wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

soalan obj T4

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

tujuan utusan kerajaan funan kepada China dalam abad ke-3

a)

menjalin hubungan dagang

b)

meminta bantuan

c)

kerjasama sosial

d)

menghantar ufti

2.

Kerajaan Srivijaya yang diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa telah berkembang menjadi sebuah empayar yang agung. Namun begitu, kerajaan ini turut mengalami kemerosotan.Apakah punca yang membawa kepada kejatuhan kerajaan tersebut?

a)

Serangan Raja Chola dari Selatan India

b)

Serangan Raja Chola dari Selatan India

c)

Srivijaya diserang Portugis

d)

Ditawan oleh Dai Vet

3.

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperolehi wilayah pengaruh?

a)

Perjanjian

b)

perdagangan

c)

perkahwinan

d)

penaklukan

4.

Apakah tindakan Sultan Mahmud Shah yang menyebabkan masyarakat Melaka berpecah belah dan seterusnya menyebabkan kemerosotan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Berperang dengan Portugis

b)

Meminta bantuan dari China

c)

Membunuh Bendahara Tun Mutahir

d)

Menjemput rombongan Portugis ke Melaka

5.

Kesultanan Johor-Riau telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha mengekalkan pemerintahanya. Antara cabaran tersebut ialah Perang Tiga Segi.Apakah kuasa yang terlibat dalam Perang Tiga Segi?

a)

Johor, Acheh dan Portugis

b)

Melaka, Acheh dan Portugis

c)

Johor, Melaka dan Belanda

d)

Johor, Acheh dan Belanda

6.

Apakah kriteria untuk menjadi rakyat kerajaan Alam Melayu ?

a)

Setia kepada raja

b)

Membayar cukai tanah

c)

Melakukan kerja kerahan

d)

Mempertahankan negara daripada serangan musuh

7.

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah naungan yang luas. Apa yang dimaksudkan sebagai wilayah naungan?

a)

Wilayah yang diperoleh melalui peperangan

b)

Wilayah yang diperoleh melalui perkahwinan

c)

Wilayah tersebut dikurniakan kepada pembesar berempat

d)

Wilayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka

8.

"Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka"


apakah kedudukan Bendahara dalam sistem pentadbiran kesultanan Melayu Melaka?

(a)  

9.

Laksamana merupakan salah seorang pembesar daripada Pembesar Berempat Apakah peranan laksamana?

a)

Ketua angkatan tentera

b)

Panglima angkatan laut

c)

Menguruskan kewangan

d)

Mengutip cukai pelabuhan

10.

Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka berkembang menjadi sebuah kerajaan yang unggul?

(a)  

11.

Hukum Kanun Melaka digubal berasaskan syariah dan hukum adat.Apakah perkara yang dilarang semasa berurus niaga?

(a)  

12.

Mengapakah Kesultanan Melayu Melayu memperkenalkan Hukum Kanun Melaka dan Undang- Undang Laut Melaka?

a)

Menjamin kemakmuran dan kesejahteraan

b)

Mewujudkan pentadbiran yang sistematik

c)

Melahirkan masyarakat yang bersatupadu

d)

Mengukuhkan kedudukan pemerintah

13.

Undang-Undang Laut Melaka dilaksanakan oleh nakhoda Melaka berikut.

-Nakhoda Jenal

-Nakhoda Diri

-Nakhoda Sahak


Apakah keistimewaan yang diperoleh oleh nakhoda tersebut?

a)

Menjadi raja dalam kapal

b)

Diberi keutamaan perniagaan

c)

Diberi kuasa menjatuhkan hukuman bunuh

d)

Menyimpan sebahagian daripada cukai yang dikutip

14.

Kenapa rakyat tidak menderhaka kepada pemerintah?

a)

Akan dibuang negeri

b)

Takut dihukum bunuh

c)

Dijadikan hamba abdi

d)

Takut ditimpa tulah

15.

Pasangan manakah yang betul tentang peranan pemerintah dengan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Pemerintah- Menjaga keselamatan rakyat

Rakyat- Mengutip hasil melalui sistem serah

b)

Pemerintah- Menghadiri majlis umum

Rakyat- Menjadi pengayuh kapal perang

c)

Pemerintah- Memperkenalkan undang-undang

Rakyat- Membina istana dan jalan

d)

Pemerintah-Mewujudkan perpaduan

Rakyat-Mentadbir kawasan pegangan

16.

Manakah antara berikut merupakan kerajaan terawal di Alam Melayu?

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Champa

c)

Kerajaan Srivijaya

d)

Kesultanan Melayu Melaka

17.

Apakah undang-undang yang dilaksanakan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?


I. Undang undang Manu

II. Hukum Kanun Melaka

III. Undang-undang laut Melaka

IV.Undang-undang 99 Melaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Apakah yang dimaksudkan “Kawasan pegangan” dalam pemerintahan Kesultanan Melaka?

a)

Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada putera raja untuk ditadbir

b)

Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada keluarga diraja untuk ditadbir

c)

Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada pembesar berempat untuk ditadbir

d)

Kawasan pemerintahan raja berdaulat

19.

. Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mentadbir negara.

Antara badan yang terkandung dalam komponen ini ialah

I. Badan Kehakiman

II. Badan Perundangan

III. Badan Pelaksanaan

IV.Badan Pemilihan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Pada awal pagi 31 Ogos 1957, kira kira 20 ribu orang membanjiri stadium merdeka walaupun hari hujan.


Mengapakah rakyat sanggup melakukan perkara tersebut?

a)

Ingin bertemu dengan Ratu Elizabeth II

b)

Mendapat arahan dari pihak kerajaan

c)

Menunjukkan semangat cinta akan negara

d)

Mengurangkan risiko di serang pengganas

21.

*FELDA*


Penubuhan badan di atas adalah dilakukan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya

Apakah matlamat penubuhan badan di atas.

a)

Memajukan kawasan tanah baru

b)

Menggalakan kegiatan perdagangan

c)

Memantau kesihatan penduduk

d)

Memberi kemudahan kewangan

22.

“Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, wlaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni”

Petikan ucapan di atas adalah ucapan tokoh tentang makna kemerdekaan. Tokoh yang dImaksudkan ialah

a)

Nelson Mandela

b)

Manhatma Gandhi

c)

Soekarno

d)

Tun Fuad Stephen

23.

Pernyataan berikut merujuk kepada jenis kerakyatan dalam Perjanjian Persekutuan 1957


# penguatkuasaan undang-undang

#memohon didaftarkan sebagai rakyat

# X


apakah x?

a)

Jus Soli

b)

Perkenan Raja-Raja Melayu

c)

Naturalisasi

d)

Kelulusan Dewan Undangan Negeri

24.

Berikut merupakan reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

I. Bimbang kedudukan istimewa orang Melayu tergugat

II. Menuntut bahasa Melayu dijadikan Bahasa Melayu

III. Sekolah Venakular diteruskan

IV. Hak masyarakat Serani dipertahankan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


Apakah tujuan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?

a)

Menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Mempercepatkan kemerdekaan negara

c)

Melantik pegawai pentadbiran kerajaan yang baru.

d)

Membincangkan kedudukan Raja-Raja Melayu.

26.

Apakah yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?

a)

Penolakan terhadap Malayan Union

b)

Pilihan Raya Umum 1955

c)

Ancaman Komunis di Tanah Melayu.

d)

Janji kerajaan British kepada pemimpin tanah Melayu.

27.

Antara berikut, yang manakah merupakan kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan?

I. Pemansuhan Sistem Ahli

II. Pemilihan ahli oleh rakyat

III. Pemilihan pemimpin berwibawa

IV. Pemberian kemerdekaan oleh British

a)

i & ii

b)

i & iv

c)

ii & iii

d)

iii & iv

28.

Mengapakah Pilihan Raya Umum Pertama yang diadakan dianggap penting?

a)

Mengetuai pentadbiran negeri

b)

Merintis kemerdekaan negara

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Menamatkan pemerintahan British

29.

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menyatakan dua elemen penting dalam pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum.

Apakah kedua-dua elemen penting tersebut?

I Kemahiran teknikal

II Kandungan kurikulum seragam

III Sistem persekolahan sama

IV Kenaikan darjah secara automatik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

. II dan III

d)

. III dan IV

30.

. Mengapakah sistem berikut diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?


1951- sistem ahli diperkenalkan

a)

Merangka perlembagaan baru

b)

Membincangkan syarat kewarganegaraan

c)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

d)

Melaksanakan pilihan raya umum

31.

Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ingin meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu?

a)

Penubuhan Jawatankuasa Pendidikan.

b)

Kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini diperakui.

c)

Pilihan raya diadakan pada peringkat Majlis Perundangan Persekutuan.

d)

Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).

32.

Gambar 1 di bawah adalah tokoh yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya

(Independence for Malaya Party) pada tahun 1950-an.


*DATO' ONN JAAFAR*


Mengapakah beliau menubuhkan parti tersebut?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Mempertahankan hak peribumi

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

33.

. Manakah antara berikut faktor yang menyebabkan harga barang makanan dan keperluan harian melambung tinggi?

I. Harta benda yang musnah

II. Kawasan ladang dan lombong diserang skomunis

III. Pengeluaran makanan terjejas

IV.Perbelanjaan kerajaan meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

berikut berkaitan kepada rundingan antara pihak kerajaan dengan PKM


Apakah syarat yang dikemukakan oleh pihak kerajaan kepada PKM dalam rundingan TERSEBUT

a)

Peletakkan senjata diisytiharkan dan penyerahan diri

b)

Hasil rampasan dikembalikan

c)

Kubu pertahanan dimusnahkan

d)

Kewarganegaraan ahli dilucut

35.

Apakah tindakan komunis untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu?

I. Merosakkan ladang getah

II. Memutuskan bekalan air

III. Merosakkan jalan raya

IV.Menyerang lombong bijih timah

a)

. I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Manakah antara berikut merupakan karya yang menyebarkan ideologi komunis?

a)

MANIFESTO

b)

DAS KAPITAL

c)

DAS MANIFESTO

d)

COMMUNIST KAPITAL

37.

Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?

a)

Syarat kewarganegaraan dilonggarkan

b)

Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf

c)

Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu

d)

Mewujudkan kerjasama kaum ke arah perpaduan

38.

menunjukan peranan Rajaraja Melayu dalam mengembalikan kedaulatan

negara dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948


Apakah kepentingan mempertahankan negara pada masa kini?

I. Mengukuhkan ekonomi imigran

II. Mengekalkan perpaduan rakyat

III. Memelihara kemerdekaan negara

IV. Memastikan penguasaan orang Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan pada 25 Julai 1946.

Apakah tujuan jawatankuasa tersebut ditubuhkan?

a)

Menentukan jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum

b)

Membincangkan kedudukan Raja-raja Melayu dan orang Melayu

c)

Menetukan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

40.

Pemimpin-pemimpin berikut telah dihukum gantung oleh British kerana terlibat dalam

pembunuhan Gabenor Sarawak kedua di Sibu.


  • ROSLI DHOBY
  • MORSHIDI SIDEK
  • AWAN RAMBLI

Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut?

a)

Sanggup berkorban untuk negara

b)

Perlu berhati-hati ketika berjuang

c)

Hendaklah berbakti kepada negara

d)

Mesti bertolak ansur dengan penjajah