NEW
Font size
Worksheetskertas 1 pasir gudang johor
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?
Untuk memajukan perniagaan
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Mendapatkan keyakinan daripada pelabur
Membantu golongan yang kurang berkemampuan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis milikan perniagaan
· Modal diperoleh daripada simpanan pemilik
sendiri
· Pemilik sendiri yang menguruskan perniagaan
Apakah jenis milikan perniagaan tersebut?
Milikan tunggal
Perkongsian
Syarikat
Koperasi
Gambar 1 berkaitan dengan pemilikan perniagaan.
Antara yang berikut, pernyataan manakah berkaitan pemilikan perniagaan tersebut?
I Cukai pendapatan yang rendah.
II Tiada had maksimum pemegang saham.
III Liabiliti terhad atas modal yang dilaburkan.
IV Modal daripada jualan syer kepada 10 orang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar di atas ini berkaitan dengan sejenis perniagaan
Apakah cabaran yang dihadapi oleh perniagaan tersebut?
Ketidakpastian pasaran
Kos overhead yang tinggi
Perundangan peraturan
Perbelanjaan perniagaan cenderung naik secara mendadak
Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan di atas?
I Berskala global
II Perniagaan bersaiz besar
III Terlibat dalam sektor kedua
IV Menyediakan perkhidmatan langsung
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Skala Perniagaan PETRONAS merangkumi luas merentasi sempadan negara. Bagaimanakah strategi pasaran yang sesuai yang boleh dilakukan oleh perniagaan dalam mengharungi pandemik Covid-19 yang berlaku kini.
Memenuhi keperluan masyarakat setempat
Pasaran mudah ditembusi dengan wujudnya internet
Menggunakan strategi pemasaran yang berbeza-beza untuk menarik pengguna
Memberikan tumpuan kepada kawasan –kawasan tertentu yang telah dikenalpasti.
Bagaimanakah peranan kerajaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dapat membantu usahawan tempatan ?
Dapat meningkatkan kegiatan promosi
Dapat mengatasi masalah kekurangan modal
Dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti keluaran
Dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan
Rajah menunjukkan trend perniagaan negara Y pada setiap suku tahun 2017.
Apakah trend perniagaan negara Y bagi suku kedua dan suku ketiga tahun
2017?
Mendatar
Menurun
Menegak
Meningkat
Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan satu agensi kerajaan dalam menangani isu
Tempatan.
Mengapakah kerajaan bertindak sedemikian?
Mengatasi deflasi
Mengurangkan inflasi
Menstabilkan ekonomi
Mengawal sistem kewangan
Maklumat yang berikut menunjukkan dasar-dasar yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan pusat
· Dasar fiskal
· Dasar kewangan
Mengapa kerajaan melaksanakan dasar-dasar tersebut
untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil
untuk menggalakkan eksport barang tempatan
untuk mengurangkan aliran yang masuk mata wang asing
untuk meningkatkan permintaan barangan keluaran tempatan
