wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA TINGKATAN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apabila ____________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.

a)

terkenang

b)

terngiang

c)

terimbas

d)

termangu

2.

Ibu membeli ________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.

a)

secekak

b)

selonggok

c)

seikat

d)

setangkai

3.

Bendahara Ali ________ kerisnya ke pinggang sebelum menghadap sultan.

a)

menusukkan

b)

menyisipkan

c)

menyusupkan

d)

menyarungkan

4.

Suasana di rumah Puan Shanti _______ dengan suara cucu-cucunya yang pulang

bercuti.

a)

riuh-rendah

b)

kucar-kacir

c)

kelam-kabut

d)

huru-hara

5.

Para penonton yang hadir terhibur ________ persembahan kumpulan nasyid itu.

a)

oleh

b)

dengan

c)

akan

d)

atas

6.

Pokok yang tumbang itu telah _______ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.

a)

menghempap

b)

menghempas

c)

menghenyak

d)

menghimpit

7.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,

kasalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah

ditandakan dengan D.


Pilih jawapan yang paling sesuai.

Majalah-majalah (A) yang bertimbun-timbun(B) itu kami (C) baca. Tiada kesalahan.(D)

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

8.

Sultan Zanariah akan berangkat (A) untuk bercemar (B) duli dalam majlis jamuan(C) diraja yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan(D).

D

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

I Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.

II Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.

III Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.

IV Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.

a)

A I dan II sahaja

b)

B III dan IV sahaja

c)

C I, II dan III sahaja

d)

D II, III dan IV sahaja

10.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.


Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer.

a)

A dari dua kilometer setengah.

b)

B daripada dua kilometer setengah.

c)

C daripada dua setengah kilometer.

d)

D dari dua setengah kilometer.

11.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Dia terkejut bila memperdengarkan berita itu.

a)

mendengar berita itu

b)

bila mendengar berita itu

c)

apabila mendengar berita itu

d)

bila memperdengarkan berita itu

12.

Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

b)

menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

c)

menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

d)

menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

13.

Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.


Situasi di atas sesuai dengan peribahasa

a)

cacing hendak menjadi naga

b)

kaduk naik junjung

c)

kera mendapat bunga

d)

anak kucing menjadi harimau

14.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.

a)

Tiap-tiap warganegara-warganegara

b)

Tiap-tiap warganegara

c)

Setiap orang warganegara

d)

Tiap warganegara

15.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Barang-barang antik yang mereka temui itu berusia kira-kira 100 tahun.

a)

yang ditemukan oleh mereka itu

b)

yang ditemui oleh mereka itu

c)

yang mereka temukan itu

d)

yang mereka temui itu

16.

Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.

a)

beratur

b)

berlunjur

c)

bersimpuh

d)

bertingguh

17.

Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.

a)

sejak

b)

kerana

c)

dengan

d)

apabila

18.

Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.

a)

terpegun

b)

terpukau

c)

tergamam

d)

tercengang

19.

Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.

a)

terpegun

b)

terpukau

c)

tergamam

d)

tercengang

20.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Penduduk di negara ini sama ada di bandar atau desa perlu bersatu padu

a)

sama ada bandar atau desa

b)

sama ada di bandar atau di desa

c)

sama ada penduduk-penduduk bandar atau desa

d)

sama ada di bandar atau desa