NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 5
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________
rambang mata
tajam akal
otak udang
tanda mata
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada ___________.
ia
dia
beliau
mereka
"Kalau ______________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu," sembah ahli kepada sultan.
tuan
tuanku
baginda
tuan hamba
"Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, ___________ masih lagi terbayang-bayang akan suasana damai di sana," kata Lokman.
dia
kami
saya
kalian
Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan pertandingan bercerita. ___________________ telah mejemput beberapa orang guru sebagai pengadil.
Beliau
Kami
Saya
Kita
Duduklah di ____________________ yang kamu suka.
mana
siapa
siapa-siapa
mana-mana
"Jalan berkelakuan ______________________, tidak elok," nasihat ibu kepada Zarina.
itu
ini
begitu
begini
Darus dan Intan bersahabat karib. _________________ tinggal sekampung.
kamu
kami
mereka
dia
"Ampun _____________, tuanku," sembah Hnag Tuah kepada raja.
beta
patik
hamba
baginda
"Jika ________________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,"kata Ani kepada kawan-kawannya.
dia
awak
beliau
kalian
"Kalau ______________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu," sembah ahli kepada sultan.
tuan
tuanku
baginda
tuan hamba
Pilih struktur ayat yang betul.
Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu.
Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu.
Pilih struktur ayat yang betul.
Encik Ram berasal daripada Teluk Intan.
Encik Ram berasal dari Teluk Intan.
Pilih struktur ayat yang betul.
Ayah membeli beg tangan untuk ibu.
Ayah membeli beg tangan bagi ibu.
Pilih struktur ayat yang betul.
Tolong buang sampah ini di dalam tong sampah itu.
Tolong buang sampah ini ke dalam tong sampah itu.
Pilih struktur ayat yang betul.
Ibu menyiang ikan keli di dapur.
Ibu menjerang ikan keli di dapur.
Pilih struktur ayat yang betul.
Bola itu ditendang oleh Ramli.
Bola itu menendang Ramli.
Pilih struktur ayat yang betul.
Kakak sedang menanak nasi di dapur.
Kakak sedang memasak nasi di dapur.
Pilih struktur ayat yang betul.
Sungguh cantik kereta itu.
Benar cantik van itu.
Pilih struktur ayat yang betul.
Kami dihujani hujan semalam.
Kami kena hujan semalam.
Pilih struktur ayat yang betul.
Pokok pisang itu ditanam oleh ayah saya.
Pokok pisang itu ayah saya tanam.
Pilih struktur ayat yang betul.
Berbagai-bagai jenis makanan dijual di gerai itu.
Azmi mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli.
Pilih struktur ayat yang betul.
Kedua anaknya telah pulang ke tanah air.
Beberapa buah rumah telah hangus dijilat api.
Pilih struktur ayat yang betul.
Batu karang boleh didapati di dasar laut.
Buruh itu kasar bekerja dengan bersungguh-sungguh.
Pilih struktur ayat yang betul.
Nama kamu siapa?
Nama kamu siapakah?
Pilih struktur ayat yang betul.
Dia sukar tidur di waktu siang.
Bungkusan merah ini daripada siapa?
Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung
lantaran
malahan
manakala
walaupun
Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah terbuka
rumah tumpangan
"____________ berkenan untuk menghadiri majlis santapan yang akan dilangsungkan di Istana Mahkota," kata pegawai istana kepada wartawan akhbar.
Beta
Patik
Hamba
Baginda
Puan Suriati berasa kecewa _______ sikap anaknya yang semakin degil.
pada
kepada
terhadap
akan
Hati Nazua _________ akan kata-kata nasihat daripada ibunya.
menyentuh
disentuh
tersentuh
Fikiran Alif ___________ apabila mengenangkan ibunya yang sakit di kampung.
terganggu
mengganggu
diganggu
Kamil ________ apabila nampak seekor ular memasuki rumahnya
diterperanjatkan
memeranjatkan
terperanjat
Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.
terhadap
antara
sejak
demi
Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.
hiruk pikuk
kelam kabut
lintang pukang
compang camping
Badan pengemis itu __________ kerana sudah berminggu-minggu dia tidak mandi.
hamis
hanyir
hangus
hapak
Harga ______ sabun mandi lebih murah daripada harga _____ akhbar.
sebiji ... sebuah
sebuku ... senaskhah
sekotak ... segulung
segelung ... selonggok
Ubat-ubatan tradisional biasanya ________ seperti hempedu dan ini biasanya tidak digemari oleh orang.
pahit
masam
manis
tawar
Kerajaan telah mengambil tindakan drastik dengan _______ sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan keganasan.
menahan
menyembunyikan
menyerbu
menyumbat
Seorang ahli jawatankuasa PIBG telah memberi __________ untuk menambahkan tabungan PIBG sekolah.
saranan
keputusan
andaian
amaran
Orang kaya yang sangat kedekut itu digelar ______ oleh penduduk kampung.
mata duitan
hidung tinggi
tangkai jering
kera sumbang
Murid-murid perempuan tidak dibenarkan memakai________ke sekolah.
manik-manik
anting-anting
renda-renda
Fatimah__________menziarahi ibubapanya di kampung.
jarang-jarang
sering-sering
hampir-hampir
Penduduk Kampung Melati ___________membaiki jambatan yang rosak itu.
bergotong-royong
berliang-liuk
berguling-gantang
Mulut Azri________semasa membaca novel cinta itu.
gerak-geri
kumat-kamit
robak-rabik
________pekerja-pekerja asing itu sentiasa diawasi oleh pihak majikan mereka.
Saki-baki
Susur-galur
Tindak-tanduk
Tiara mempelajari___________mengurus perniagaan daripada ayahnya.
selok-belok
ceruk-meruk
pincang-pincung
Ah Kau __________hendak mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz itu.
berada-ada
beria-ia
berjaga-jaga
Puan Kamsiah menyapu __________yang gugur dari pokok di halaman rumahnya.
bebawang
dedaun
rerumput
Mata Hasri_____________apabila dimarahi oleh ibunya.
terkebil-kebil
terkial-kial
terngiang-ngiang
Ganesh___________buku itu untuk melihat kandungannya.
memusing-musing
membelek-belek
menyelak-nyelak
Salman__________ketika hendak ke tandas kerana kereta api sedang bergerak.
berolak-alik
terhuyung-hayang
berpolang-paling
Pada waktu petang, Dollah dan keluarganya________di taman bunga.
bersiar-siar
bersuka-suka
berehat-rehat
"Jangan_____________ketika menaiki bas," kata guru disiplin kepada murid-murid.
berpegang-pegangan
bertolak-tolakan
berpeluk-pelukan
Lalita dan Suraya mendapat tempat pertama dalam acara________itu.
tari-menari
tari-tari
menari-nari
bertari-tari
Bandar itu___________pada waktu malam.
terang-terangan
terang-benderang
seterang-terangnya
Hanis mendapat _____________________ selepas menyertai perrtandingan itu.
durian runtuh
batu api
mata duitan
gaji buta
Amin rela _____________ dari kedai yang kotor itu.
angkat kaki
ikat perut
makan hati
makan suap
Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada along bagai _____________ kerana along tidak ingin menuruti kata-kata ayah.
kacang lupakan kulit
mencurahkan air ke daun keladi
kaca jatuh ke batu
tikus membaiki labu
