Font size
WorksheetsBAB 7 KOORDINASI BADAN SAINS TINGKATAN 4 KSSM
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Sistem badan manakah yang membantu mengkoordinasi baadn melalui kaedah kimia?
Sistem saraf
Sistem endokrin
Sistem peredaran darah
Sistem rangka
Apakah maksud koordinasi badan?
Menyelaras pertumbuhan badan
Menyelaras kedudukan dan keseimbangan badan
Menyelaras gerak balas badan terhadap sebarang rangsangan
Menyelaras perembesan hormon oleh kelenjar endokrin
Kelenjar yang manakah yang dikenali sebagai kelenjar Induk?
A
B
C
D
Apakah hormon yang mengawal aras gula di dalam darah?
Hormon antidiuresis
Hormon estrogen
Hormon insulin
Hormon adrenalina
Apakah yang berlaku apabila seseorang terserempak dengan seekor buaya ketika sedang mandi di sungai?
Hormon antidiuresis dirembeskan dan menjadi panik
Hormon tiroksina dirembeskan dan saiz anak mata menjadi besar
Hormon insulin dirembeskan dan pinggang berasa lemah dan lenguh
Hormon adrenalina dirembeskan dan denyutan jantung bertambah
Individu R telah mengambil minuman beralkohol melebihi yang sepatutnya dan ditahan oleh pihak berkuasa ketika memandu kereta.
Mengapakah pihak berkuasa telah menahan individu R?
Alkohol yang berlebihan di dalam badan individu R telah melambatkan kadar pengaliran impuls sarafnya
Gerak balas sistem saraf individu R telah meningkat dan bersedia untuk berlumba
Alkohol telah merangsang penghantaranimpuls ke otak dan menjadikan individu R lebih berwaspada
Alkohol di dalam badan telah meningkatkan kadar denyutan jantung individu R
Antara yang berikut, yang manakah bukan kelenjar endokrin?
Ginjal
Pankreas
Tiroid
Adrenal
Antara yang berikut, aktiviti yang manakah baik untuk menjaga kesihatan mental?
Makan dengan banyak
Menonton televisyen
Bersukan
Pengambilan dadah
Antara yang berikut bukan kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol ke atas kesihatan?
Ulser perut
Sirosis
Halusinasi
Rasional
Yang manakah antara kelenjar berikut yang tidak terdapat dalam sistem endokrin manusia?
Kelenjar pituitari
Pankreas
Perut
Kelenjar adrenal
Kelenjar endokrin merembeskan hormon menyebabkan peningkatan denyutan jantung, kadar pernafasan dan tekanan darah. Apakah jenis kelenjar yang terlibat dalam aktiviti hormon ini?
Kelenjar adrenal
Kelenjar tiroid
Ovari
Pankreas
Apakah jenis hormon yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid?
Adrenalina
Tiroksina
Insulin
Progesteron
Kekurangan hormon estrogen akan menyebabkan
Lambat matang
Perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan terjejas
Masalah haid
Pertumbuhan tidak terkawal
Rajah menunjukkan leher yang bengkak disebabkan oleh suatu kelenjar. Kelenjar manakah yang terlibat?
Testis
Pancrease
Kelenjar tiroid
Kelenjar pituitari
Rajah menunjukkan seorang pesakit yang menderita suatu penyakit kesan ketidakseimbangan hormon di dalam badannya. Manakah yang berikut menyebabkan penyakit ini?
Pankreas
Kelenjar tiroid
Kelenjar adrenal
Kelenjar pituitari
Pernyataan yang manakah benar tentang hormon?
Mengawal tindakan refleks
Dihasilkan di dalam otak
Dihasilkan pada orang dewasa sahaja
Dirembeskan oleh kelenjar tanpa duktus
Seorang lelaki kerap kencing, berasa haus, kabur penglihatan dan luka pada badannya lambat sembuh. Apakah penyakit yang mungkin dihidapinya?
Akromegali
Edema
Diabetes melitus
Diabetes insipidus
Kelenjar endokrin manakah yang terlibat dalam keadaan kecemasan?
pankreas
pituitari
adrenal
tiroid
Apakah nama kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar induk?
(a)
Kelenjar ini berfungsi mengawal kadar metabolisme badan serta mengawal pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental kanak- kanak. Ia merembeskan hormon tiroksina. Apakah nama kelenjar ini?
(a)
