wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TING. 1 PASCA COVID-19 12/11/2020

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang betul mengenai rasuah.

a)

Istilah rasuah di Malaysia juga dikenali sebagai tumbuk rusuk dan bunga emas.

b)

Pemberian suapan kepada seseorang kerana mencegah kesalahan yang dilakukan.

c)

Penerimaan sebagai upah kepada seseorang individu kerana mendapat anugerah cemerlang.

d)

Pemberian wang sebagai tanda berterima kasih kerana hadir melawat rakan sekerja yang sakit.

2.

Nyatakan kesalahan utama bagi contoh perbuatan rasuah di bawah ini.

Raja telah memberikan gelang tangan sebagai hadiah kepada Julia untuk mengelakkan Julia daripada melaporkan perlakuan menirunya kepada guru disiplin.

a)

Mengemukakan tuntutan palsu

b)

Meminta dan menerima rasuah

c)

Menyalahgunakan kedudukan

d)

Menawarkan dan memberikan rasuah

3.

Pilih contoh perbuatan rasuah yang bersesuaian dengan kesalahan utama, iaitu menyalahgunakan kedudukan.

a)

Rubashini telah meminta duit sebanyak RM3000 daripada seorang pengurus syarikat jika beliau mahu nama syarikat tersebut dimasukkan ke dalam senarai penerimaan saham terbesar.

b)

Puan Maggie telah melantik anak saudaranya, Alicia sebagai duta untuk produk kecantikannya tanpa melihat dan mempertimbangkan senarai calon yang telah memohon.

c)

Alin yang dilantik sebagai bendahari Kelab Pelancongan telah mengambil kesempatan untuk membuat tuntutan yang melebihi jumlah yang sepatutnya dengan mengemukakan resit palsu kepada gurunya.

d)

Seorang pekerja membuat tuntutan palsu dengan mengemukakan sijil cuti sakit walaupun sebenarnya beliau tidak sakit bagi mengelakkan gajinya dipotong.

4.

Jelaskan dua kesan rasuah.

a)

Maruah keluarga akan meningkat.

b)

Pentadbiran negara tidak terjejas.

c)

Keluarga akan hilang tempat bergantung.

d)

Keselamatan dan kesejahteraan rakyat akan terancam.

5.

Rasuah bermaksud

a)

tingkah laku yang baik, betul dan diterima, sejajar dengan kehendak agama, norma masyarakat, peraturan dan undang-undang.

b)

penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

c)

kebolehan atau kekuatan yang ada pada seseorang dalam menyerlahkan potensi diri.

d)

segala benda hidup dan bukan hidup yang berada di atas muka bumi ini

6.

Seseorang individu dapata mencegah rasuah dengan cara ...

a)

Mewujudkan Pangkalan Data Pesalah Rasuah

b)

Mewujudkan talian khas 1-800-88-6000

c)

Menguatkuasakan undang-undang

d)

Menanamkan sifat membenci rasuah

7.

Dua cara membanteras rasuah yang sepatutnya diamalkan oleh masyarakat adalah ...

a)

melaporkan sebarang kegiatan rasuah

b)

mengenakan tindakan tanpa mengira pangkat

c)

mewujudkan mahkamah khas rasuah sebagai inisiatif lain

d)

tidak menggalakkan amalan menyogok untuk mendapatkan sesuatu

8.

Nyatakan kesan rasuah terhadap masyarakat.

a)

Hilang pekerjaan

b)

Menjejaskan pentadbiran negara

c)

Hilang kepercayaan dalam kalangan masyarakat

d)

Mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat

9.

Tandakan tiga nilai universal yang boleh dipelajari dalam tajuk Rasuah Musuh Negara

a)

Rasional

b)

Kejujuran

c)

Kesederhanaan

d)

Bertanggungjawab

10.

Terangkan punca berlakunya perbuatan rasuah dalam kehidupan harian.

a)

Didikan agama yang kuat dalam diri sendiri

b)

Sikap tamak dan nafsu menguasai diri

c)

Tidak mementingkan diri sendiri

d)

Kekuatan penguatkuasaan

11.

Terangkan cara menghindari rasuah berdasarkan situasi yang diberikan di bawah.

"Farisya telah membuat tuntutan palsu berkaitan jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk urusan rasmi ke luar negara dengan mengemukakan resit dan dokumen yang sah."

a)

Tidak boleh melakukan penipuan dengan cara tersebut kerana ianya menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan jika perbuatannya diketahui. Dia harus amanah dan tidak tamak dalam mencari rezeki yang berkat.

b)

Sepatutnya menerima aduan dan teguran tersebut secara terbuka dan berjanji untuk meningkatkan tahap kebersihan di kafenya. Dia tidak boleh menawarkan sebarang ganjaran untuk menutupi kesalahan tersebut.

c)

Seharusnya bertindak adil dan mengikut prosedur mengenai lantikan jawatan tersebut tanpa menyalahgunakan kedudukan sebagai seorang pengarah untuk mengelakkan dirinya didakwa di mahkamah kelak.

d)

Polis Trafik haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan telus. Dia harus menolak pemberian rasuah dan tetap mengenakan saman atas kesalahan tersebut.

12.

Antara bentuk suapan ialah ...

a)

Diskaun

b)

Hadiah

c)

Wang

d)

Upah

13.

Apakah definisi kanak-kanak yang betul mengikut takrifan Akta Kanak-Kanak 2001?

a)

Seseorang yang berumur di bawah 12 tahun, memerlukan kasih sayang, penjagaan dan perlindungan.

b)

Seseorang yang berumur di bawah 18 tahun, memerlukan kasih sayang, penjagaan dan perlindungan.

c)

Seseorang yang berumur di bawah 18 tahun yang dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan.

d)

Seseorang yang berumur di bawah 12 tahun yang dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan.

14.

Padankan jenis hak asasi kanak-kanak di bawah dengan padanan yang betul.

"Hak kanak-kanak dari segi kehidupan"

a)

Hak untuk membesar dengan sihat dan mendapatkan rawatan jika sakit.

b)

Hak untuk berjumpa dengan kanak-kanak lain.

c)

Hak untuk mendapatkan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna.

d)

Hak untuk belajar di sekolah dengan sempurna.

15.

Pilih hak kanak-kanak dari segi perlindungan.

a)

Hak untuk berbincang bersama-sama rakan dengan bebas.

b)

Hak untuk dilindungi daripada dadah, penjahat dan kecederaan.

c)

Hak untuk belajar menjadi seorang dewasa yang cerdik.

d)

Hak untuk membesar dengan sihat dan mendapat rawatan jika sakit.

16.

Lengkapkan pernyataan di bawah bagi menjelaskan kepentingan melindungi hak asasi kanak-kanak.

a) ................... bakat dan potensi yang dimiliki oleh kanak-kanak.

a)

Menghindari

b)

Menakluki

c)

Mengasah

d)

Mencegah

17.

b) Meningkatkan .................... interaksi kanak-kanak dengan orang lain.

a)

aset negara

b)

membesar

c)

berkualiti

d)

kemahiran

18.

c) Menjadikan kanak-kanak sebagai pelapis dan ...................... yang penting.

a)

berilmu

b)

mengasah

c)

menghindari

d)

aset negara

19.

Berikan dua peranan Polis Diraja Malaysia dalam menjaga hak asasi kanak-kanak.

a)

Memperkukuhkan prosedur penguatkuasaan dan meningkatkan kerjasama pelbagai pihak.

b)

Menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan pelanggaran hak asasi kanak-kanak.

c)

Menyediakan perkhidmatan perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak daripada bahaya.

d)

Menyerahkan pendakwaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan.

20.

Senaraikan dua contoh badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga hak asasi kanak-kanak.

a)

UNICEF

b)

Kementerian Dalam Negeri

c)

Yayasan Chow Kit

d)

Jabatan Kebajikan Masyarakat