WorksheetsBahasa Melayu Bahagian A Kertas 1
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Zairul ingin membelikan se______rumah sederhana buat ibunya.
bidang
biji
buah
deret
Pagi itu, hujan turun dengan __________________nya.
lebat
banyak
sedikit
basah
___________ Maimun ialah isteri kepada Datuk Aziz yang sangat peramah itu.
Makcik
Nenek
Kakak
Datin
Ayah Farid seorang yang sangat kreatif. ______ ingin membina taman mini di halaman rumahnya.
Dia
Beliau
Kami
Awak
_________ kita akan pulang ke kampung menziarahi nenek?
Bilakah
Mengapakah
Siapakah
Bagaimanakah
Ceramah teknik belajar ___________________ pada jam 8 pagi tadi.
mengakhiri
diadakan
bermula
ditutup
"Sanggupkah kalian ________________ istana itu?" tanya Raja Anai-anai.
menyepak
melakar
melukis
membina
Sejak peristiwa itu, sikap Abdullah mula berubah.
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris.
perangai
wajah
rambut
bibir
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Apakah antonim bagi perkataan bergaris?
besar
ringan
kilogram
banyak
Semasa kita membeli bahan makanan, pastikan bahan mentah yang dipilih ____________________.
banyak-banyak
sayur-mayur
segar-bugar
layu-layu
Doktor _____________menasihati ayah agar melakukan senaman setiap hari.
akan
belum
masih
telah
Pilih ayat yang betul.
Betulkah emosi yang tidak sihat mendatangkan stres?
Raju, tahukah kalian bahawa kita perlu menjaga kesihatan emosi?
Bukankah semua kasut sama sahaja?
Bagaimanakah berlima pergi ke sini?
Pilih jawapan bagi ayat tanya berikut.
Bendahara, mengapakah kamu kelihatan cemas?
Tuanku, patik berasa cemas kerana kerajaan Beruas ingin menyerang kita.
Tuanku, saya berasa takut kerana kita akan diserang esok.
Tuanku, hamba berasa cemas kerana akan disunting.
Tuanku, jangan risaukan hamba.
Pilih ayat yang betul.
Sila ambilkan beg itu.
Harap buang sampah merata-rata.
Tolonglah masuk, buat macam rumah sendiri.
Minta perhatian, masa menjawab telahpun tamat.
Pilih peribahasa yang sesuai bagi ayat di bawah.
Chia Sia sangat malang. Sudahlah rumahnya terbakar. Wang di dalam bank juga telah ditipu.
malang tidak berbau
barang yang jauh, jangan dikenang
sudah jatuh, ditimpa tangga
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Datuk mempunyai beberapa ___________senapang yang dikumpulnya sejak dulu.
buah
laras
pucuk
batang
Jiran-jiran Encik Ali berasa agak kecewa kerana dia hanya menjemput _______________nya sahaja ke majlis rumah terbukanya.
suku-sakat
tanah-tanih
tulang-temulang
saki-baki
"Yang sedang menyampaikan ceramah ________ialah Doktor Ishak," jelas Idris.
itu
sana
sini
situ
Encik Idrus sekeluarga _________dengan para tetamu yang datang ke rumahnya.
berpanas hati
berputih mata
bertegang urat
beramah mesra
"Tuangkan cecair ini kedalam botol penyembur. _____, sembur pada pokok-pokok itu," arah ibu.
Lantaran
Kemudian
Padahal
Selain itu
