Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING. 4 BAB 3

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah tokoh dalam gambar?

a)

Mustafa Kemal Ataturk

b)

Mustafa Kamal Belatuk

c)

Mustafa Kamel Belarus

d)

Mustafa Kacak Belacak

2.

Namakan negara asal tokoh berkenaan

a)

Perancis

b)

Jerman

c)

Rusia

d)

Austria

3.

Apakah peristiwa yang ditunjukkan di dalam gambar berkenaan?

a)

Tentera Jepun sedang membeli senapang di Tamu

b)

Tentera Jepun memilih senapang untuk menembak beruang

c)

Tentera Jepun menyerah kalah

d)

Tentera Jepun mengembalikan bekakuk

4.

Gambar berikut menunjukkan tiga tokoh kuasa besar dunia yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Manakah tokoh yang berasal dari Rusia

a)

Duduk di kiri

b)

Duduk di tengah

c)

Duduk di kanan

5.

Tokoh ini bernama Jeneral Hideki Tojo. Beliau bertanggungjawab mengheret Jepun ke kancah Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.

Apakah jawatan beliau pada masa itu?

a)

Ketua Angkatan Tentera Jepun

b)

Maharaja Jepun

c)

Panglima Harimau Jepun

d)

Perdana Menteri Jepun

6.

Mata wang yang digelar "Wang Pokok Pisang" ini diperkenalkan oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Mengapa wang ini telah membawa kepada inflasi di Tanah Melayu?

a)

Nilai mata wangnya rendah

b)

Dicetak di negara Jepun

c)

Dicetak terlalu banyak

7.

Tokoh ini terkorban dalam pertempuran di Bukit Candu semasa pendudukan Jepun di Singapura. Siapakah nama tokoh ini

a)

Leftenan Adnan Saidi

b)

Leftenan Ibrahim Alla Dita MC

c)

Leftenan A.E. Percival

8.

Persamaan kedua orang tokoh ini dalam kegiatan anti- Jepun di Tanah Melayu ialah...

a)

Menerbitkan akhbar sebagai alat propaganda anti-Jepun

b)

Menjalinkan kerjasama antara satu sama lain

c)

Menubuhkan pasukan gerila yang dikenali sebagai 'Lion of Malaya'

d)

Berjuang secara individu

9.

Tokoh ini merupakan salah seorang pejuang anti-Jepun di Sabah. Siapakah nama tokoh ini?

a)

Tun Fuad Stephens

b)

Tun Said Keruak

c)

Tun Datu Mustapha Datu Harun

d)

Tun Sakaran Dandai

10.

Operasi Semut di Sarawak merupakan sebahagian kempen menentang Jepun di Sarawak. Apakah tujuan operasi ini diperkenalkan?

a)

Menyebarkan risalah propaganda untuk menentang Jepun

b)

Mengumpul maklumat ketenteraan dan pentadbiran Jepun

c)

Menyediakan latihan kepada penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri

d)

Mengumpul risikan dan melatih penduduk tempatan melancarkan perang gerila melawan Jepun

11.

Apakah ikhtibar daripada kejadian yang dipaparkan melalui gambar tersebut?

[Pilih 3 jawapan]

a)

Perang mengakibatkan kehilangan nyawa yang ramai

b)

Perang membawa kemusnahan ekonomi, politik dan sosial

c)

Bom atom memusnahkan bandar Tokyo

d)

Tamatnya Perang Dunia Kedua di rantau Asia Pasifik

12.

Pada pendapat anda, mengapakah simbol tiga bintang digunakan dalam bendera Rejimen MPAJA?

a)

Ramai orang Melayu menganggotai MPAJA

b)

Mendapat kerjasama daripada Parti Komunis Malaya

c)

Orang Cina menerima layanan buruk dari Jepun di Tanah Melayu

13.

Tengku Mahmood Mahyiddeen ialah pemimpin pasukan Melayu Force 136.

Apakah gelaran yang diberikan kepadanya?

a)

Harimau Tanah Melayu

b)

Harimau Malaya

c)

Harimau Bintang

d)

Harimau Malaysia

14.

Akhbar Semangat Asia diterbitkan oleh Jepun untuk menyebarkan semangat antipenjajah Barat.

Apakah kesan pendudukan Jepun terhadap kehidupan masyarakat di negara kita?

a)

Kemunculan gerakan gerila

b)

Menubuhkan persatuan radikal

c)

Kebangkitan semangat nasionalisme

15.

Antara berikut, yang manakah BUKAN faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama

a)

Persaingan kuasa imperialis

b)

Krisis rantau Balkan

c)

Kemelesetan ekonomi Eropah

d)

Pakatan ketenteraan

16.

Pakatan Tengah terdiri daripada negara-negara berikut KECUALI

a)

Bulgaria

b)

Austria-Hungary

c)

Jerman

d)

Romania

17.

Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua. Apakah tindakan kuasa Barat untuk menamatkan kemaraan Jepun?

a)

Menaja kegiatan subversif

b)

Melakukan serangan bom atom

c)

Membentuk pertubuhan serantau

d)

Mengisytiharkan dasar bumi hangus

18.

· Semangat Asia

· Asia untuk orang Asia

· Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya


Apakah matlamat penggunaan slogan di atas?

a)

Meluaskan kuasa

b)

Menyatukan wilayah

c)

Menyebarkan ideologi

d)

Menamatkan penjajahan

19.

Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1942 – 1945.

Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi keadaan tersebut?

a)

Melahirkan tenaga mahir

b)

Mengimport bahan makanan

c)

Menghentikan perdagangan antarabagsa

d)

Memperkenalkan system ekonomi kawalan

20.

Berikut adalah punca tercetusnya Perang Dunia Kedua KECUALI

a)

Kegagalan Perjanjian Versailles

b)

Keruntuhan pemerintahan beraja di Eropah

c)

Kemunculan ideologi Fasisme

d)

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

21.

Ilustrasi di atas menggambarkan kegagalan Perjanjian Pelucutan Senjata 1934.

Apakah mesej sesuai yang cuba disampaikan melalui ilustrasi berkenaan?

a)

Kekuatan tentera menjadi imej megah sesebuah negara

b)

Sikap ego mencerminkan kekuatan sesebuah negara

c)

Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada sumber penternakan

d)

Negara yang lemah boleh berjaya jika bersatu

22.

Layanan Jepun terhadap orang Melayu adalah berbeza dengan layanan terhadap orang Cina.

Mengapakah Jepun bertindak sedemikian?

a)

Orang Melayu lebih berkuasa di Tanah Melayu

b)

Orang Melayu merupakan penduduk pribumi Tanah Melayu

c)

Orang Cina lebih menguasai ekonomi di Tanah Melayu

d)

Orang Cina tidak memberikan kerjasama kepada Jepun

23.

Peta di atas merupakan lokasi lapan rejimen MPAJA yang beroperasi di Tanah Melayu.

Apakah kesan jangkamasa panjang penubuhan rejimen MPAJA terhadap masyarakat di Tanah Melayu?

a)

MPAJA berjaya mendapatkan kerjasama orang Melayu untuk menentang Jepun

b)

Bintang Tiga menguasai politik dan ekonomi di Tanah Melayu

c)

Mengancam kerukunan hidup bermasyakat dan kestabilan negara

d)

Penguasaan Parti Komunis Malaya selepas penyerahan tentara Jepun pada tahun 1945