Font size
WorksheetsSAINS TAHUN 5 - KEKUATAN DAN KESTABILAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud kestabilan?
Struktur yang tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya
Struktur yang kuat binaannya
Struktur yang tidak berubah bentuk apabila dikenakan daya
Apakah maksud kekuatan?
Keupayaan struktur menahan daya yang bertindak ke atasnya
Keupayaan struktur melakukan kerja
Keupayaan struktur mengukuhkan dirinya
Struktur manakah lebih kuat?
Kestabilan objek bergantung kepada tinggi objek. Manakah kesimpulan yang sesuai bagi pernyataan ini?
Semakin tinggi objek semakin stabil kestabilan objek
Semakin rendah objek semakin stabil kestabilan objek
Semakin luas tapak objek semakin stabil kestabilan objek
Semakin kecil tapak objek semakin tidak stabil kestabilan objek
Apakah faktor yang menyebabkan kon trafik merupakan satu objek yang sangat stabil?
Mempunyai warna yang sangat stabil
Tahan panas dan hujan
Diperbuat daripada bahan yang mudah letur
Rendah dan luas tapak yang besar
Yang manakah menyumbang kepada penggunaan bahan yang lestari?
i. Menggunakan bahan alternatif
ii. meneroka sumber bahan baru
iii. membanyakkan sisa bahan
iv. mengitar semula bahan
i
ii
i dan ii
i dan iv
Bahan yang diperbuat daripada besi sahaja tidak dapat bertahan lama. Mengapakah keadaan ini berlaku?
Besi mudah lentur
Besi ada tarikh tamat tempoh
Besi merupakan bahan yang tidak lestari
besi boleh berkarat dan seterusnya menjadi rapuh
Nyatakan bentuk struktur dalam binaan di atas? _________________________
Hemisfera
Segitiga
Silinder
Kuboid
Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kestabilan?
Ketinggian
Luas tapak
Isipadu objek
Jisim objek
Jenis bahan juga menentukan kekuatan objek. Bahan manakah bahan yang PALING kuat?
Konkrit
Kaca
Kayu
Plastik
Apakah amalan penggunaan bahan lestari?
Penggunaan kos
Penggunaan bahan secara berhemah dan dapat mengelakkan pembaziran serta mengurangkan kos
Membina rumah dengan kos yang tinggi
Membina bangunan tingi-tinggi
Bagaimanakah mereka yang berdiri dalam bas atau kereta api dapat meningkatkan kestabilan mereka?
merapatkan kaki
melebarkan kaki
meregangkan tangan
Antara bahan berikut, manakah yang sesuai digunakan dalam pembinaan bangunan tinggi?
Buluh
Konkrit
Tanah liat
Kayu
Mengapakah kenderaan ini menjadi pilihan pelumba kereta?
Kerana reka bentuknya yang menarik dan mahal
Kerana luas tapaknya yang lebar menjadikannya ia lebih stabil
Kerana ia tinggi dan kuat
Semakin rendah dan besar luas tapak sesuatu binaan, semakin ________ binaan itu
stabil
tidak stabil
Manakah yang tidak benar bagi kesan objek yang kuat?
Mudah retak
Tahan lama
Tidak runtuh
Susun kestabilan objek mengikut susunan paling stabil ke tidak stabil.
S > Q > R > P
P > Q > R > S
Q > R > P > S
Q > S > R > P
Apakah bentuk asas yang terdapat pada struktur di atas?
kon, selinder
kon, kubus
piramid, selinder
piramid, kuboid
Rajah menunjukkan dua buah meja yang diperbuat daripada bahan yang sama. Bangku manakah yang paling stabil? Mengapa?
A kerana A lebih rendah dari B
A kerana luas tapak A lebih besar dari B
B kerana B lebih rendah dari A
B kerana luas tapak B lebih besar dari A
Apakah hubungan diantara luas tapak dengan kestabilan?
Semakin berkurang luas tapak sesuatu objek, semakin bertambah kestabilan sesuatu objek
Semakin bertambah luas tapak sesuatu objek, semakin berkurang kestabilan sesuatu objek
Semakin bertambah kestabilan sesuatu objek, semakin berkurang luas tapak sesuatu objek
Semakin bertambah luas tapak sesuatu objek, semakin bertambah kestabilan sesuatu objek
