wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kementerian

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan peranan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, kecuali...

a)

Memperkasakan sektor pelancongan dan kebudayaan bagi meningkatkan ekonomi negara

b)

Memperkasakan seni, budaya dan warisan

c)

Meningkatkan pendidikan yang berkualiti

d)

Mempromosikan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia

2.

I. Memastikan keselamatan negara terjamin

II. Melaksanakan Dasar Keselamatan Negara


Peranan yang dinyatakan di atas merupakan peranan kementerian...

a)

Kementerian Pendidikan

b)

Kementerian Pertahanan

c)

Kementerian Kesihatan

d)

Kementerian Pengajian Tinggi

3.

I. Mempromosikan aktiviti pencegahan penyakit denggi

II. Merancang prosedur operasi standard (SOP) dalam pencegahan penularan COVID-19

III. Menguatkuasakan undang-undang dalam pencegahan pandemik

IV. Menyediakan perkhidmatan yang mampu menjamin kesihatan rakyat


Pilih pernyataan yang benar berkenaan Kementerian Kesihatan

a)

I, II & III

b)

I,II & IV

c)

II, III & IV

d)

Semua di atas

4.

I. Memastikan pendidikan yang berkualiti dan latihan yang dinamik

II. Melahirkan graduan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara


Pernyataan di atas merupakan peranan...

a)

Kementerian Pendidikan

b)

Kementerian Pengajian Tinggi

c)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

d)

Kementerian Dalam Negeri

5.

I. Memastikan kemajuan perumahan yang sempurna, selesa dan seimbang, lengkap dengan segala kemudahan sosial & rekreasi

II. Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang gender.

III. Memberikan nasihat bagi meningkatkan penyertaan dan peranan aktif keluarga dan masyarakat yang memerlukan sebagai penerima faedah pembangunan negara

IV. Merancang program ke arah mempertingkatkan kemahiran & pengetahuan bagi kumpulan sasaran terutamanya wanita


Pilih pernyataan yang benar mengenai peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

a)

I,II & III

b)

II, III & IV

c)

I, III & IV

d)

Semua di atas

6.

Melahirkan belia yang bertanggungjawab, mempunyai daya kepimpinan yang baik, dinamik dan berdaya maju melalui berbagai-bagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.


Pernyataan tersebut merupakan peranan kementerian...

a)

Kementerian Sumber Manusia

b)

Kementerian Belia & Sukan

c)

Kementerian Kesihatan

d)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

7.

~ Pembentangan belanjawan tahunan negara

~ Menguruskan peruntukkan kewangan bagi kementerian, agensi dan badan-badan berkanun


Pernyataan di atas merupakan tanggungjawab kementerian...

a)

Kementerian Sumber Manusia

b)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

c)

Kementerian Kewangan

d)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

8.

I. Melaksanakan tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana

II. Mengeluarkan permit penerbitan dan lesen mesin cetak

III. Merancang, melaksana dan memantau aktiviti khidmat sokongan untuk bahagian dan jabatan


Pernyataan di atas merupakan peranan kementerian...

a)

Kementerian Sumber Manusia

b)

Kementerian Kewangan

c)

Kementerian Dalam Negeri

d)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

9.

Sawai membeli barangan keperluan dapur di E-mart. Selepas selesai pembelian, Sawai menyemak semula resit pembayaran dan mendapati bahawa harga barangan bagi santan tidak sama dengan harga yang dipamerkan di dalam kedai. Sawai boleh membuat aduan berkenaan isu tersebut kepada kementerian....

a)

Kementerian Kewangan

b)

Kementerian Sumber Manusia

c)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna

d)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

10.

Kementerian Kerja Raya memainkan peranan dalam membuat kajian dan perancangan pembinaan jalan dan lebuh raya.


Berikut merupakan jabatan dan agensi yang terlibat dalam Kementerian Kerja Raya, kecuali...

a)

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

b)

Lembaga Arkitek Malaysia

c)

Pusat Pembangunan Perkhidmatan Profesional

d)

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)