wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Diraja / Istana / Dalam

Total questions: 25

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Suatu laras bahasa halus yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja sama ada dengan tujuan berhubung atau berbicara dengan sesebuah golongan.

a)

Bahasa Raja

b)

Bahasa Istana

c)

Bahasa Tuanku

d)

Bahasa Klasik

2.

Berikut merupakan penggunaan kata ganti diri nama yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Beliau - Baginda

b)

Abang - Kekanda

c)

Adik - Adinda

d)

Kakak - Kakanda

3.

Berikut merupakan penggunaan kata ganti diri nama yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Anak - Anakanda

b)

Saya (Raja) - Beta

c)

Saya (Rakyat) - Patik

d)

Kamu (Raja) - Baginda

4.

Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Mandi - Bersiram

b)

Makan - Santap

c)

Rumah - Kediaman

d)

Pergi - Berangkat

5.

Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Rumah - Istana

b)

Sampai - Berangkat

c)

Sudi berkunjung - Mencemar duli

d)

Setuju - Berkenan

6.

“Mengapakah ___________ bersedih”? tanya Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

tuan hamba

b)

beta

c)

hamba

d)

patik

7.

“_________ akan menurut perintah tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.

a)

Patik

b)

Baginda

c)

Hamba

d)

Beta

8.

“Izinkan __________ menumpang di rumah tuan hamba,” kata lelaki tua itu kepada Panglima Hitam.

a)

patik

b)

hamba

c)

beta

d)

tuanku

9.

Sultan Muzzafar yang mangkat itu akan _________ dengan penuh adat istiadat diraja.

a)

dikuburkan

b)

dikebumikan

c)

disemadikan

d)

dimakamkan

10.

“________ berjanji akan membangunkan kawasan ini,” titah Sultan Sulaiman.

a)

Baginda

b)

Hamba

c)

Beta

d)

Patik

11.

Yang Di-Pertuan Agong telah _________ untuk merasmikan Majlis Tilawah Al - Quran Peringkat Kebangsaan.

a)

merafak sembah

b)

mencemar duli

c)

memohon perkenan

d)

menjunjung kasih

12.

Raja akan _________ sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya.

a)

gering

b)

murka

c)

masyghul

d)

mangkat

13.

Rakyat yang ............. kepada raja dipercayai akan terkena ............

a)

biadap ............. malang

b)

menderhaka ............. tulah

c)

tidak hormat ........... sial

d)

menderhaka ........... kutukan

14.

Baginda yang baru sahaja ............ semalam akan ............. pada pagi ini.

a)

pergi ............. ditanam

b)

meninggal dunia ................. dikuburkan

c)

mangkat ................. dikebumikan

d)

mangkat ................. dimakamkan

15.

Sewaktu baginda (a)   di singgahsana, baginda dihiburkan dengan tarian tradisional oleh para penari istana.

16.

Baginda telah (a)   untuk menyempurnakan acara Istiadat Majlis Konvokesyen di salah sebuah universiti awam.

17.

Setelah penat bermain di taman, Puteri Bongsu dan dayang-dayang turun ke kolam untuk (a)   .

18.

Puteri Mayang sari masih belum sembuh daripada (a)   walaupun ramai tabib dan dukun telah datang mengubatinya.

19.

Sewaktu sedang (a)   , putera raja itu telah bermimpi didatangi oleh seorang lelaki tua.

20.

Baginda akan (a)   ke Tanah Suci Mekah pada bulan hadapan.

21.

Sultan Mansur seorang yang peramah, (a)   selalu bergaul mesra dengan rakyatnya.

22.

Baginda pernah (a)   melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-sama dengan rombongan baginda.

23.

Dalam majlis itu, Raja Permaisuri Agong telah berkenan untuk (a)   hadiah kepada para pemenang.

24.

"Sepanjang tempoh baginda gering, baginda tidak (a)   nasi sedikit pun," kata ketua dayang itu.

25.

Berita (a)   Sultan Alam Syah sudah dikhabarkan kepada adinda baginda di Indera Putera.