wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI MIKRO-SMK KUALA KUBU 2020

Total questions: 20

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Oleh sebab sumber-sumber dalam sebuah ekonomi adalah terhad, maka

a)

harga barangan cenderung menjadi semakin mahal

b)

agihan pendapatan cenderung menjadi tidak seimbang

c)

tiada barangan ekonomi yang diperoleh secara percuma

d)

untuk menentukan apa yang hendak dikeluarkan, beberapa pilihan perlu dibuat

2.

Gambar rajah di bawah menunjukkan AB ialah keluk kemungkinan pengeluaran

a)

Pengaliran masuk pelaburan asing

b)

Penyekatan masuk pelabur dan buruh asing

c)

Penggalakan rakyat meningkatkan kemahiran

d)

Peningkatan teknologi dalam semua sektor ekonomi

3.

Campur tangan kerajaan meliputi perkara yang berikut kecuali

a)

menyediakan barang awam

b)

mengurangkan masalah eksternaliti negatif

c)

menentukan agihan pendapatan semua isi rumah

d)

memberikan subsidi kepada firma supaya harga lebih rendah

4.

Antara yang berikut, yang manakah yang menyebabkan keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan?

a)

Hukum permintaan

b)

Utiliti sut berkurangan

c)

Keseimbangan pengguna

d)

Hukum Pulangan berkurangan

5.

Antara yang berikut, yang manakah yang akan mengalihkan keluk permintaan barang X ke kiri ?

a)

Harga barang X naik,harga barang penggenap X turun

b)

Harga barang X turun, harga, barang pengganti X turun

c)

Harga barang penggenap X naik, harga barang pengganti X turun

d)

Harga barang pengganti X naik, harga barang penggenap X turun

6.

Kuantiti permintaan dan penawaran padi adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut

a)

RM2.00

b)

RM3.00

c)

RM4.00

d)

RM5.00

7.

Andaikan bahawa fungsi permintaan dan penawaran bagi sesuatu barang adalah seperti yang berikut.

Qd = 140 – 15P

Qs = -60 + 25P


Dengan Qd = kuantiti diminta , Qs = kuantiti ditawarkan , dan P = harga

Kuantiti keseimbangan ialah.

a)

40 unit

b)

60 unit

c)

65 unit

d)

80 unit

8.

Kenaikan nilai Yen menyebabkan kos pengeluaran kereta Proton Saga meningkat.Jika permintaan terhadap kereta Proton Saga tidak anjal, maka kenaikan kos ini akan menyebabkan

a)

kuantiti jualan berkurang dan hasil jualan bertambah

b)

kuantiti jualan berkurang dan hasil jualan berkurang

c)

kuantiti jualan bertambah dan hasil jualan bertambah

d)

kuantiti jualan bertambah dan hasil jualan berkurang

9.

Apabila kerajaan mengamalkan dasar harga maksimum, maka kerajaan akan

a)

mengurangkan penawaran

b)

membeli lebihan itu apabila terdapat lebihan penawaran

c)

mengurangkan penawaran supaya permintaan sama dengan penawaran

d)

memberikan subsidi kepada pengeluar untuk menampung kekurangan penawaran.

10.

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi barang X.

a)

P1P2QE

b)

P3P1ET

c)

P3P1RT

d)

P3P2QT

11.

Output sebuah syarikat radio bertambah daripada 150 unit kepada 170 unit apabila pekerja ke -3 digunakan. Output syarikat tersebut terus bertambah kepada 200 unit, 220 unit dan 236 unit masing-masing apabila pekerja ke-4, ke-5 dan ke-6 digunakan. Berdasarkan maklumat ini ,didapati bahawa

a)

pulangan bertambah berlaku dalam pengeluaran syarikat itu

b)

pulangan bertambah mula berlaku apabila pekerja ke-4 digunakan

c)

pulangan berkurangan tidak berlaku dalam pengeluaran syarikat itu

d)

pulangan berkurangan mula berlaku apabila pekerja ke-6 digunakan

12.

Jadual di bawah menunjukkan kos berubah pada berbagai-bagai tingkat pengeluaran barang

X.

a)

Kos purata (RM18), Kos Sut (RM6)

b)

Kos purata (RM10), Kos Sut (RM2)

c)

Kos purata (RM7), Kos Sut (RM1)

d)

Kos purata (RM5), Kos Sut (RM4)

13.

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC)

a)

Kecekapan pengurusan dan pentadbiran

b)

Pengkhususan yang meningkatkan kecekapan pekerja

c)

Penggunaan mesin yang moden dalam proses pengeluaran

d)

Kemudahan buruh mahir dan kurang mahir di kawasan firma

14.

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti keluaran dan jumlah kos bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.

a)

pada unit ke 4

b)

pada unit ke 5

c)

antara 3 dengan 4 unit

d)

antara 5 dengan 6 unit

15.

Penyataan yang manakah yang menunjukkan penyesuaian keseimbangan jangka panjang firma dalam pasaran persaingan sempurna ?

a)

Untung lebih normal, firma baru akan masuk, penawaran bertambah, harga meningkat, dan firma mendapat untung normal.

b)

Untung kurang normal, firma rugi akan keluar,penawaran berkurang, harga menurun dan firma mendapat untung normal

c)

Untung lebih normal, firma baru akan masuk,penawaran bertambah, harga menurun, dan firma mendapat untung normal

d)

Untung kurang normal, firma rugi akan keluar, penawaran bertambah, harga meningkat, dan firma mendapat untung normal.

16.

Keluk permintaan firma monopoli berbentuk tak anjal, manakala keluk permintaan firma dalam pasaran persaingan sempurna berbentuk anjal sempurna. Perbezaan ini disebabkan oleh

a)

terdapat firma tunggal di pasaran monopoli manakala bilangan firma dalam pasaran persaingan sempurna relatif banyak

b)

firma monopoli mempunyai kuasa menentukan harga manakala pasaran persaingan sempurna merupakan pengambil harga di pasaran

c)

terdapat sekatan kemasukan firma baru dalam pasaran persaingan sempurna tetapi dalam pasaran monopoli kebebasan keluar masuk agak mudah

d)

keluaran pasaran monopoli tidak mempunyai pengganti yang hampir manakala keluaran pasaran persaingan sempurna mempunyai pengganti yang hampir

17.

Firma X ialah pembuat kertas yang beroperasi dalam pasaran persaingan bermonopoli yang mempunyai maklumat berikut pada tingkat keseimbangan.

a)

Permintaan firma X akan meningkat.

b)

Firma X menikmati untung lebih normal.

c)

Firma baru menikmati untung lebih normal

d)

Firma baru akan masuk ke dalam industri kertas

18.

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk keluaran hasil sut (MRP), keluk keluaran hasil purata (ARP), dan keluk kos sut faktor (MCF) bagi sebuah firma.

a)

W0W1ST

b)

W0W2UR

c)

W0W1VR

d)

W1W2UV

19.

Yang manakah tindakan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah yang tidak akan menimbulkan pengangguran ?

a)

Kesatuan sekerja bertindak meningkatkan daya pengeluaran buruh.

b)

Kesatuan sekerja mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan upah

c)

Kesatuan sekerja bertindak mengehadkan penawaran buruh di pasaran.

d)

Kerajaan menetapkan tingkat upah yang lebih tinggi daripada upah pasaran.

20.

Pada tingkat keseimbangan, harga per unit pengeluaran sebuah firma ialah RM80.00 dan kuantiti keluaran ialah 200 juta unit. Kos purata pula ialah RM50.00 dan kos tetap purata ialah RM20.00. Berapakah sewa kuasi dalam aktiviti pengeluaran ini ?

a)

RM6000 juta

b)

RM8000 juta

c)

RM10 000 juta

d)

RM12 000 juta