Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BSMM SeBaTi - CPR

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pernyataan berikut adalah benar tentang pertolongan cemas?

a)

Pertolongan cemas ialah bantuan perubatan.

b)

Pertolongan cemas menggunakan bahan yang ada di sekitar.

c)

Pertolongan cemas mengutamakan keselamatan mangsa.

d)

Pertolongan cemas perlu diberikan untuk semua kecederaan sebelum mangsa dihantar ke hospital.

2.

Tujuan pertolongan cemas bukan untuk...

a)

menyelamatkan nyawa

b)

memastikan mangsa selamat

c)

menyembuhkan kecederaan

d)

memberi keselesaan kepada mangsa

3.

Kedalaman tekanan dada semasa melakukan CPR untuk orang dewasa ialah

a)

3 hingga 4 cm

b)

4 hingga 5 cm

c)

5 hingga 6 cm

d)

6 hingga 7 cm

4.

Renjatan berlaku akibat

a)

kehilangan darah yang banyak

b)

kekurangan gula dalam darah

c)

suhu badan melebihi suhu normal

d)

mangsa menerima berita buruk

5.

Gambar menunjukkan organ .......

a)

hati

b)

paru-paru

c)

jantung

d)

buah pinggang

6.

Pertolongan cemas merupakan tindakan awal yang perlu diambil oleh seseorang untuk menyelamatkan nyawa mangsa dalam situasi mengejut serta memerlukan ................... serta merta dan ....................

a)

tindakan, lambat

b)

tindakan, pantas

c)

protokol, lambat

d)

protokol, rawatan

7.

Dalam prosedur CPR, terdapat ............ peringkat yang perlu dipatuhi supaya proses menyelamatkan mangsa dapat dilakukan dengan lancar.

a)

tiga

b)

empat

c)

lima

d)

enam

8.

Apakah situasi kecemasan yang memerlukan CPR?

a)

Muntah-muntah

b)

Terseliuh

c)

Serangan jantung

d)

Patah kaki

9.

Situasi kecemasan pada gambar adalah ..............

a)

bunuh diri

b)

menyelam

c)

kemalangan

d)

lemas

10.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil apabila berlaku kemalangan?

a)

I Periksa mangsa dan hubungi talian kecemasan

b)

II Lakukan prosedur CPR apabila didapati mangsa tidak bernafas atau tiada denyutan nadi

c)

Biarkan mangsa dan tunggu jika ada pertolongan daripada orang sekeliling

d)

Mencari nadi mangsa dan angkat mangsa untuk dibawa ke hospital

11.

Lakukan tekanan luaran atau ECC ( External Cardiac Compression) pada bahagian .................. dada mangsa untuk mengepam darah ke jantung secara manual.

a)

sisi

b)

tengah

c)

atas

d)

bawah

12.

Talian kecemasan untuk menghubungi Ambulans ialah ........

a)

996

b)

997

c)

998

d)

999

13.

Apakah itu CPR?

a)

Cardiopulmonary disease

b)

Cardiovascular Endurance

c)

Cardiopulmonary Resuscitation

14.

Apabila melakukan CPR, ingatlah kata kunci D-R-C-A-B


D ialah?

a)

Dare

b)

Doctor

c)

Danger

d)

Death

15.

Prinsip dan prosedur CPR terdiri daripada D.R.C.A.B + E iaitu semua di bawah KECUALI....

a)

Danger (BAHAYA)

b)

Responsible (BERTANGGUNGJAWAB)

c)

Airways (Laluan Pernafasan)

d)

Breathing (PERNAFASAN)

16.

Jika rakan anda mengalami masalah pernafasan dan memerlukan CPR di sekolah, apakah tindakan yang anda boleh ambil untuk membantunya?

a)

melaksanakan CPR terus kepada rakan tanpa sebarang ilmu

b)

memanggil rakan-rakan yang lain bagi menjenguk mangsa

c)

mendapatkan guru mata pelajaran atau memanggil mana - mana guru yang boleh memberikan bantuan

d)

melaporkan masalah ini kepada ketua kelas sahaja

17.

Salah satu prosedur CPR adalah mengesan nadi mangsa. Teknik mengesan nadi ini dapat dilaksanakan menggunakan perkara berikut KECUALI...

a)

memeriksa denyutan nadi di pergelangan tangan.

b)

memeriksa denyutan nadi di jantungnya menggunakan stetoskop.

c)

memeriksa denyutan nadinya di bahagian jantung menggunakan mikroskop.

d)

memeriksa denyutan nadi di bahagian leher.

18.

Anda mendapati rakan anda pengsan secara tiba - tiba semasa melaksanakan acara sukan di sekolah. Setelah mengesan kadar nadi dan pernafasannya, keadaannya kelihatan normal. Adakah anda perlu melakukan CPR terus kepadanya?

a)

Ya

b)

Tidak

19.

Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) ialah bantuan kecemasan melibatkan gabungan

a)

teknik tekanan di bahagian badan dan hembusan ke dalam mulut

b)

teknik hembusan ke dalam mulut dan tekanan di bahagian kepala

c)

teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut

d)

teknik hembusan ke dalam telinga dan tekanan ke bahagian perut

20.

Jumlah tekanan dada dan bilangan hembusan yang dilakukan semasa menunggu kehadiran ambulans atau sehingga mangsa tersedar ialah

a)

10 kali tekanan dada, 1 kali hembusan

b)

15 kali tekanan dada, 1 kali hembusan

c)

20 kali tekanan dada, 2 kali hembusan

d)

30 kali tekanan dada, 2 kali hembusan

21.

Hembusan mulut ke mulut semasa CPR membolehkan mangsa menerima udara yang mengandungi

a)

hidrogen

b)

karbon dioksida

c)

oksigen

d)

nitrogen