Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 5 _ ULANGKAJI

Total questions: 37

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Antara sifat cahaya berikut,yang manakah digunakan untuk membuat alat dalam Rajah 8?

a)

Cahaya boleh dipesongkan

b)

Cahaya boleh dipantulkan

c)

Cahaya boleh diserakkan

d)

Cahaya tidak dapat menembusi bahan legap

2.

Cahaya dipancarkan ke atas cermin seperti dalam rajah di atas. Antara berikut, yang manakah menunjukan pantulan cahaya yang betul?

a)

R

b)

S

c)

T

d)

U

3.

Rajah 10 menunjukkan satu pemerhatian. Bebola besi tidak dapat melalui lubang gelang selepas dipanaskan kerana...




a)

Jisim bebola besi telah bertambah

b)

Bebola besi telah mengecut

c)

Udara mengembang apabila dipanaskan

d)

Bebola besi mengembang apabila dipanaskan

4.

Termometer diguna untuk menyukat suhu. Mengapakah raksa digunakan di dalam jangkasuhu?

a)

Ia merupakan warna yang cerah

b)

Ia mudah mengembang

c)

Ia mudah mengecut sahaja

d)

Ia mudah mengembang dan mengecut

5.

Suhu sesuatu bahan ialah…

a)

Kuantiti haba di dalam bahan tersebut

b)

Darjah kepanasan atau kesejukan bahan tersebut

c)

Kuantiti kandungan bahan tersebut

d)

Kuantiti tenaga di dalam bahan tersebut

6.

Rajah di bawah menunjukkan empat kedudukan mata semasa mengukur suhu air menggunakan termometer. Antara kedudukan bertanda A, B, C, dan D, yang manakah memberi bacaan suhu yang tepat?


a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

Rajah di bawah menunjukkan sebuah nat dan skrew. Nat tidak dapat ditanggalkan daripada skrew kerana ia terlalu ketat.


Bagaimanakah nat dapat ditanggalkan?

a)

Rendam skru dan nat dalam air mendidih

b)

Panaskan nat

c)

Rendamkan skru di dalam ais

d)

Rendamkan nat dan skru di dalam ais

8.

Gambar di bawah menunjukkan seorang murid sedang bersenam. Tenaga yang diperlukan untuk melakukan senaman diperolehi dari…

a)

Matahari

b)

Makanan

c)

MInyak

d)

Angin

9.

Gambar di bawah menunjukkan sejenis sumber tenaga elektrik.

Sumber tenaga elektrik tersebut selalunya digunakan di dalam ...

a)

Kereta api

b)

Kapal terbang

c)

Basikal

d)

Kereta

10.

Antara sumber tenaga berikut, yang manakah digunakan pada basikal untuk menghidupkan lampunya?

a)

Matahari

b)

Janakuasa hidroelektrik

c)

Dinamo

d)

Generator

11.

Gambar di bawah menunjukkan sebuah alatan elektrik.


Apakah perubahan tenaga yang akan berlaku apabila alat ini digunakan?

a)

Tenaga haba → tenaga elektrik

b)

Tenaga kima → tenaga haba

c)

Tenaga kinetik → tenaga elektrik

d)

Tenaga elektrik → tenaga haba

12.

Kenapakah tenaga yang boleh diperbaharui lebih baik daripada tenaga yang tidak boleh diperbaharui?

a)

Ia tidak mencemarkan persekitaran

b)

Ia mempunyai kualiti tenaga yang tinggi

c)

Ia boleh didapati di mana-mana

d)

Ia boleh diubah dengan mudah

13.

Yang berikut menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku apabila alatan X digunakan. Antara berikut,yang manakah mungkin alatan X?

a)

Radio

b)

Pengering rambut

c)

Piano

d)

Televisyen

14.

Mentol akan menyala apabila suis dipasang. Apakah perubahan tenaga yang berlaku dalam Rajah 2?

a)

Tiada perubahan tenaga berlaku

b)

Tenaga elektrik berubah kepada tenaga haba sahaja

c)

Tenaga elektrik berubah kepada tenaga cahaya sahaja

d)

Tenaga elektrik berubah kepada tenaga haba dan tenaga cahaya

15.

Suis yang manakah yang perlu disambung supaya mentol P, Q dan R dalam Rajah 4 boleh menyala?

a)

J, dan L sahaja

b)

J, dan K sahaja

c)

K, dan L sahaja

d)

L sahaja

16.

Antara langkah keselamatan berikut, yang manakah harus diambil semasa mengguna alatan elektrik di rumah?

a)

P, dan Q sahaja

b)

P, dan R sahaja

c)

Q, dan R sahaja

d)

P, Q, dan R

17.

Rajah 1 menunjukkan air di dalam bekas yang berbeza. Apakah sifat air berdasarkan rajah di atas?

a)

Air mempunyai jisim

b)

Air mempunyai bentuk yang tetap

c)

Air mempunyai isi padu yang tetap

d)

Air mengambil bentuk bekas yang diisinya.

18.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang pepejal?

a)

Ia mengambil bentuk bekas yang diisinya

b)

Ia mempunyai bentuk yang tetap

c)

Ia mempunyai isi padu yang tetap

d)

Ia mempunyai jisim

19.

Berikut adalah sifat-sifat sesuatu bahan. Bahan manakah yang mempunyai sifat yang dinyatakan.

a)

Gas sahaja

b)

Gas dan pepejal

c)

Cecair dan pepejal

d)

Gas, dan cecair

20.

Maklumat dibawah menunjukkan beberapa haiwan.

  • Monyet
  • Gajah
  • Ikan bilis

Bagaimanakah haiwan-haiwan ini melindungi diri daripada musuh?

a)

Memutuskan anggota badan

b)

Hidup dalam kumpulan

c)

Menyamar

d)

Menggulungkan diri

21.

Antara ciri berikut, yang manakah penting kepada haiwan yang hidup di kawasan kutub?


I. Berbadan besar

II. Berbulu tebal

III. Berbulu putih

IV. Mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

22.

Encik Johari hendak menanam satu tumbuhan di suatu kawasan yang kering dan panas. Apakah ciri tumbuhan yang tidak sesuai ditanam di kawasan tersebut?

a)

Batang yang boleh menyimpan air

b)

Daun yang berbentuk jarum

c)

Daun yang banyak

d)

Akar yang panjang

23.

Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri bahan X.

  • Mempunyai rasa pahit
  • Menukarkan warna kertas litmus merah ke biru

Apakah bahan X?

a)

Madu

b)

Asam jawa

c)

Air mineral

d)

Sabun

24.

Tuliskan bentuk tenaga yang dibebaskan oleh objek yang panas seperti dalam rajah

(a)  

25.

Sumber tenaga yang boleh dibaharui ialah sumber yang dijana daripada sumber yang sedia ada secara berterusan. Tandakan contoh sumber tenaga itu.

a)

matahari

b)

arang batu

c)

angin

d)

petroleum

e)

ombak

26.

Tandakan contoh biji benih yang dipencarkan oleh mekanisme letupan

a)

keembung

b)

getah

c)

teratai

d)

kemuncup

27.

Mengapakah biji benih tumbuhan perlu dipencarkan ?

a)

untuk memastikan kemandirian spesiesnya

b)

untuk pastikan hidupan dapat makanan yang cukup

28.

Tuliskan maksud rantai makanan

(a)  

29.

Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan

(a)  

30.

Tuliskan sifat cahaya yang terlibat dalam situasi seperti rajah ini

(a)  

31.

Tandakan (/ ) pada fenomena yang menunjukkkan prinsip pembiasan cahaya

a)

doktor gigi guna cermin untuk lihat gigi pesakit

b)

kolam kelihatan lebih cetek daripada kedalaman sebenar

c)

saiz huruf kelihatan lebih besar apabila dilihat dengan kanta pembesar

d)

kereta yang datang dari arah belakang dapat dilihat melalui cermin sisi kereta

32.

Dalam suatu penyiasatan, Amirul mendapati warna kertas litmus merah telah bertukar menjadi biru. Apakah deria yang digunakan semasa membuat pemerhatian ini?

a)

Bau

b)

Sentuh

c)

pendengaran

d)

Penglihatan

33.

Antara berikut, yang manakah bukan definisi secara operasi bagi pertumbuhan pokok?

a)

Warna Bunga

b)

Bilangan Daun

c)

Ketinggian pokok

d)

Ukur lilit batang

34.

1. Rajah 1 menunjukkan panjang spring apabila digantungkan dengan beban yang berlainan.

Apakah hipotesis yang ingin dibuktikan?

a)

Jika panjang spring bertambah, bilangan beban bertambah

b)

Jika jisim beban bertambah, panjang spring berkurang

c)

Jika jisim beban berkurang, maka panjang spring bertambah

d)

Jika jisim beban bertambah, panjang spring bertambah

35.

RAJAH menunjukkan satu peralatan sains yang pecah.

Antara tindakan yang berikut, yang manakah perlu dilakukan?

a)

Letakkan semula peralatan itu di tempat penyimpanan.

b)

Biarkan peralatan itu di atas meja.

c)

Laporkan kepada guru untuk tindakan selanjutnya.

d)

Terus menggunakan peralatan itusehingga tamat eksperimen.

36.

Maklumat berikut menunjukkan bagaimana haiwan P dan haiwan Q melindungi diri daripada musuh.

Haiwan P : Menggulungkan badannya

Haiwan Q : Mengeluarkan bau busuk

a)

P: Gonggok Q: Lebah

b)

P: Tenggiling Q: Pijat

c)

P: Sotong Q: Cicak

d)

P: Kura kura Q: Lipas

37.

Rajah menunjukkan sejenis haiwan. Apakah ciri khas haiwan ini untuk melindungi diri daripada keadaan cuaca yang melampau?

a)

Mempunyai bulu tebal

b)

Mempunyai kaki yang panjang

c)

Mempunyai bonggol di belakangnya.

d)

Mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulitnya