WorksheetsLATIHAN KOD ARAHAN
Total questions: 30
Worksheet time: 35mins
Data merupakan fakta-fakta yang belum diproses yang terdiri daripada semua yang berikut, kecuali....
teks
nombor
imej
animasi
Antara berikut, yang manakah merupakan pernyatan yang benar tentang maksud pangkalan data?
Pangkalan data adalah ingatan komputer yang digunakan pengumpulan dan penyimpanan maklumat.
Pangkalan data merupakan satu tempat pengumpulan dan penyimpanan data secara berpusat bagi system maklumat yang berasaskan komputer
Pangkalan data merupakan storan utama penyimpanan data
Pangkalan data dapat memudahkan data dan maklumat untuk disimpan, dicapai dan dikemaskini.
Pengurusan data dalam sesebuah organisasi terbahagi kepada ____________
2
3
4
5
Berikut merupakan ciri-ciri sitem fail secara manual, kecuali_______________
Data disimpan dalam fail kertas
Rekod sukar diubah
Capaian ke atas data mengambil masa yang singkat
Fail kertas disimpan dalam cabinet fail
Antara berikut, yang manakah adalah benar mengenai sistem fail secara elektronik?
Mengunakan komputer
Data direkodkan dalam fail komputer
Data disimpan dalam peranti storan komputer
Semua di atas.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan kebaikan menggunakan pangkalan data?
Melambatkan proses dalam capaian, pengurusan dan pengemaskinian data
Tidak menjamin keselamatan data
Mengurangkan integriti data
Mengelakkan pengulangan data
Capaian data dan maklumat dalam pangkalan data dilakukan melalui penggunaan Bahasa pengaturcaraan seperti_______________
Scratch
Python
SQL
C
Pernyataan di bawah merujuk kepada salah satu komponen dalam pangkalan data.
· Satu kumpulan objek yang sama jenis
· Bersifat unik
Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah kompone yang dimaksudkan?
Entiti
Atribut
Kekunci primer
Kekunci asing
Dalam pangkalan data hubungan, setiap entiti diwakili oleh satu____________________
Jadual
Borang
Hasil pertanyaan(query)
Laporan
Apakah dua jenis kekunci yang digunakan dalam sistem pangkalan data?
Kekunci utama dan kekunci sekunder
Kekunci utama dan kekunci kedua
Kekunci primer dan kekunci sekunder
Kekunci primer dan kekunci asing
Apakah kepentingan kekunci primer dalam sistem pangkalan data?
Memberi nilai unik untuk simpanan
Menjimatkan ruang storan komputer
Memelihara integriti data
Semua di atas.
Pernyataan di bawah menunjukkan ciri-ciri kekunci dalam sistem pangkalan data.
· Atribut dalam satu jadual hubungan
· Mengaitkan dua atau lebih entiti yang mempunyai
hubungan
Apakah kekunci tersebut?
Kekunci primer
Kekunci utama
Kekunci sekunder
Kekunci asing
1. Rajah di bawah menunjukkan komponen yang digunakan dalam pangkalan data.
<Nama?>
Apakah komponen yang diwakili oleh symbol tersebut?
Entiti
Atribut
Kekardinalan
Rekod
Perhubungan antara entiti-entiti dalam satu pangkalan data dikenali sebagai_____________
kekardinalan
one to one (1:1)
one to many (1:M)
Semua di atas
Objek-objek pangkalan data dalam perisian aplikasi Microsoft Access adalah____________________
jadual (table)
borang (form)
laporan (report)
semua di atas
Arissa ingin memasukkan data bagi atribut No_KP dengan meletakkan tanda sengkang. Apakah jenis data yang patut dipilih oleh Arissa?
Auto number
Short txt
Number
Data/Time
Himpunan atribut dikenali sebagai _________.
entiti
rekod
data
pangkalan data
Data boleh dimasukkan melalui ______________
jadual dan borang
jadual dan hasil pertanyaan
borang dan hasil pertanyaan
borang dan laporan
Di bawah menunjukkan arahan SQL.
SELECT No_KP, Nama_Penjaga, No_Tel FROM PENJAGA;
Berdasarkan rajah di atas, capaian data adalah melalui jadual__________________
No_KP
Nama_Penjaga
No_Tel
PENJAGA
Teliti arahan SQL seperti di bawah.
SELECT ID_Barang, Nama_Barang, Tarikh_Luput FROM INVENTORI
Berdasarkan SQL di atas, apakah atribut-atribut yang terlibat dalam capaian data?
ID_Barang dan INVENTORI
Nama_Barang dan INVENTORI
Tarikh_Luput dan INVENTORI
ID_Barang, Nama_Barang, dan Tarikh _Luput
Antara yang berikut, manakah yang dimaksudkan dengan kod aksara?
Satu rentetan nombor yang menghasilkan bunyi apabila papan kekunci ditekan.
Satu rentetan nombor yang menghasilkan imej grafik apabila papan kekunci ditekan.
Satu rentetan nombor yang mewakilkan warna digital apabila papan kekunci ditekan.
Satu rentetan nombor yang mewakilkan sesuatu simbol atau aksara apabila papan kekunci ditekan.
Antara yang berikut, manakah merupakan maksud struktur kawalan pilihan bersarang?
Satu struktur yang mempunyai satu pilihan syarat sahaja.
Satu struktur yang mempunyai pelbagai jenis kod arahan di dalamnya.
Satu struktur yang melibatkan dua jenis struktur kawalan ulangan.
Satu struktur kawalan yang terbenam dalam satu struktur kawalan yang lain.
Satu arahan yang mengarahkan komputer melakukan sesuatu tugas dikenali sebagai
Atur cara program
Struktur kawalan
Kod arahan
Sistem asas 10
Pemboleh ubah boleh disimpan dalam bentuk data berikut kecuali
Pseudokod
Nilai berangka
Teks
Nilai logik
Berikut merupakan perkara pengekodan yang digunakan untuk mengawal pilihan kecuali
IF
IF…ELSE
IF…ELSE IF….ELSE
IF….THEN
Apakah yang dimaksudkan dengan atur cara yang melibatkan struktur kawalan ulangan?
Atur cara yang melibatkan pengulangan dua set tindakan.
Atur cara yang mengarahkan tindakan berulang-ulang sehingga sesuatu syarat dipenuhi.
Atur cara pilihan arahan mengikut syarat-syarat tertentu.
Atur cara yang mengarahkan ulangan satu set tindakan.
Antara berikut, manakah yang terlibat semasa fasa reka bentuk atur cara?
I Pseudokod
II Imej digital
III Carta alir
IV Antara muka grafik
I,II dan III
I,II dan IV
I, III dan IV
II,III, dan IV
Antara berikut, manakah ralat yang disebabkan perisian seperti virus dan cecacing?
Ralat sintaks
Ralat sistem
Ralat logik
Ralat masa larian
Apakah langkah pertama untuk menguji atur cara dan membaiki ralat?
Kesan ralat pada kod arahan
Bandingkan hasil atur cara dengan algoritma
Baiki ralat pada kod arahan
Uji lari atur cara
Apakah jenis dokumentasi yang perlu disediakan dalam fasa dokumentasi?
I Dokumentasi dalaman
II Dokumentasi luaran
III Dokumentasi visual
IV Dokumentasi audio
I dan II
II dan IV
I dan IV
III dan IV
