WorksheetsPROSES HIDUP HAIWAN oleh Norizah
Total questions: 40
Worksheet time: 35mins
Apakah kegunaan bahagian X?
Menakutkan musuh
Menyimpan makanan yang telah dimakan
Mengawal suhu badan haiwan tersebut
Melindungi dirinya daripada dicederakan musuh
Maklumat di bawah menunjukkan bagaimana haiwan P memastikan kemandirian spesiesnya.
- Menyembunyikan telurnya
- Bertelur dengan banyak
Antara berikut, yang manakah P?
Haiwan X mempunyai ciri-ciri berikut?
- Menyusukan anaknya
- Meletakkan anaknya di dalam kantung
Antara berikut, yang manakah haiwan X?
Badak sumbu
Seladang
Kanggaru
Gajah
Haiwan manakah yang bermigrasi untuk melindungi diri daripada cuaca melampau?
Paus
Beruang
Monyet
Serigala
Mengapakah kerbau dan badak sumbu berendam di dalam lumpur semasa musim panas?
Untuk menyimpan air di dalam kulitnya
Untuk membersihkan badan
Untuk menyejukkan badan
Untuk mengumpulkan lebih bayak haba untuk memanaskan badan
Haiwan manakah yang berpura-pura mati untuk melindungi diri daripada musuh?
Kumbang
Sesumpah
Siput
Cicak
Antara haiwan berikut, yang manakah tidak menjaga telurnya?
Itik
Penyu
Burung
Penguin
_______________ mempunyai belang hitam dan putih pada dirinya untuk penyamaran diri.
Gajah
Harimau
Rusa
Kuda belang
Selepas sebulan Encik Abu meracun tikus di ladang kelapa sawitnya, didapati bilangan ular berkurang. Mengapakah hal ini berlaku?
Ular tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk terus hidup
Ular tidak mempunyai kawan
Bilangan helang bertambah dan helang membunuh ular
Bangkai tikus menyebabkan penyakit kepada ular
Haiwan seperti gajah dan seladang hidup dalam kumpulan besar. Apakah kepentingan hidup dalam kumpulan?
Dapat memanaskan badan dalam musim sejuk
Dapat mengurangkan kemungkinan diserang oleh musuh
Dapat bergerak dengan lebih laju
Supaya senang untuk mendapatkan makanan
Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri haiwan X.
- bulu tebal
- lapisan lemak yang tebal di bawah kulit
Yang manakah merupakan habitat yang paling sesuai?
Artik
Tepi laut
Gurun
Hutan
Bagaimanakah kedua-dua haiwan ini melindungi diri daripada musuh?
Melindungi badan dengan menggunakan cangkerang
Menyerang musuh dengan menggunakan tanduk
Mengembungkan badan yang berduri tajam
Mengeluarkan racun berbisa
Pernyataan yang manakah betul menerangkan cara haiwan itu dengan cuaca sejuk?
Mempunyai bulu yang nipis
Mempunyai bonggol yang berlemak
Mempunyai lapisan lemak yang tebal
Mempunyai bulu yang sangat tebal pada badan
Antara berikut, yang menerangkan cara haiwan ini melindungi diri daripada cuaca panas?
Menyimpan lemak pada badannya
mempunyai bulu yang tebal
Berendam dalam lumpur
Tidur pada waktu siang
Antara haiwan yang berikut,yang manakah menyusukan anaknya?
Helang
Rama-rama
Lembu
Udang
Antara yang berikut, yang manakah merupakan pengeluar di dalam rantai makanan?
Haiwan yang manakah mempunyai cara melindungi diri yang sama seperti haiwan di atas?
Rusa
Kura-kura
Landak
Kala Jengking
- Berbulu tebal
- Mempunyai lapisan lemak di bawah kulitnya
Berdasarkan penyataan berikut, dimanakah habitat haiwan tersebut?
Di kutub utara
Di padang pasir
Di hutan tebal
Di lautan luas
Bagaimanakah haiwan ini melindungi diri daripada musuh?
Mengeluarkan diri
Mengeluarkan sengat
Mempunyai tanduk
Mempunyai sisik keras
Bagaimanakah haiwan ini melindungi dirinya apabila dikejar oleh musuh?
Mengeluarkan bau yang busuk
Mempunyai bisa yang dapat mencederakan musuhnya
Dapat berlari dengan laju
Mengelirukan musuh dengan memutuskan ekornya
Berdasarkan rantai makanan tersebut, apakah yang akan berlaku jika semua rumput mati?
Bilangan belalang akan berkurangan
Semua hidupan lain turut mati
Bilangan katak akan berlebihan
Helang akan bertambah dan ular berkurangan
Antara berikut, haiwan yang manakah menjaga telurnya?
Siput
Monyet
Penyu
Ular
Daun sawi - Beluncas - Burung pipit
Apakah yang akan berlaku jika banyak burung pipit mati akibat jangkitan penyakit?
Bilangan beluncas dan sawi akan bertambah
Bilangan sawi akan bekurang dan bilangan beluncas bertambah
Bilangan beluncas akan bertambah dan bilangan sawi akan bertambah
Bilangan beluncas akan berkurang dan bilangan sawi kekal
Antara berikut, haiwan yang manakah menyembunyikan telur di dalam lubang dan menimbusnya dengan pasir?
Merupakan sumber tenaga utama dalam satu rantai makanan.
Pernyataan di atas merujuk kepada?
Tumbuh - tumbuhan
Haiwan
Matahari
Angin
Apakah yang dimaksudkan dengan migrasi?
Cara haiwan bergerak
Laluan haiwan bergerak
Pergerakan haiwan melalui laluan yang sama pada tahun berlainan
Pergerakan haiwan ke tempat lain apabila musim berubah dan kembali ke tempat asal apabila keadaan kembali sesuai.
Bagaimanakah haiwan ini memastikan kemandirian spesiesnya?
Menyusukan anak
Menyembunyikan anaknya
Membawa anak di belakangnya
Menyerang apabila anaknya diganggu
Antara yang berikut, yang manakah bukan pengeluar?
Lumut
Cendawan
Paku-pakis
Kaktus
Tanpa pengeluar, semua pengguna akan mati. Mengapa?
Tiada sumber air
Kehilangan habitat
Tiada sumber makanan
Tidak dapat menahan cuaca melmpau
Apakah maksud berhibernasi?
tidur yang panjang
makan yang terkawal
tidak mencari makanan
