Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pendidikan moral tingkatan 5

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

APAKAH TIGA (3) IMPLIKASI JIKA TIDAK MENGAMALKAN NILAI AMANAH KEPADA DIRI SENDIRI?

a)

Kehilangan kepercayaan masyarakat – susah mendapat pekerjaan

b)

Mengalami trauma emosi dan psikologi seperti murung

c)

Menjejaskan nama baik

diri/menjatuhkan maruah diri

d)

Dihormati oleh ahli keluarga dan

masyarakat

2.

BERIKUT MERUPAKAN TIGA (3) LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN UNTUK MENGATASI GEJALA RASUAH DARIPADA TERUS BERLELUASA...

a)

Mengurangkan kadar denda atau hukuman / memberi Pengampunan kepada pelaku rasuah

b)

Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjauhi rasuah

c)

Memberikan pendidikan pencegahan rasuah kepada masyarakat

d)

Membentuk institusi pencegahan rasuah-menyiasat kes rasuah

3.

APAKAH AKTA YANG DIGUBAL UNTUK MEMERANGI GEJALA RASUAH?

a)

Akta Pencegahan Rasuah 1977

b)

Akta Pencegahan Rasuah 1987

c)

Akta Pencegahan Rasuah 1997

d)

Akta Pencegahan Rasuah 1167

4.

BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR) TELAH DIBUAT PENJENAMAAN SEMULA IAITU SPRM.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SPRM?

a)

Suruhanjaya Majlis Pencegahan Rasuah Malaysia

b)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

c)

Suruhanjaya Pembasmi Rasuah Malaysia

d)

Suruhanjaya Kementerian Dalam Negara Malaysia

5.

BERIKUT MERUPAKAN TIGA (3) KEPENTINGAN MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK

a)

Dapat mengelakkan pembaziran masa – masa dapat diguna secara optimum

b)

Dapat mengelakkan kerja tertangguh – kerja siap dalam tempoh masa yang ditetapkan

c)

Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah contohnya bersukan

d)

Dapat melakukan semua aktiviti yang disukai tanpa mengira masa

6.

BERIKUT MERUPAKAN MATLAMAT UTAMA DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK), KECUALI

a)

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara

b)

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan

c)

Mempertingkat kualiti kehidupan manusia

d)

Membolehkan negara lain menghormati Malaysia

7.

ANTARA YANG BERIKUT, SIAPAKAH SALAH SEORANG WIRA NEGARA YANG TELAH BERJAYA MENDAKI GUNUNG EVEREST?

a)

N. Mohandas

b)

V. Saravanan

c)

K. Mohan

d)

G. Shanti

8.

ANTARA PERIBAHASA BERIKUT, YANG MANAKAH TIDAK SESUAI DENGAN NILAI KERAJINAN?

a)

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

c)

Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit

d)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

9.

BERIKUT ADALAH TIGA (3) JENIS CUKAI YANG PERLU DIBAYAR OLEH RAKYAT

a)

Cukai jalan

b)

Cukai perkhidmatan

c)

Cukai tanah

d)

Cukai perbelanjaan

10.

APAKAH TUJUAN UTAMA KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI?

a)

Mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai projek pembangunan negara

b)

Untuk mengaut keuntungan

c)

Membayar gaji pemimpin negara

d)

Membayar / menjelaskan hutang negara

11.

APAKAH MAKSUD SUHAKAM?

a)

Suruhanjaya Hak Asasi Masyarakat Malaysia

b)

Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia

c)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

d)

Suruhanjaya Hak Kebajikan Manusia

12.

TIGA (3) PERANAN / FUNGSI PENUBUHAN SUHAKAM ADALAH

a)

Menyiasat aduan tentang kes pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia

b)

Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia

c)

Menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan berkaitan

d)

Memastikan masyarakat dunia mendapat bantuan makanan secukupnya

13.

BERIKUT MERUPAKAN JENIS-JENIS PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Penderaan seksual

b)

Penderaan fizikal

c)

Penderaan hati

d)

Penderaan emosi

14.

BERIKUT MERUPAKAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Panas baran

b)

Faktor kemiskinan / kewangan

c)

Didorong oleh pasangan

d)

Tekanan dengan sikap anak yang sukar dikawal

15.

NILAI KESEDERHANAAN DAPAT DIAMALKAN DALAM PERLAKUAN / TINGKAH LAKU BERIKUT, KECUALI

a)

Melalui pertuturan

b)

Melalui pemilihan kawan

c)

Melalui pemikiran

d)

Melalui perbelanjaan

16.

Apakah maksud nilai kebebasan bersuara?

a)

Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

b)

Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

c)

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia

17.

Pilih kata kunci bagi nilai kebebasan bersuara yang betul

a)

KK 1 (kebolehan berucap) KK2 kebebasan berucap dengan batasan tertentu

b)

KK1 (kebebasan menganuti agama)

KK 2 (kebebasan mengamalkan agama)

18.

Apakah peranan media massa?

a)

Saluran komunikasi

b)

menyebarkan percambahan idea

c)

memberi ruang kepada pembaca meluahkan perasaan

d)

semua di atas

19.

Anda tidak bersetuju terhadap tindakan majikan anda yang telah menurunkan gaji semua pekerja membuat perbincangan bersama. Apakah tindakan yang akan anda ambil?

a)

memarahi majikan anda

b)

tidak hadir ke tempat kerja tanpa sebab

c)

mengajak majikan untuk berbincang dan menyatakan tindakannya adalah salah

d)

mengajak rakan sekerja membuat mogok

20.

Wajarkah Ali menceritakan kebaikan dan keunikan negara di laman facebook?

a)

Wajar

b)

Tidak Wajar

21.

Patutkah Ali mengkritik adat kaum lain di laman facebooknya?

a)

Patut

b)

Tidak patut

22.

Antara berikut manakah BUKAN etika pengguna internet?

a)

memastikan hanya maklumat yang benar sahaja yang disebarkan

b)

tidak menyebar isu-isu sensitif

c)

tidak mencetuskan konfrantasi

d)

tidak mengambil kira tentang orang lain

23.

Apakah tindakan yang patut anda lakukan sekiranya tidak bersetuju terhadap pendapat guru tentang pengajaran yang diberikan.

a)

Bercakap dengan sopan

b)

berbincang dengan guru tentang pengajaran tersebut

c)

semua di atas

24.

Apakah cara yang paling sesuai diambil sekiranya rakyat tidak berpuas hati terhadap pemimpin negara

a)

membuat rusuhan

b)

menulis surat atau melaporkan kepada wakil rakyat

c)

menulis di laman sosial seperti facebook,instagram dan sebagainya

25.

Apakah akta yang melarang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara sensetif?

a)

Akta Kritikan

b)

Akta Hasutan

c)

Akta media cetak

26.

Kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) pada tahun 1989 untuk menjamin kebajikan dan kepentingan kaum wanita. Sila pilih dua nilai yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia.

a)

Bertanggungjawab

b)

Kerajinan

c)

Harga Diri

d)

Menghormati hak wanita

27.

Apakah ciri wanita yang inginkan kejayaan ?

a)

Tidak menepati masa

b)

Tidak mudah berputus asa

c)

Gigih berusaha

d)

Mempunyai semangat kental

28.

Pada tahun ini, penularan pandemik COVID-19 bermaharajalela di seluruh dunia. Memandangkan situasi ini, apakah nilai murni yang perlu dipatuhi oleh para pelajar sebagai rakyat Malaysia.

a)

Tanggungjawab terhadap keluarga

b)

Bertanggungjawab

c)

Rasional

d)

Mematuhi peraturan dan undang-undang

29.

Kenapakah gejala COVID-19 dipanggil sebagai Novel Coronavirus?

a)

Novel membawa erti sesuatu yang baru ataupun tidak pernah dijumpai sebelum ini

b)

Novel membawa erti bentuk virus ini yang seakan-akan 'crown' ataupun tiara

c)

Novel membawa erti sebagai virus zootonik yang merebak melalui haiwan kepada manusia

30.

Sila pilih negara-negara anggota ASEAN

a)

Malaysia

b)

Brunei Darussalam

c)

Kemboja

d)

Indonesia

e)

Timor-Leste

31.

Di manakah 'ASEAN Summit' tahun 2019 diadakan?

a)

Bangkok, Thailand

b)

Hanoi, Vietnam

c)

Bandar Seri Begawan, Brunei

d)

Kuala Lumpur, Malaysia

32.

Sila pilih dua badan yang bertanggungjawab melindungi hak pengguna di negara kita.

a)

Majlis Hal Ehwal Pengguna Islam (MPHIN)

b)

Majlis Hal Ehwal Pengguna (MPHEN)

c)

Konsumer Diraja Malaysia (KDM)

d)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

33.

Gambar ini menunjukkan logo...

a)

ASEAN

b)

OIC

c)

PBB

d)

PPB

34.

Sila pilih jenis perlindungan yang dijamin dalam Akta Kerja 1955. (lebih daripada 1 jawapan)

a)

Caruman PERKESO

b)

Cuti tahunan

c)

Potongan gaji untuk caruman KWSP

35.

Apakah akta-akta yang memperuntukkan had kebebasan bersuara? (sila pilih 2 jawapan)

a)

Akta Hasutan 1945

b)

Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964

c)

Akta Perhimpunan Aman 2012

d)

Akta Perhimpunan Awam 2012