wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU PT3 SET 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"_________mohon ampun kerana gagal melaksanakan titah tuanku,"kata Paduka Ali kepada Sultan Muzaffar Syah.

a)

Beta

b)

Saya

c)

Patik

d)

Hamba

2.

Pakar forensik itu ________laporan autopsi yang telah diterima untuk mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa tersebut.

a)

menilai

b)

meneliti

c)

menganalisis

d)

memerhatikan

3.

"Kamu __________mendapat gred purata terkumpul sekurang-kurangnya 3.75 sekiranya ingin menyambung tajaan JPA untuk peringkat ijazah,"kata Encik Siva kepada anaknya.

a)

telah

b)

boleh

c)

harus

d)

masih

4.

Kanak-kanak yatim itu bergembira ________suasana hari raya yang mulia atas sumbangan para dermawan.

a)

di

b)

pada

c)

demi

d)

dalam

5.

"__________,malangnya nasib lelaki itu kerana telah kehilangan kedua-dua belah kakinya dalam kemalangan jalan raya!"kata Lina kepada Syamala.

a)

Cis

b)

Wah

c)

Amboi

d)

Aduhai

6.

Adik mengutip duit syiling yang ________di atas lantai.

a)

tabur

b)

menabur

c)

bertabur

d)

bertaburan

7.

Ibu sedang ________ikan yang baru sahaja dipancing oleh abang.

a)

menyiang

b)

mengopek

c)

memotong

d)

mencencang

8.

Selepas berlaku perselisihan faham itu,mereka tidak lagi bertegur sapa.


Keadaan ini diibaratkan........

a)

jauh panggang dari api

b)

air dicincang tiada putus

c)

antan patah lesung hilang

d)

berkerat rotan berpatah arang

9.

Peribahasa bagai aur dengan tebing mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut, kecuali....

a)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

b)

ke bumi sama didaki, ke lurah sama dituruni

c)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

d)

orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa

10.

"Fokuskan perhatian __________terhadap perlawanan ini jika ingin menjadi johan peringkat kebangsaan,"kata jurulatih itu kepada semua pemain bola sepak.

a)

anda

b)

awak

c)

kalian

d)

engkau

11.

Tujuan utama _______ini dijalankan adalah untuk mendapatkan persepsi masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam di negara kita.

a)

kaji selidik

b)

soal jawab

c)

soal selidik

d)

maklum balas

12.

Kevin sempat _______bola hoki itu tepat-tepat ke arah pintu gol lawannya dengan begitu cekap.

a)

menguis

b)

melontar

c)

memukul

d)

menggelecek

13.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru_________murid-murid mampu mengubah persepsi mereka terhadap kepentingan ilmu pendidikan.

a)

bagi

b)

pada

c)

untuk

d)

terhadap

14.

"Fikirlah __________sebelum mengambil keputusan untuk bertukar kursus," kata Faridah kepada rakan karibnya.

a)

luas-luas

b)

dalam-dalam

c)

terang-terang

d)

masak-masak

15.

"__________,cantiknya pantai pada waktu senja begini!"kata adik kepada ayah.

a)

Nah

b)

Wah

c)

Aduh

d)

Amboi

16.

Polis telah menangkap ___________perompak yang telah memecah masuk ke sebuah kedai emas di Jalan Lahat dua hari lepas.

a)

sekawan

b)

sepasukan

c)

seangkatan

d)

segerombolan

17.

Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini, hasil kerja Amirul yang paling menonjol.

a)

Di antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

b)

Antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

c)

Di antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini

d)

Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini

18.

Murid-murid itu menghadiahkan kepada guru kelas mereka sejambak bunga ros sebagai tanda terima kasih sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

a)

menghadiah guru kelas

b)

menghadiahi guru kelas

c)

menghadiahkan guru kelas

d)

menghadiahkan kepada guru kelas

19.

Oleh sebab tidak dapat menyiapkan tugasan yang diamanatkan oleh majikannya, Amirul seperti ______________apabila membentangkan hasil tugasannya itu.

a)

cacing kepanasan

b)

rusa masuk kampung

c)

telur di hujung tanduk

d)

embun di hujung rumput

20.

Peribahasa bagai pinang dibelah dua bermaksud sudah sepadan atau sejodoh.


Peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di atas ialah.........

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai cincin dengan permata