NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsSistem Bahasa UPSR
Total questions: 60
Worksheet time: 35mins
Name
Class
Date
1.
Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan.
a)
kedua-dua
b)
dua
2.
Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.
a)
meniaga
b)
keledek goreng
3.
Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
a)
oleh sebab
b)
oleh demikian
4.
Anggota - anggota ekspidisi yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.
a)
alas perut
b)
ikat perut
c)
makan hati
d)
makan garam
5.
Sikap Mak Munah yang _____________ itu menyebabkan jiran - jirannya berpecah-belah.
a)
angkat muka
b)
muka tembok
c)
bermuka-muka
d)
tebal muka
6.
Mat Jenin _______________ untuk memperisterikan puteri raja.
a)
iri hati
b)
hati kering
c)
makan hati
d)
ada hati
7.
Puan Lily _______________ oleh sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
a)
membuang garam ke laut
b)
makan hati berulam jantung
c)
menangguk di air keruh
d)
hidup segan, mati tak mahu
8.
Orang yang bijak menggunakan masa pasti akan mencipta kejayaan dalam hidupnya kerana _________________.
a)
masa itu emas
b)
ilmu itu pelita hidup
c)
bertangguh itu pencuri masa
d)
bahasa jiwa bangsa
9.
Cikgu Salleh memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimi lah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.
a)
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
b)
biar putih tulang, jangan putih mata
c)
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
d)
lembu punya susu, sapi dapat nama
10.
Walaupun berlainan bangsa, hubungan Wong dan Ramesh sungguh akrab.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti kucing dibawakan lidi
c)
seperti pahat dengan penukul
d)
seperti gergaji dua mata
11.
Akhirnya Wak Seman berjaya menyiapkan rumah itu walaupun dilakukan sedikit demi sedikit setiap hari.
a)
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
b)
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
c)
ikut hati mati, ikut rasa binasa
d)
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
12.
Hati Normala _______________ apabila mendengar penghinaan orang kampung terhadap kedaifan keluarganya.
a)
bagai dihiris dengan sembilu
b)
bagai kacang lupakan kulit
c)
bagai murai tercabut ekor
d)
bagai cacing kena air panas
13.
Orang gaji itu _______________ apabila majikannya mahu melaporkan kepada polis mengenai kehilangan barang kemasnya.
a)
seperti rusa masuk kampung
b)
seperti cacing kepanasan
c)
seperti tikus jatuh di beras
d)
seperti cicak makan kapur
14.
Isikan kata kerja yang sesuai pada tempat kosong dalam ayat berikut: Dia __________ kedua-dua tapak tangannya pada daun pintu.
a)
A. melekapkan
b)
B. menampalkan
c)
C. melekitkan
d)
D. melekatkan
15.
Antara berikut yang manakah bukan imbuhan?
a)
A. awalan = sesiapa
b)
B. akhiran = sertai
c)
C. apitan = kejahatan
d)
D. sisipan = gemilang
16.
Antara berikut yang manakah ayat pasif yang tepat?
a)
A. Ali sedang menendang bola.
b)
B. Bola sedang ditendang oleh Ali.
c)
C. Bola sedang Ali tendang.
d)
D. Bola Ali sedang ditendang.
17.
Pilih jenis ayat yang betul penggunaan bahasanya.
a)
A. Swee Annkah dia?
b)
B. Oh, cantiknya rumah itu!
c)
C. Tolong jangan pijak rumput.
d)
D. Encik Hamid ialah guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Menanti.
18.
Angin yang bertiup dengan________telah mengakibatkan atap beberapa rumah di kampung itu rosak.
a)
laju
b)
kuat
c)
lemah
d)
kencang
19.
"__________melintas jalan raya, semua murid mestilah melihat ke kiri dan ke kanan dahulu,"kata Cikgu Ramli.
a)
Tatkala
b)
Selepas
c)
Sebelum
d)
Semenjak
20.
Kakak mencuba baju kurung yang baru siap________oleh tukang jahit yang berpengalaman itu.
a)
dijahit
b)
terjahit
c)
penjahit
d)
menjahit
21.
Bandar raya Kuala Lumpur___________pada waktu malam kerana dihiasi lampu yang berwarna-warni.
a)
huru-hara
b)
calar-balar
c)
kucar-kacir
d)
terang-benderang
22.
.“________ telah dirompak oleh ________,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke arah perompak yang melarikan diri.
a)
Hamba, dia
b)
Kami, mereka
c)
Saya, dia
23.
“Ampun _______, apakah hajat ________meminta ______ datang menghadap?” sembah Bendahara Tun Perak
a)
baginda … tuanku … hamba
b)
tuanku … beta … patik
c)
beta … baginda … hamba
d)
tuanku … tuanku … patik
24.
Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
a)
doktor
b)
perwira
c)
mekanik
d)
pemandu
25.
Jiran saya Encik Shahir. ____________ bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia.
a)
Dia
b)
Beliau
c)
Kalian
d)
Baginda
26.
Umat Islam akan saling __________ dan __________ dengan ibu bapa serta sanak-saudara pada hari raya.
a)
hadir…menghormati
b)
mengunjungi…bermaafan
c)
menghormati…mencintai
d)
mengasihi…bekerjasama
27.
Penggunaan lampu yang __________ ketika membaca boleh menyebabkan kerosakan mata.
a)
silau
b)
malap
c)
jernih
d)
terang
28.
Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang betul.
a)
pemaju
b)
memaju
c)
kemajuan
d)
memajukan
29.
Plastik __________ akan memudahkan kita untuk melihat barangan yang ada di dalamnya.
a)
lutsinar
b)
kalis air
c)
kedap sinar
d)
kedap udara
30.
__________ tingkap rumah itu dipasang jeriji keselamatan, pencuri itu berjaya memecah masuk juga.
a)
Walaubagaimanapun
b)
Kendatipun
c)
Lantaran
d)
Jikalau
31.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang.
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang.
a)
Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang pada hari kemudian.
b)
Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari.
c)
Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari.
d)
Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang.
32.
Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah ________ menderita penyakit angin ahmar.
a)
berhari-hari
b)
berabad-abad
c)
bertahun-tahun
d)
berkurun-kurun
33.
__________ tubuhnya terasa lemah ________ kali diserang demam panas.
a)
Tiga suku .... sekalian
b)
Setengah .... beberapa
c)
Seluruh .... sekalian
d)
Seluruh .... setiap
34.
kata kerja yang sesuai dengan gambar.
a)
menatang
b)
menjunjung
c)
menjulang
d)
menjinjing
35.
Nenek Besah sedang ___________ bawang menggunakan lesung untuk ditumis.
a)
menumbuk
b)
mengisar
c)
memukul
d)
memalu
36.
Suasana di pasar malam itu ______________ oleh suara para pengunjung dan para peniaga.
a)
punah-ranah
b)
kacau-bilau
c)
kucar-kacir
d)
riuh-rendah
37.
" ________________ Pak Belang, janganlah kau makan aku!" kata pemuda itu dengan takutnya.
a)
Oh
b)
Wah
c)
Aduh
d)
Wahai
38.
Beberapa ________________ cendawan dimasukkan oleh tukang masak ke dalam sup sayur-sayuran itu.
a)
gugus
b)
cebis
c)
batang
d)
kaki
39.
Pilih ayat yang sama maksud.
Lukisan yang cantik itu dilukis oleh pelukis yang terkenal.
Lukisan yang cantik itu dilukis oleh pelukis yang terkenal.
a)
Pelukis yang melukis lukisan yang cantik itu telah terkenal.
b)
Lukisan yang telah dilukis oleh pelukis yang terkenal dan cantik.
c)
Pelukis yang terkenal telah melukis lukisan yang cantik itu.
d)
Lukisan yang terkenal itu telah dilukis oleh pelukis yang cantik itu.
40.
Ketika menyertai ekspidisi itu, rakit yang dinaiki Zarul ______ terbalik kerana arus deras.
a)
segera
b)
dekat
c)
nyaris
d)
cepat
41.
Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi gambar di belakang.
a)
Bendera putih
b)
Berhutang budi
c)
Anak emas
d)
Bau-bau bacang
42.
Ruzi telah mendapat peluang belajar di sekolah berasrama penuh_______ mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
a)
setelah
b)
sewaktu
c)
semenjak
d)
sekiranya
43.
Kelihatan _________ kerbau sedang berkubang di dalam lumpur di tengah-tengah sawah itu.
a)
segerombolan
b)
seangkatan
c)
sekandang
d)
sekawan
44.
Bahagian ________ yang menyokong bumbung rumah itu telah patah akibat dihempap pokok kelapa.
a)
kekisi
b)
tetupai
c)
kekuda
d)
tetambak
45.
Kerajaan menggalakkan penggunaan bahan yang ________ untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
a)
suci murni
b)
mesra alam
c)
mudah alih
d)
mesra pengguna
46.
Projek pembangunan yang terbengkalai itu akan dipulihkan oleh pihak kerajaan. Perkataan berlawan bagi terbengkalai ialah..
a)
terurus
b)
terhenti
c)
tersusun
d)
terganggu
47.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
48.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
49.
Perkataan seerti dengan perkataan berwarna.
Puan Rita memeluk erat anak kesayangannya yang baru pulang dari luar negara.
Puan Rita memeluk erat anak kesayangannya yang baru pulang dari luar negara.
a)
Mendakap
b)
Membelai
c)
Memegang
d)
Mendukung
50.
Abu harus selesai ____________ lubang-lubang di tanah itu sebelum esok.
a)
Mengorek
b)
Mencangkul
c)
Menebuk
d)
Mengopek
51.
Salmah memang cantik orangnya. Namun, dia ibarat __________ kerana suka _________ apabila bergaul dengan masyarakat setempat.
a)
Buka tembelang … bermuka-muka
b)
Bermuka dua … buka mulut
c)
Bunga dedap …bermuka-muka
d)
Banyak lemak …harga diri
52.
Rumah Pak Dali _____________ dengan suara ____________nya yang datang bertandang.
a)
Haru-biru …jiran tetangga
b)
Riuh-rendah …saudara-mara
c)
Riuh-rendah …anak-anak
d)
Haru-biru … budak-budak
53.
Dalam sebiji durian itu, hanya lima ____________ isi sahaja yang boleh dimakan.
a)
biji
b)
pangsa
c)
ulas
d)
ketul
54.
Orang muda itu telah memilih beberapa ______________ jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan di tanam di se___________ tanah terbiar.
a)
Tongkol … sekaki
b)
Biji … bidang
c)
Buah … kumpulan
d)
Tongkol… bidang
55.
Aqylah sudah bersiap- siap hendak keluar _____ terpaksa dibatalkan ______ hujan lebat.
a)
tetapi....kerana
b)
tetapi...akibat
c)
walaupun.....tetapi
56.
3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
a)
setelah
b)
hingga
c)
agar
d)
manakala
57.
“____________ perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh 6A dalam UPSR”. Kata Cikgu Masyitah kepada murid tahun 6.
a)
Awak
b)
Beliau
c)
Kalian
d)
Engkau
58.
Umat Islam akan saling __________ dan __________ dengan ibu bapa serta sanak-saudara pada hari raya.
a)
hadir…menghormati
b)
mengunjungi…bermaafan
c)
menghormati…mencintai
d)
mengasihi…bekerjasama
59.
Dedaun kering itu __________ ditiup angin. pertandingan tarian itu.
a)
berpusar
b)
berserakan
c)
berguguran
d)
berterbangan
60.
Pelawat yang menyaksikan anak panda di zoo itu bagaikan__________melihat telatahnya.
a)
tergamam
b)
terduduk
c)
terpukau
d)
terpaku
Reset
