250 kepada RM 300.

a)

0.2

b)

0.5

c)

2.0

d)

5.0

45.

Jika nilai pekali keanjalan harga penawaran bagi barang H adalah 2.0, kenaikan harga sebanyak 40% akan menyebabkan kuantiti ditawar

a)

naik sebanyak 20%

b)

naik sebanyak 80%

c)

turun sebanyak 20%

d)

turun sebanyak 20%

46.

Keanjalan harga penawaran pakaian adalah 3.0.

Kenaikan harga pakaian daripada RM10 kepada RM12 akan meningkatkan jumlah penawaran pakaian daripada 1000 unit kepada berapa unit?

a)

1006 unit

b)

1060 unit

c)

1066 unit

d)

1600 unit

47.

Peratus perubahan kuantiti barang W adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga barang W.

Apakah jenis keanjalan harga penawaran bagi barang tersebut?

a)

Anjal

b)

Anjal satu

c)

Tak anjal

d)

Anjal uniti

48.

Antara berikut , barang yang manakah mempunyai pekali keanjalan harga penawaran kurang daripada satu?

a)

Kereta

b)

Komputer

c)

Televisyen

d)

Kelapa sawit

49.

Antara berikut, yang manakah akan menyebabkan penawaran barang T anjal?

a)

Firma mempunyai stok barang T yang banyak

b)

Mobiliti faktor pengeluaran barang T adalah rendah

c)

Bilangan firma yang mengeluarkan barang T adalah sedikit dalam pasaran

d)

Penambahan kuantiti barang T memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar

50.

Konsep keanjalan harga permintaan penting untuk

a)

mengira kadar inflasi

b)

mengenalpasti jenis kos pengeluaran firma

c)

mengira pendapatan boleh guna syarikat

d)

mengenal pasti corak perubahan perbelanjaan pengguna