wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Trial SPM Sejarah 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Gambar 1 adalah binaan ziggurat


Mengapakah masyarakat Mesopotamia membina binaan tersebut?

a)

Penjara bagi rakyat yang melakukan kesalahan

b)

Tempat menyimpan abu mayat bangsawan

c)

Kubu pertahanan dari serangan musuh

d)

Menjalankan upacara keagamaan

2.

Perkembangan yang pesat dalam perancangan bandar berlaku pada sekitar tahun

2000 S.M dalam Tamadun Indus.


Apakah faktor yang mendorong perkembangan tersebut?

a)

Kemahiran ilmu geometri

b)

Kejayaan kegiatan penerokaan

c)

Keluasan kawasan pemerintahan

d)

Kegiatan keagamaan

3.

Gambar 2 berikut menunjukkan cara ikatan kolar kuda .


Apakah kebaikan ikatan kolar kuda China berbanding Eropah?

a)

Menjinakkan kuda

b)

Tidak mencekik kuda

c)

Pergerakan kuda pantas

d)

Memudahkan kawalan kuda

4.

 Berbentuk kubah

 Siap semasa Maharaja Flavian

 Tempat pertarungan


Maklumat di atas merujuk kepada monumen

a)

Pantheon

b)

Aqueduct

c)

Acropolis

d)

Colloseum

5.

Rajah berikut menunjukkan tahap perkembangan sesebuah pelabuhan dalam

kerajaan awal di Asia Tenggara.


pelabuhan pembekal --->pelabuhan X ----> pelabuhan Entreport


Pelabuhan X dalam rajah berikut ialah

a)

Pelabuhan bandar

b)

Pelabuhan nelayan

c)

Pelabuhan kerajaan

d)

Pelabuhan bebas

6.

Gambar 3 menunjukkan candi Angkor Wat di Kemboja


Mengapakah kerajaan Angkor membina candi tersebut?

a)

Sebagai pusat kegiatan perdagangan

b)

Menjadi pusat pentadbiran

c)

Lambang penguasaan alam semesta

d)

Memperkukuhkan sistem pertahanan negara

7.

Surah berikut adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW

yang mengandungi perintah supaya menyebarkan Islam.


Surah al-Mudassir ayat 1 hingga 7


Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perintah tersebut?

a)

Mendirikan kerajaan yang berpusat di Mekah

b)

Mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah

c)

Menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy

d)

Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu

8.

Mengapakah orang Arab Quraisy Mekah menentang ajaran Islam?

a)

Prinsip perjuangan yang berbeza

b)

Perbezaan kepercayaan yang dianuti

c)

Terpengaruh dengan Bani Qainuqa’

d)

Taksub dengan Nabi Muhammad SAW

9.

Gambar 4 menunjukkan sambutan Hari Awal Muharram di Malaysia


Sambutan tersebut diadakan setiap tahun untuk memperingati

a)

Perjuangan umat Islam

b)

Turunnya wahyu pertama

c)

Pembukaan semula kota Mekah

d)

Kelahiran Nabi Muhammad

10.

Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas perang Badar

berakhir.


 Mengampunkan tawanan perang

 Membebaskan tawanan wanita


Apakah kesan daripada tindakan tersebut?

a)

Suku yang bertelagah berdamai

b)

slam diterima dengan kerelaan

c)

Kebebasan beragama diamalkan

d)

Pengukuhan pentadbiran kerajaan Islam

11.

Selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiyah dimeterai,orang Quraisy Mekah

mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang

dengan Bani Khuza’ah.


Apakah kesan daripada pencabulan tersebut?

a)

Penyebaran Islam tergendala

b)

Penduduk Madinah semakin terancam

c)

Pembukaan semula kota Mekah

d)

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW terhalang

12.

Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah

menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam.


Mengapakah dasar tersebut menarik minat orang Kristian?

a)

Memberi penekanan kepada kecemerlangan individu

b)

Mengutamakan kemewahan dalam kehidupan

c)

Memperkuat kedudukan sesuatu kabilah

d)

Menjamin kemuliaan keturunan

13.

Gambar 5 merupakan tokoh pengembara Islam pada abad ke- 14.


IBN BATTUTA

Hasil tulisan beliau menjadi rujukan sejarawan hingga kini


Mengapakah tulisan beliau menjadi rujukan sehingga kini?

a)

Keindahan bahasa

b)

Keunikan ilustrasi

c)

Kepelbagaian teknik

d)

Ketepatan fakta

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.


 Islam dari Semenanjung Tanah Arab

 Islam dari China

 Islam dari India


Mengapakah pakar sejarah fokus kepada wilayah tersebut apabila membincangkan tentang teori kedatangan Islam?


I Kedudukan wilayah tersebut di tengah-tengah kawasan Asia Tenggara

II Unsur budaya wilayah tersebut mempengaruhi budaya Asia Tenggara

III Hubungan wilayah tersebut dengan Asia Tenggara telah lama terjalin

IV Wilayah tersebut pernah menjadi sebahagian wilayah Asia Tenggara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Perkara yang manakah menunjukkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara

mempengaruhi cara hidup bermasyarakat tempatan ?

a)

Adat persandingan

b)

Persaudaraan ummah

c)

Amalan bersemah

d)

Semangat assabiyah

16.

Rajah berikut menerangkan tentang kaedah pendidikan dalam masyarakat Melayu

tradisional.


PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

 Penceritaan lisan

 Pembelajaran pantang-larang

 X


Apakah X ?

a)

Menerusi pantun

b)

Mengadap guru

c)

Pembacaan kitab

d)

Pengajian sekolah pondok

17.

Pada zaman Reformation di Eropah, pemimpin gereja sering dikritik oleh

masyarakat .


Mengapakah kritikan tersebut berlaku?

a)

Perpecahan sesama penganut

b)

Peningkatan kadar cukai

c)

kepincangan amalan

d)

Perbezaan mazhab

18.

Jadual di bawah berkaitan dengan tokoh Eropah pada abad ke-15.


Tokoh & Negara

Ferdinand Aragon

Sepanyol

Putera Henry

Portugal


Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tokoh tersebut?

a)

Peperangan sesama mazhab

b)

Pembukaan pelabuhan baru

c)

Perebutan takhta pemerintahan

d)

penerokaan kawasan timur

19.

Bagaimanakah Land Settlement Order yang diperkenalkan oleh British di Sarawak

pada tahun 1933 dapat melindungi tanah milik peribumi?

a)

Penetapan harga yang tinggi

b)

Pemindahan hak milik secara warisan

c)

Peningkatan kadar bayaran sewaan

d)

Penghapusan cukai tahunan

20.

Mengapakah sistem pendidikan pada zaman penjajah gagal menyatupadukan kaum

di Tanah Melayu?

a)

Perkembangan sekolah vernakular

b)

Penubuhan sekolah Inggeris

c)

Pengaruh golongan mubaligh

d)

Pengamalan asuhan keluarga

21.

Perkembangan berikut berlaku di Eropah pada abad ke- 19.


 Pengenalan kapal berkuasa wap

 Pembukaan Terusan Suez


Mengapakah perkembangan ini meluaskan lagi kegiatan imperialisme Barat di Asia Tenggara?


I Memendekkan perjalanan

II Memudahkan urusan perdagangan

III Mempercepatkan pemberian arahan

IV Membawa banyak muatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Mengapakah kuasa imperialis memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara?

a)

Mengukuhkan pertahanan

b)

Memajukan tanah jajahan

c)

Memudahkan penguasaan ekonomi

d)

Meningkatkan taraf hidup penduduk

23.

Jadual berikut merujuk perkembangan yang berlaku di Thailand.


Tahun

1932

Peristiwa

Revolusi Thai


Apakah implikasi daripada peristiwa tersebut?

a)

Sistem raja berkuasa mutlak ditamatkan

b)

Penentangan penduduk dapat dilemahkan

c)

Perluasan kuasa diperhebatkan

d)

Kemerdekaan negara dikekalkan

24.

Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang pada tahun 1853.

Rentap bertindak demikian kerana James Brooke

a)

Menghapuskan orang Iban

b)

Menyekat pelayaran Linggir

c)

Menghalang amalan perhambaan

d)

Mengambil alih kuasa memungut cukai

25.

Undang-undang berikut dikeluarkan oleh British di Tanah Melayu pada awal abad ke -20.


Tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan


Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut terhadap Kaum Muda?

a)

Menukar pucuk kepimpinan

b)

Bekerjasama dengan negara Barat

c)

Berkembang di Negeri-Negeri Selat

d)

Melancarkan pemberontakan bersenjata

26.

Mengapakah Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah ?

a)

Dipimpin golongan intelektual

b)

Mempunyai organisasi yang kemas

c)

Keahlian terbuka kepada semua kaum

d)

Memperjuangkan kebebasan bersuara

27.

Jadual berikut berkaitan dengan kaedah penyatuan negara Jerman oleh Otto Eduard Von Bismark.


Kaedah

Realpolitik

maksud

Mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat politik


Kaedah tersebut merujuk kepada

a)

Pelancaran peperangan

b)

Penguasaan institusi agama

c)

Pengawalan aktiviti ekonomi

d)

Penguatkuasaan undang-undang

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri sesuatu bangsa.


X merujuk kepada persamaan

a)

Kegiatan ekonomi

b)

Sistem mata wang

c)

Bahasa pertuturan

d)

Karya kesusasteraan

29.

Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan Jus Soli.

Apakah kesan prinsip tersebut terhadap orang Melayu ?

a)

Ekonomi pertanian semakin dipinggirkan

b)

Penggunaan bahasa kebangsaan diperluas

c)

Jumlah penduduk peribumi berkurangan

d)

Perpaduan dalam kalangan penduduk diperkukuh

30.

Maklumat berikut merujuk perubahan pentadbiran di Tanah Melayu.


Persekutuan Tanah Melayu 1948


Mengapakah orang Melayu menerima pentadbiran tersebut ?

a)

Raja berkuasa mutlak dikekalkan

b)

Pendidikan vernukular disekat

c)

Syarat kerakyatan dilonggarkan

d)

Kedudukan istimewa dilindungi

31.

British telah memperkenalkan Sistem Ahli pada tahun 1951.

Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat?

a)

Ahli berpendidikan tinggi

b)

Ahli dari pelbagai kaum

c)

Pentadbiran birokrasi diperkenalkan

d)

Penggunaan bahasa kebangsaan diwajibkan

32.

Apakah usaha pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an untuk mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Mengadakan pungutan suara

b)

Menyertai pertubuhan antarabangsa

c)

Menghapuskan parti-parti radikal

d)

Memperkukuhkan perpaduan kaum

33.

Negeri berikut menyokong pembentukan Malaysia pada tahun 1963.


 Singapura

 Sarawak

 Sabah


Mengapakah negeri tersebut menyokong pembentukan Malaysia?

a)

Ancaman komunis ditamatkan

b)

Kerjasama pertahanan diperkukuhkan

c)

Syarat kewargenegaraan dilonggarkan

d)

Sistem raja berkuasa mutlak dimantapkan

34.

Jadual berikut menunjukkan peristiwa yang berlaku di Bangkok, Thailand


Tahun

1966


Peristiwa

Presiden Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia Adam Malik untuk memulihara hubungan diplomatik Malaysia -Indonesia


Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Dasar konfrontasi ditamatkan

b)

Kerjasama ekonomi dijalin

c)

Pakatan ketenteraan dibentuk

d)

Ancaman komunis dihapuskan

35.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bekas Mufti Wilayah Persekutuan telah

dilantik menjadi Senator Dewan Negara pada 10 Mac 2020.


Apakah syarat yang membolehkan beliau dipilih menjadi seorang senator?

a)

Berilmu pengetahuan luas

b)

Berdarah keturunan bangsawan

c)

Mempunyai pendapatan tetap

d)

Cemerlang dalam perkhidmatan awam

36.

Aminah telah berusia 21 tahun dan ingin melaksanakan tanggungjawab sebagai

pengundi dalam pilihanraya umum.


Apakah yang perlu dilakukan oleh Aminah untuk melayakkannya menjadi

pengundi?

a)

Menyertai kempen parti

b)

Merangka memorandum

c)

Mendaftar sebagai pemilih

d)

Menganggotai parti politik

37.

Ali merupakan seorang petani muda. Beliau menghadapi masalah dalam memasarkan hasil pertaniannya.


Apakah agensi yang dapat membantu Ali ?

a)

MARDI

b)

FELDA

c)

FAMA

d)

RIDA

38.

Senarai berikut menunjukkan prinsip-prinsip Rukun Negara.


Mengapakah Kepercayaaan Kepada Tuhan dijadikan prinsip yang pertama?

a)

Agama asas perundangan Malaysia

b)

Agama pegangan utama rakyat Malaysia

c)

Agama mencorakkan pentadbiran Malaysia

d)

Agama Islam agama rasmi Malaysia

39.

Pasangan manakah yang betul tentang faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

40.

Mengapakah pertubuhan berikut ditubuhkan pada tahun 1967 ?

a)

Mengukuhkan pakatan ketenteraan

b)

Mengekalkan kestabilan politik

c)

Membendung ancaman komunis

d)

Menyekat kejatuhan harga getah