wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pra Ujian

Total questions: 15

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pasukan pengakap itu ditugaskan untuk mendirikan khemah. Di samping itu, _____ juga diminta memasak untuk makan malam.

a)

kita

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

2.

Kaki Kumran ____ kerana terpijak paku yang berkarat.

a)

terkinja-kinja

b)

terincut-incut

c)

terkapai-kapai

d)

terbahak-bahak

3.

Cikgu Amran ___ agar kelas yang kosong itu dijadikan makmal bahasa Melayu untuk kegunaan murid-murid

a)

cadangan

b)

mencadang

c)

dicadangkan

d)

mencadangkan

4.

Kayu-kayan balak yang telah ditebang itu akan _____ ke hulu sungai.

a)

hanyutan

b)

kehanyutan

c)

dihanyutkan

d)

menghanyutkan

5.

Anson berasa ___ apabila namanya diumumkan sebagai peserta pertama dalam pertandingan syarahan peringkat negeri itu.

a)

tertekan

b)

bercelaru

c)

gementar

d)

terganggu

6.

Penjual ikan itu sedang _____ ikan patin untuk pelanggannya.

a)

menyiat

b)

mengelar

c)

menyiang

d)

memotong

7.

Seminar yang diadakan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai ___ dalam bidang seni.

a)

hartawan

b)

karyawan

c)

usahawan

d)

dermawan

8.

Fikiran Eric menjadi ___ apabila segala masalahnya dapat diselesaikan dengan baik.

a)

aman

b)

damai

c)

tenang

d)

nyaman

9.

Beberapa ______ tanah sawah Pak Cik Yaakob telah dituai dengan padi petang semalam.

a)

deret

b)

petak

c)

bidang

d)

biji

10.

Kapal perang yang berlabuh di Pelabuhan Lumut itu milik tentera laut Amerika Syarikat.

Pilih perkataan antonim bagi berlabuh.

a)

belayar

b)

berhenti

c)

bergerak

d)

menunggu

11.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Angin ribut yang bertiup kencang menghalang para nelayan mendapat ikan yang banyak.

a)

Apakah yang berlaku kepada para nelayan?

b)

Di manakah para nelayan mendapat ikan yang banyak?

c)

Mengapakah hasil tangkapan para nelayan agak berkurangan?

d)

Bagaimanakah caranya para nelayan mendapat ikan yang banyak?

12.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Farah dan Amirul pergi ke Perak dengan menaiki kereta api itu.

a)

Farah pergi menaiki kereta api ke Perak dengan Amirul.

b)

Perak akan menaiki kereta api dengan Farah dan Amirul.

c)

Kereta api di Perak akan pergi dengan Farah dan Amirul.

d)

Kereta api itulah yang dinaiki oleh Farah dan Amirul ke Perak.

13.

Badan adik kemerah-merahan kerana disengat oleh _____ semasa mandi di laut.

a)

labah-labah

b)

jentik-jentik

c)

ubur-ubur

d)

rama-rama

14.

Li Chong menggunakan _____ untuk membuat garisan lurus pada papan itu sebelum memotong papan tersebut.

a)

sesiku

b)

tetupai

c)

kekuda

d)

jejari

15.

Pilih ayat yang betul.

i. Ramli singgah sebentar di Aiman Restoran untuk membeli makanan.

ii. Kami amat tertarik akan keindahan pemandangan pada kalendar itu.

iii. Kesihatan ayah bertambah baik selepas menerima rawatan di hospital.

iv. Banyak jalan menutup semasa perarakan berlangsung di Dataran Merdeka.

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv