Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENGAJIAN AM S1 : BADAN PENTADBIRAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Manakah melambangkan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam?

a)

Proses kerja yang jelas

b)

Peningkatan peruntukan

c)

Peningkatan pembabitan rakyat

d)

Pengurangan saiz tenaga kerja

2.

Tadbir urus baik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip?

a)

Integriti

b)

Prosedur

c)

Budi bicara

d)

Akauntabiliti

3.

Kesan pengurangan kerenah birokrasi dalam urusan kaunter di pejabat kerajaan ialah

a)

tahap kepuasan pelanggan meningkat

b)

bilangan pegawai kaunter bertambah

c)

waktu berurusan di kaunter dipendekkan

d)

keselesaan di kaunter perkhidmatan bertambah baik

4.

Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk?

a)

meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar

b)

menambahkan sumber manusia berasaskan kelayakan

c)

mengekalkan kerenah birokrasi dalam prosedur kerja

d)

melaksanakan penguatkuasaan secara budi bicara

5.

Prestasi penyampaian agensi awam dapat ditingkatkan melalui

a)

peningkatan bilangan kakitangan

b)

pemudahcaraan proses dan prosedur kerja

c)

perwujudan jabatan dan agensi yang baharu

d)

pengurangan masa operasi penyampaian perkhidmatan

6.

Manakah tugas Unit Perancang Ekonomi?

a)

Menyelaras pembangunan di koridor pertumbuhan

b)

Merancang pembangunan kawasan koridor dan serantau

c)

Memacu pelaksanaan agenda bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baharu

d)

Merangka dasar dan strategi pembangunan sosioekonomi negara

7.

Bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan sesuatu program, organisasi hendaklah memberi penekanan terhadap

a)

proses kerja

b)

bilangan tenaga kerja

c)

peraturan pelaksanaan

d)

sumber kos pengurusan

8.

Manakah benar tentang Jemaah Menteri

a)

diketuai oleh Perdana Menteri

b)

boleh menjadi Ahli Dewan Negara

c)

mempunyai keistimewaan berbanding orang lain

d)

boleh menjadi pengarah urusan dalam syarikat korporat

9.

Yang manakah merupakan asas pemberian peruntukan kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri?

a)

Keluasan negeri

b)

Hasil pendapatan negeri

c)

Panjang jalan raya negeri

d)

Bilangan penduduk dalam negeri

10.

Jentera pentadbiran tertinggi Kerajaan Persekutuan dilaksanakan oleh

a)

Kabinet

b)

Jabatan Perdana Menteri

c)

Kementerian

d)

Suruhanjaya

11.

Manakah agensi pusat yang bertanggungjawab terhadap pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan?

a)

Jabatan Perbendaharaan

b)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

c)

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

d)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

12.

Yang manakah penyataan yang benar tentang fungsi Majlis Raja-Raja?

a)

memberi pengampunan pesalah di Mahkamah Syariah

b)

Memberi persetujuan terhadap pelantikan Perdana Menteri

c)

Memberi persetujuan terhadap pelantikan Yang DiPertua Negeri

d)

Memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang persempadanan negeri

13.

Manakah tugas Kabinet

a)

Melantik setiausaha politik

b)

Merancang dasar pembangunan negara

c)

Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan

d)

Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan

14.

Apakah hasil kewangan yang diperoleh Pihak Berkuasa Tempatan?

a)

Cukai jualan

b)

Cukai Perkhidmatan

c)

Lesen paparan iklan

d)

Lesen pendaftaran perniagaan

15.

Peristiwa manakah yang menyebabkan seorang Menteri Besar mengambil tindakan untuk meletakkan jawatan

a)

dilantik sebagai senator

b)

dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah

c)

hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri

d)

Dewan Undangan Negeri meluluskan undi tidak menyokong kepimpinan beliau

16.

Tujuan utama penubuhan badan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri adalah untuk

a)

mengelakkan percanggahan dan melicinkan pentadbiran negara

b)

meningkatkan kecekapan pentadbiran pada peringkat masing-masing

c)

menyeragamkan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

d)

mengelakkan campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri

17.

Agensi yang bertanggungjawab untuk mengagihkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri mengikut panjang jalan raya dan bilangan penduduk?

a)

Perbendaharaan

b)

Majlis Kewangan Negara

c)

Pihak Berkuasa Tempatan

d)

Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri

18.

Manakah benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?

a)

melaksanakan kuasa eksekutif negeri

b)

diketuai oleh raja atau Yang Dipertua Negeri

c)

Jumlah keahlian adalah sama di setiap negeri

d)

terdiri daripada ahli Dewan Undangan Negeri

19.

Manakah benar tentang sistem Kerajaan Persekutuan?

a)

Kerajaan Persekutuan mempunyai segala kuasa

b)

Pentadbiran banyak tertumpu kepada Kerajaan Negeri

c)

Kerajaan Tempatan mempunyai kuasanya sendiri

d)

Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri

20.

Fungsi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) adalah

a)

menjalankan rancangan pembangunan sosio-ekonomi negeri

b)

membuat perancangan bagi kemajuan perindustrian

c)

memastikan dasar ekonomi mencapai matlamat yang diharapkan

d)

menilai dasar dan pelaksanaan projek pembangunan