Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI (PASARAN)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Permintaan?

a)

Keinginan individu untuk membeli barang dan perkhidmatan

b)

Kemampuan individu untuk membeli barang dan perkhidmatan

c)

Permintaan yang disokong oleh kemampuan berbauar

d)

Kemampuan individu membeli barang dan perkhidmatan walaupun tiada keinginan

2.

Keluk permintaan mencerun ...

a)

ke bawah dari kiri ke kanan

b)

ke atas dari kiri ke kanan

c)

ke bawah dari kanan ke kiri

d)

melintang sahaja

3.

Yang manakah merupakan barang penggenap?

a)

Kasut dan payung

b)

Telefon dan Televisyen

c)

Kereta dan cermin jendela

d)

Mesin basuh dan pencuci pakaian

4.

Permintaan pasaran ialah ….

a)

Jumlah pembelian isi rumah

b)

Jumlah pembelian semua pengguna dalam pasaran

c)

Jumlah pembelian seorang penguna dalam pasaran

d)

Jumlah produk yang dipasarkan

5.

Permintaan terhadap baju hujan meningkat pada musim tengkujuh. ia berkait rapat dengan penentu permintaan ….

a)

Citarasa

b)

Pendapatan individu

c)

Dasar Kerajaan

d)

Musim

6.

Berikut merupakan penentu-penentu permintaan kecuali ...

a)

Harga barang lain

b)

Harga barang mewah

c)

Citarasa

d)

Dasar kerajaan

7.

apabila harga barang pengganti meningkat, maka kuantiti yang diminta akan ….

a)

mendatar

b)

meningkat

c)

menurun

d)

tiada permintaan

8.

Jika harga dijangka akan turun pada masa depan, maka kuantiti yang diminta pada masa sekarang akan ...

a)

Mendatar

b)

meningkat

c)

menurun

d)

infiniti

9.

Hukum permintaan menyatakan, harga dan kuantiti berhubung...

a)

langsung

b)

songsang

c)

terus

d)

melintang

10.

Apabila harga sesuatu barang meningkat, maka kuantiti yng diminta akan semakin….

a)

berkurangan

b)

bertambah

c)

tidak berubah

d)

berubah-ubah

11.

1. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan

permintaan berkesan ?

a)

Wan Ain mempunyai RM20 dan ingin membeli sebuah buku yang berharga RM15

b)

Anita mempunyai RM10 dan ingin membeli sebuah beg yang

berharga RM15

c)

Amsyar tidak mempunyai wang dan ingin membeli sebatang pen yang berharga RM3

d)

Encik Aqil mempunyai RM50 dan tidak ingin membeli jam tangan yang berharga RM30

12.

Antara yang berikut,yang manakah benar tentang Hukum permintaan ?

a)

Apabila harga naik,maka kuantiti diminta berkurang

b)

Apabila harga naik,maka kuantiti diminta bertambah

c)

Apabila harga jatuh,maka kuantiti diminta berkurang

d)

Apabila harga jatuh,maka kuantiti diminta kekal

13.

Maklumat di atas berkaitan dengan dua barang.


Antara yang berikut, yang manakah mungkin merupakan barang S dan barang T ?


a)

Telefon pintar dan alat pengecas

b)

Gula dan beras

c)

Kopi dan teh

d)

Komputert peribadi dan kereta

14.

Rajah di atas menunjukkan pergerakan Y ke X di sepanjang keluk permintaan (DD).


Pergerakan dari Y ke X berlaku disebabkan


a)

kejatuhan harga barang itu

b)

kenaikan harga barang itu

c)

kenaikan harga barang penggenap

d)

kejatuhan harga barang penggenap

15.

Maklumat di atas menunjukkan suatu perubahan penentu

permintaan.

Kesan perubahan penentu permintaan di atas boleh dilihat dalam keluk ...

a)
b)
c)
d)
16.

Peralihan keluk permintaan ke kanan disebabkan oleh

a)

harga barang pada masa depan dijangka turun

b)

harga barang itu sendiri jatuh

c)

harga barang pengganti jatuh

d)

harga barang penggenap jatuh

17.

Pernyataan manakah benar tentang hukum penawaran ?

a)

Keluk penawaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan

b)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan

yang ingin dikeluarkan oleh firma pada satu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu

c)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhdmatan yang

sanggup dikeluarkan oleh firrma pada satu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu

d)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan oleh isi rumah pada satu tingkat harga tertentu dan

dalam tempoh masa tertentu

18.

Antara yang berikut,yang manakah akan menyebabkan

peningkatan dalam penawaran penghawa dingin ?

a)

Peningkatan kos upah buruh

b)

Penurunan cukai pendapatan perseorangan

c)

Peningkatan pendapatan individu

d)

Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan

19.

Rajah di atas menunjukkan keluk penawaran bagi Firma A, B dan C bagi suatu barang.

Sekiranya jumlah penawaran pasaran pada tingkat harga RM30 ialah 82 unit, berapakah nilai X?

a)

30 unit

b)

32 unit

c)

64

d)

100

20.

Pernyataan di sebelah berkaitan dengan suatu kejadian dalam ekonomi.


Apakah kesan kejadian tersebut?

a)

Lebihan permintaaan, harga cenderung untuk naik

b)

Lebihan permintaaan,harga cenderung untuk jatuh

c)

Lebihan penawaran, harga cenderung untuk naik

d)

Lebihan penawaran, harga cenderung untuk jatuh

21.

Bagaimanakah keseimbangan pasaran wujud?

a)

Permintaan menyamai penawaran

b)

Permintaan melebihi penawaran

c)

Penawaran melebihi permintaan

d)

Harga pasaran menyamai permintaan

22.

Jadual berikut menunjukkan permintaan dan penawaran bagi barang K pada pelbagai tingkat harga. Berapakah penawaran pasaran bagi barang tersebut pada harga RM100?

a)

510 unit

b)

600 unit

c)

800 unit

d)

840 unit

23.

Jadual berikut menunjukkan permintaan dan penawaran bagi barang K pada pelbagai tingkat harga. Apakah harga keseimbangan bagi barang K?

a)

RM100

b)

RM90

c)

RM80

d)

RM70

24.

Rajah berikut menunjukkan keluk keseimbangan suatu barang. Titik E menunjukkan perkara-perkara yang berikut, kecuali

a)

harga ditentukan oleh pengeluar.

b)

keadaan yang tidak terdapat lebihan permintaan dan lebihan penawaran.

c)

harga akan berubah jika berlaku perubahan dalam permintaan.

d)

permintaan dan penawaran bersilang akan menentukan harga keseimbangan.

25.

Jadual berikut menunjukkan permintaan bagi tiga orang individu. Jika keseimbangan pasaran berlaku pada tingkat harga RM80 seunit, kuantiti penawaran pasaran ialah

a)

60 unit

b)

90 unit

c)

105 unit

d)

115 unit

26.

Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan dan penawaran pasaran terhadap lobak merah. Manakah yang menggambarkan tentang pasaran lobak merah tersebut?

a)

Lebihan permintaan pada harga P2

b)

Lebihan penawaran pada harga P1

c)

Pada keseimbangan pasaran, kuantiti permintaan sama dengan kuantiti penawaran

d)

Ssetengah pengguna tidak dapat membeli lobak merah pada harga P1

27.

Rajah berikut menunjukkan permintaan terhadap barang X. Apakah kesannya jika harga naik dari P0 ke P2?

a)

Berlaku ketidakseimbangan pasaran

b)

Keseimbangan pasaran berlaku di P2

c)

Lebihan penawaran Q1Q2

d)

Lebihan permintaan Q1Q2

28.

Rajah berikut menunjukkan keluk keseimbangan bagi barang W. Apakah yang berlaku pada tingkat harga RM13?

a)

pasaran adalah tidak seimbang

b)

Wujudnya kurangan permintaan

c)

Harga keseimbangan lebih rendah daripada RM13

d)

Harga cenderung naik sehingga mencapai keseimbangan

29.

Rajah berikut menunjukkan keluk keseimbangan bagi suatu barang. Jika harga berada di P1, apakah yang akan berlaku terhadap pasaran?

a)

Lebihan penawaran dan harga akan naik

b)

Lebihan permintaan dan harga akan naik

c)

Lebihan permintaan sebanyak Q0Q2 unit

d)

Lebihan penawaran sebanyak Q1Q0 unit

30.

Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi barang Q. Jika harga meningkat sebanyak 30% daripada tingkat harga keseimbangan, berapakah kemungkinan lebihan penawaran?

a)

40 unit

b)

Kurang daripada 40 unit

c)

Melebihi 40 unit

d)

Melebihi 60 unit

31.

Kemajuan teknologi dalam pengeluaran menyebabkan

a)

a. penawaran bertambah

b)

b. permintaan bertambah

c)

c. permintaan berkurang

d)

d. penawaran berkurang

32.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu situasi di pasaran ikan. " Laut bergelora dengan ombak setinggi 4 meter dijangka berterusan sehingga minggu depan. Keadaan ini amat berbahaya kepada bot-bot nelayan." Apakah kesan terhadap pasaran ikan?

a)

a. Harga turun dan kuantiti bertambah

b)

b. Harga naik dan kuantiti berkurang

c)

c. Harga naik dan kuantiti bertambah

d)

d. Harga turun dan kuantiti berkurang

33.
  1. Apakah penentu yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri?
a)

a. Peningkatan harga barang itu

b)

b. Penurunan kadar cukai pendapatan individu

c)

c. Pertambahan cit rasa barang itu

d)

d. Kempen pengiklanan bagi barang pengganti berjaya

34.

Maklumat berikut berkaitan ketidakseimbangan. " Apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta". Apakah yang akan berlaku?

a)

a. Kekurangan barang

b)

b. Permintaan berkurang

c)

c. Harga cenderung naik

d)

d. Harga cenderung turun

35.

Penggunaan racun serangga yang berlebihan oleh pekebun sayur telah

a)

a. menambahkan hasil pekebun sayur

b)

b. mengurangkan penawaran sayur-sayuran

c)

c. mengurangkan permintaan sayur-sayuran

d)

d. menambahkan permintaan sayur-sayuran

36.

Pertambahan permintaan dalam pasaran menyebabkan harga naik dan kuantiti (a)  

37.

(a)   penawaran di pasaran menyebabkan harga naik dan kuantiti berkurang.

38.

Keseimbangan pasaran berlaku apabila kuantiti diminta (a)   dengan kuantiti ditawarkan.

39.

Semasa pasaran mengalami lebihan penawaran harga pasaran lebih (a)   daripada harga keseimbangan.

40.

Harga pasaran lebih tinggi daripada harga keseimbangan apabila pasaran mengalami lebihan (a)