wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TING 5

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

a)

Suka mendengar berita tidak benar.

b)

Mendengar nasihat ibu bapa dengan baik.

c)

Pengajaran atau nasihat yang tidak diendahkan.

2.

Pogba menjalani hidup mengikut adab resam penduduk setempat kerana baginya

a)

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

b)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

c)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

3.

Perangai Ikhwan saling tidak tumpah seperti ayahnya kerana

a)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

c)

Bagaikan aur dengan tebing

4.

Puan Zakiah sukar memilih barang kemas yang ingin dibelinya di Kedai Emas Sri Pinang kerana semuanya kelihatan sangat cantik. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

Mata duitan

b)

Gelap mata

c)

Rambang mata

5.

Johnny dihukum penjara kerana menerima rasuah semasa menjalankan tugas. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

Durian runtuh

b)

Makan suap

c)

Mata duitan

6.

Furqan sentiasa memakai pelitup muka semasa musim Covid-19 kerana dia percaya bahawa

a)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

b)

Sediakan payung sebelum hujan

c)

Mencegah lebih baik daripada mengubati

7.

Peribahasa yang sesuai bagi situasi di bawah ialah

(a)  

8.

Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaan Bob merosot dan akhirnya terpaksa ditutup. Peribahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah

a)

Durian runtuh

b)

Gulung tikar

c)

Gajah putih

9.

Pasangan pengantin ini kelihatan sama padan semasa majlis pernikahan mereka. Antara peribahasa yang paling sesuai dengan situasi di atas ialah

a)

Bagai pinang dibelah dua

b)

Bagai pungguk rindukan bulan

c)

Bagai cincin dengan permata

d)

Bagai aur dengan tebing

10.

Siti Aafiyah sentiasa disayangi oleh kedua ibu bapanya. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

Seperti menatang minyak yang penuh

b)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

c)

Ke mana kuah kalau tidak ke nasi