NEW
Font size
WorksheetsTATABAHASA 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Projek penternakan ikan kelisa emas itu memerlukan kos .................. yang sangat tinggi kerana menggunakan peralatan yang canggih.
A. pembiayaan
B. pembesaran
C. pembangunan
D. perkembangan
Peserta dari Malaysia itu berasa sedih kerana telah ....................... dalam pertandingan silat peringkat separuh akhir itu.
A. lucut
B. luruh
C. gugur
D. kecundang
"...........................lah bersedih kerana kesedihan tidak dapat menyelesaikan masalah yang kamu hadapi," nasihat ibu kepada kakak.
A. Sila
B. Jangan
C. Tolong
D. Jemput
Pihak polis percaya bahawa penjenayah itu cedera ditembak berdasarkan pada beberapa tompok darah di sekitar tempat kejadian. Tiada kesalahan.
A. bahawa
B. berdasarkan pada
C. tompok
D. Tiada kesalahan
Kerosakan alat-alat ganti pada sesebuah kereta perlu juga diambil kira dan ditukarkan dengan yang baharu untuk memastikan kereta berfungsi dengan baiknya. Tiada kesalahan.
A. alat-alat ganti
B. diambil kira
C. untuk
D. Tiada kesalahan
Sejak tengah hari tadi, ada berbagai barangan terpakai yang didermakan oleh orang ramai untuk membantu mangsa bencana alam. Tiada kesalahan.
A. tengah hari
B. berbagai
C. didermakan
D. Tiada kesalahan
I. Penyerang bola sepak itu menentang bola ke arah gawang lawan.
II. Lapang hati abang saya setelah dapat menentang wajah gadis yang selalu tersenyum itu.
III. Kita harus berusaha sedaya upaya untuk menentang keganasan yang berlaku di negara ini.
IV. Pak Harun menentang hasrat adiknya yang mahu menjual tanah pusaka peninggalan arwah bapa mereka.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I,II dan III sahaja
D. II,III dan IV sahaja
Kertas kerja itu akan beliau bentangkan sebaik-baik sahaja pengerusi selesai memberikan ucapan.
A. dia akan bentangkan
B. beliau akan bentangkan
C. akan dibentangkan oleh beliau
D. akan beliau bentangkan
Harga semangkuk bubur ayam di Restoran Selera Minang itu adalah tiga ringgit setengah.
A. ialah tiga ringgit setengah
B. adalah tiga setengah ringgit
C. ialah tiga setengah ringgit
D. adalah tiga ringgit setengah
Sesuatu kejayaan itu tidak akan tercapai tanpa usaha yang gigih.Pilih peribahasa yang sesuai denga pernyataan ini.
A. alah bisa tegal biasa.
B. alang-alang mandi biar basah.
C. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
D. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
