NEW
Font size
WorksheetsKATA SENDI NAMA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Marsya mengenali Julia ______ mereka kecil lagi.
ke
daripada
dari
sejak
Soalan peperiksaan Bahasa Melayu tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.
di
dari
pada
daripada
Buku Sains 1 itu menerangkan _____ fakta-fakta Sains yang menarik.
di
untuk
pada
tentang
Kapal terbang WX773 akan berlepas ____ Korea sebentar lagi.
dengan
ke
di
daripada
Bunga-bunga yang cantik akan dihadiahkan ______ cikgu sempena sambutan Hari Guru.
ke
oleh
kepada
daripada
Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.
dari
demi
dengan
daripada
Rumah Pak Ismail dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat _____ kerjasama penduduk kampung.
bagi
sejak
pada
dengan
Wang saku yang diberi oleh ibu saya simpan _____ dalam kocek seluar.
di
oleh
pada
kepada
Guru besar dan guru-guru sedang berbincang _____ masalah disiplin para pelajar.
bagi
akan
tentang
dengan
Penduduk di kawasan perumahan kami menubuhkan rukun tetangga _____ mengatasi kes kecurian yang kian berleluasa.
oleh
untuk
dengan
terhadap
Kita hendaklah sayang _____ kedua-dua ibu bapa kita.
ke
pada
akan
dengan
Kebanyakan pekerja di tapak pembinaan itu berasal _____ kawasan pedalaman Sarawak.
di
ke
daripada
dari
Setiap kakitangan melaksanakan tugas mereka ____ yang ditetapkan oleh ketua jabatan.
kepada
dengan
seperti
pada
Buku nota yang dibeli tadi ada ____ Arfan.
untuk
dengan
di
pada
Tabung yang unik itu diperbuat _____ tempurung kelapa.
dari
oleh
dengan
daripada
_____ semasa ke semasa maklumat murid-murid akan dikemaskinikan.
ke
Dari
Pada
Daripada
Sesetengah haiwan melindungi diri _____ musuh dengan bertukar warna mengikut persekitaran.
dari
oleh
demi
daripada
Mesyuarat agung Persatuan Bahasa Melayu itu akan dijalankan ____ pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.
ke
dari
pada
daripada
Kita boleh sampai ke bulan ____ masa empat hari dengan menaiki roket.
di
demi
dalam
seperti
Izara menghulurkan segugus kunci ____ Cikgu Mislina.
ke
untuk
pada
kepada
