wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SAINS TAHUN 5

Total questions: 34

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan seekor haiwan. Bagaimanakah haiwan tersebut memastikan kemandirian spesiesnya ?

a)

Memberi makan kepada anaknya

b)

Menimbus telurnya di dalam tanah

c)

Menyembunyikan telurnya di bawah permukaan daun

d)

Membawa anaknya bersama-sama ke mana saja

2.

Tumbuhan P menghasilkan buah yang beracun bagi melindungi diri daripada musuh. Apakah tumbuhan P ?

a)

Keladi

b)

Tembakau

c)

Nangka

d)

Pong-pong

3.

Apakah tujuan pokok getah menggugurkan daunnya pada musim kemarau ?

a)

Mengelakkan ancaman haiwan

b)

Mengelakkan kehilangan air

c)

Memudahkan penyerapan air

d)

Menjauhkan serangan panyakit

4.

Antara yang berikut, yang manakah boleh menggangu kemandirian spesies hidupan ?

a)

Aktiviti pelancongan

b)

Penternakan haiwan

c)

Penebangan hutan

d)

Penggunaan baja dalam pertanian

5.

Maklumat dibawah menunjukkan beberapa haiwan.

  • Monyet
  • Gajah
  • Ikan bilis

Bagaimanakah haiwan-haiwan ini melindungi diri daripada musuh?

a)

Memutuskan anggota badan

b)

Hidup dalam kumpulan

c)

Menyamar

d)

Menggulungkan diri

6.

Antara ciri berikut, yang manakah penting kepada haiwan yang hidup di kawasan kutub?


I. Berbadan besar

II. Berbulu tebal

III. Berbulu putih

IV. Mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Antara padanan berikut, yang manakah betul?

a)

Omnivor, Herbivor, Karnivor

b)

Karnivor, Omnivor, Herbivor

c)

Herbivor, Karnivor, Omnivor

d)

Karnivor, Herbivor, Omnivor

8.

Encik Johari hendak menanam satu tumbuhan di suatu kawasan yang kering dan panas. Apakah ciri tumbuhan yang tidak sesuai ditanam di kawasan tersebut?

a)

Batang yang boleh menyimpan air

b)

Daun yang berbentuk jarum

c)

Daun yang banyak

d)

Akar yang panjang

9.

Antara berikut ialah ciri-ciri biji benih yang disebarkan oleh haiwan kecuali..

a)

Berwarna terang

b)

Mempunyai bau

c)

Bersabut

d)

Mempunyai cangkuk

10.

Rajah menunjukkan siratan makanan.


Antara haiwan terdapat dalam siratan makanan, haiwan manakah karnivor?

a)

Ayam dan tikus

b)

Belalang dan tikus

c)

Helang dan belalang

d)

Ular dan helang

11.

Rajah menunjukkan satu siratan makanan.


Antara berikut pernyataan manakah yang tidak benar?

a)

Semua haiwan akan mati jika rumpair mati

b)

Bilangan haiwan M akan berkurang jika haiwan K dan N mati

c)

Bilangan haiwan K dan M akan bertambah jika L mati

d)

Haiwan L akan berkurang jika haiwan K dan M berkurang

12.

Rajah menunjukkan sifat-sifat khas yang terdapat pada beberapa haiwan.


Mengapakah sifat ini sangat penting bagi sesetengah haiwan?

a)

Membantu mereka menjadi gagah

b)

Membantu mereka menyembunyikan diri daripada musuh

c)

Membantu mereka lari daripada musuh

d)

Membantu mereka melindungi diri daripada musuh

13.

Antara ciri dan tingkah laku berikut yang manakah membolehkan haiwan untuk melindungi diri daripada musuh?

a)

Rusa mempunyai tanduk yang tajam

b)

Beruang kutub mempunyai lemak tebal

c)

Tenggiling menggulungkan badannya menjadi seperti bola

d)

Unta mempunyai bulu yang tebal

14.

Haiwan yang manakah bermigrasi untuk melindungi daripada cuaca melampau?

a)

Beruang

b)

Paus

c)

Monyet

d)

Serigala

15.

Haiwan ini mempunyai duri pada badan untuk melindungi diri daripada musuh. Antara haiwan berikut, yang manakah tidak mempunyai ciri-ciri berduri pada badan?

a)

Landak lauk

b)

Timun laut

c)

Ikan buntal

d)

Tenggiling

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan berhibernasi?

a)

Berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain

b)

Tidur yang panjang supaya kurang aktif

c)

Duduk berehat di dalam pasir

d)

Sembunyikan diri dalam lubang pokok

17.

Nyamuk, lalat dan penyu

Bagimanakah haiwan-haiwan ini memastikan kemandirian spesies?

a)

Telur berlendir

b)

Bertelur banyak

c)

Menyembunyikan telur

d)

Menjaga telur

18.

Haiwan mempunyai pelbagai cara untuk menjaga anaknya.

Antara berikut yang manakah bukan cara haiwan menjaga anak?

a)

Membawa anak dalam kantung

b)

Membawa anak dalam mulut

c)

Memberi anak makan

d)

Bergerak secara bersendirian

19.

Nyatakan fungsi salur darah.

a)

tiub laluan untuk darah mengalir

b)

tempat pertukaran gas oksigen dengan karbon dioksida

c)

mengepam darah

d)

membebaskan bahan kumuh

20.

Berdasarkan gambar, apakah bahagian utama yang ditunjukkan?

a)

salur darah

b)

darah

c)

jantung

d)

peparu

21.

Bagaimanakah tulang rusuk berfungsi di dalam sistem rangka manusia?

a)

memberi sokongan dan pergerakan tubuh

b)

melindungi organ dalaman seperti peparu dan jantung

c)

menyokong tubuh

d)

melindung otak kita daripada kecederaan

22.

Nyatakan sistem yang terlibat berdasarkan gambar ini.

a)

sistem rangka

b)

sistem perkumuhan

c)

sistem peredaran darah

d)

sistem pernafasan

23.

Pilih pernyataan yang betul mengenai gambar ini.

a)

apabila kita menarik nafas, udara yang mengandungi lebih karbon dioksida memasuki peparu dan diserap ke dalam salur darah

b)

apabila kita menarik nafas, udara yang mengandungi lebih oksigen memasuki peparu dan diserap ke dalam salur darah

24.

Pilih bahagian utama rangka manusia.

(Boleh klik lebih dari satu)

a)

Tulang rusuk

b)

Tulang belakang

c)

Tulang hadapan

d)

Jantung

25.

Berdasarkan gambar, bagaimanakah mereka dapat menggerakkan anggota badan untuk membuat aktiviti tersebut?

a)

Kerana adanya sendi

b)

Kerana adanya tulang rusuk

c)

Kerana adanya jantung

d)

Kerana adanya kaki

26.

Nyatakan bahan kumuh yang dibebaskan melalui peparu.

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

Nutrien

d)

Darah

27.

Apakah kepentingan sistem peredaran darah manusia?

(Boleh klik lebih daripada satu)

a)

Mengangkut oksigen, nutrien dan air ke dalam tubuh

b)

Mengangkut karbon dioksida dan bahan kumuh lain untuk disingkirkan dari tubuh

c)

Mengangkut makanan ke peparu

d)

Mengangkut air ke jantung

28.

Nyatakan laluan manusia menarik nafas.

a)

Trakea->hidung->peparu

b)

Hidung->trakea->jantung

c)

Hidung->trakea->peparu

d)

Peparu->trakea->hidung

29.

Yang mana satukah tulang belakang?

a)
b)
c)
30.

Fungsi tengkorak adalah untuk melindungi otak

a)

Betul

b)

Salah

31.

Apakah tulang yang menyokong dan menggerakkan anggota badan tersebut?

a)

Tulang kaki

b)

Tulang belakang

c)

Tulang tangan

32.

Sistem rangka manusia terdiri daripada tengkorak, tulang belakang, tulang tangan, tulang kaki dan ..........

a)

tulang dada

b)

tulang pinggul

c)

tulang rusuk

d)

tulang selangka

33.

Apakah yang terjadi kepada otak jika tidak dilindungi oleh sistem rangka ?

a)

Mudah ditukar ganti

b)

Semakin bijak

c)

Terdedah kapada bahaya dan mudah cedera

d)

Sendi semakin lemah

34.

Mengapakah terdapat banyak tulang pada jari dan tapak tangan ?

a)

Untuk melindungi tangan dan jari

b)

Untuk menyokong tangan dan jari utuk melakukan aktiviti harian

c)

Untuk mengekalkan bentuk tangan

d)

Untuk membantu kita bergerak