wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 2 (ayat majmuk)

Total questions: 40

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Encik Kassim ialah Guru Matematik.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

2.

Omar dan Hana bermain bola.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

3.

Mereka bermain di padang.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

4.

Alya makan roti dan minum susu.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

5.

Murid-murid itu menari sambil menyanyi.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

6.

Mereka mencuci tangan lalu mengelap tangan dengan kain yang bersih.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

7.

Rumah itu sangat besar.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

8.

Mereka pergi ke sekolah.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

9.

Aidil menyiram bunga.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

10.

Julaihi rajin mengulangkaji pelajaran.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

11.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Gani mengulangkaji pelajarannya. Hasan mengulangkaji

pelajarannya.

a)

dan

b)

hingga

c)

walaupun

d)

sejak

12.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Kim hendak makan nasi? Kim hendak makan mi?

a)

apabila

b)

atau

c)

tetapi

d)

hingga

13.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Pemenang peraduan itu akan mendapat sebuah piala.

Pemenang peraduan itu akan mendapat wang tunai.

a)

apabila

b)

hingga

c)

walaupun

d)

serta

14.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Gopal berbadan kecil. Gopal boleh mengangkat almari yang

besar itu.

a)

lalu

b)

dengan

c)

tetapi

d)

hingga

15.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Samy sedang bersenam. Samy sedang mendengar radio.

a)

dan

b)

sambil

c)

lalu

d)

tetapi

16.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Bas itu bergerak. Bas itu membelok ke Jalan Nuri.

a)

lalu

b)

tetapi

c)

dan

d)

walaupun

17.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Pisang itu disalut tepung. Pisang itu digoreng.

a)

lalu

b)

hingga

c)

tetapi

d)

apabila

18.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Saya tidak makan hampir semua daging. Saya makan daging ayam.

a)

kecuali

b)

dan

c)

dengan

d)

tetapi

19.

Pilih ayat majmuk yang betul.

a)

Sikin suka baca buku cerita.

b)

Abu merupakan anak Encik Abu dan Puan Maryam

c)

Siti suka minum kopi.

d)

Aminah suka warna biru.

20.

Jamil naik ke pentas______menari.

a)

lalu

b)

dan

c)

serta

21.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Kim hendak makan nasi? Kim hendak makan mi?

a)

apabila

b)

atau

c)

tetapi

d)

hingga

22.

Mak Usu mengambil gunting _______ menggunting kain.

a)

atau

b)

lalu

c)

sambil

23.

Natasha suka makan ayam goreng __________________ tidak suka makan sayur.

a)

atau

b)

dan

c)

tetapi

d)

lalu

24.

Soalan 18 berdasarkan gambar 6


Awak mahu minum teh __________ milo?

a)

dan

b)

kerana

c)

sambil

d)

atau

25.

Ayat-ayat tunggal daripada ayat majmuk berikut ialah_____.


"Siew Ling dan Adrian sedang menyiram bunga di kebun."

a)

Siew Ling sedang menyiram bunga di kebun.

Adrian sedang menyiram bunga di kebun.

b)

Siew Ling menyiram bunga di kebun.

Adrian menyiram bunga di kebun.

c)

Siew Ling sedang menyiram bunga kebun.

Adrian sedang menyiram bunga kebun.

d)

Siew Ling sedang menyiram di kebun.

Adrian sedanag menyiram di kebun.

26.

Antara berikut yang manakah ayat majmuk?

a)

Ibu Nabila membersihkan ikan, daging dan sayuran.

b)

Nabila ke dapur.

c)

Puan Zainab tersenyum.

d)

Nasri membantu ayahnya.

27.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya sambil tersenyum gembira.

a)

Pelakon itu sedang berucap gembira.

Pelakon itu tersenyum gembira di hadapan peminatnya.

b)

Pelakon itu sedang berucap di hadapan.

Pelakon itu dan peminatnya tersenyum gembira.

c)

Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya.

Pelakon itu tersenyum gembira.

28.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Semua murid Tahun Lima Biru hadir ke sekolah kecuali Niana.

a)

Semua murid Tahun Lima Biru.

Murid Tahun Lima Biru ialah Niana.

b)

Semua murid Tahun Lima Biru hadir ke sekolah.

Niana tidak hadir ke sekolah.

c)

Semua murid Tahun Lima Biru ke sekolah.

Niana juga hadir ke sekolah.

29.

Tukarkan ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.


John boleh memilih Persatuan Bahasa Melayu atau Persatuan Bahasa Inggeris sebagai aktiviti kokurikulumnya.

a)

John boleh memilih Persatuan Bahasa sebagai aktiviti kokurikulumnya.

John memilih Persatuan Bahasa Inggeris sebagai aktiviti kourikulumnya.

b)

John memilih Persatuan Bahasa Melayu sebagai aktiviti kokurikulumnya.

John memilih Persatuan Bahasa Inggeris sebagai aktiviti kokurikulumnya.

c)

John boleh memilih Persatuan Bahasa Melayu sebagai aktiviti kokurikulumnya.

John boleh memilih Persatuan Bahasa Inggeris sebagai aktiviti kokurikulumnya.

30.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Kami mendapat berita.

Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.

a)

Kami mendapat berita gembira bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video itu.

b)

Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek.

c)

Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.

31.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Upin tidak pergi ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum.

Hujan turun dengan lebatnya.

a)

Upin tidak pergi ke sekolah kerana hujan turun dengan lebatnya.

b)

Upin tidak pergi ke sekolah untuk aktiviti kokorikulum kerana hujan turun.

c)

Upin tidak pergi ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum kerana hujan turun dengan lebatnya.

32.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Jarjit telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.

Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.

a)

Jarjit dan Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.

b)

Jarjit bersama Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.

c)

Jarjit atau Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.

33.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Darius tinggal di Seremban.

Abang-abangnya tinggal di Kuala Lumpur.

a)

Darius tinggal di Seremban manakala abang-abangnya tinggal di Kuala Lumpur.

b)

Darius tinggal di Seremban ataupun abang-abangnya tinggal di Kuala Lumpur.

c)

Darius tinggal di Seremban semasa abang-abangnya tinggal di Kuala Lumpur.

34.

Pilih ayat majmuk yang tepat bagi gabungan dua ayat tunggal di bawah.

a) Fenny sedang tidur dengan nyenyaknya.

b) Suzi sedang tidur dengan nyenyaknya.

a)

Fenny sedang tidur dengan nyenyaknya sambil suzi tidur dengan nyenyaknya.

b)

Fenny dan Suzi sedang tidur dengan nyenyaknya.

c)

Fenny sedang tidur dengan nyenyaknya manakala suzi tidur dengan nyenyaknya.

35.

Pilih ayat majmuk yang tepat bagi gabungan dua ayat tunggal di bawah.

a) Rumah di atas bukit itu sangat besar.

b) Rumah di atas bukit itu tidak berpenghuni.

a)

Rumah di atas bukit itu sangat besar walaupun tidak berpenghuni.

b)

Rumah di atas bukit itu sangat besar tetapi tidak berpenghuni.

c)

Rumah di atas bukit itu sangat besar kerana tidak berpenghuni.

36.

Pilih ayat majmuk yang paling tepat bagi gabungan dua ayat tunggal di bawah.

a) Bayi itu menangis dengan kuat.

b) Perut bayi itu kembung.

a)

Bayi itu menangis dengan kuat kerana perut bayi itu kembung.

b)

Bayi itu menangis dengan kuat kerana perutnya kembung.

c)

Bayi itu menangis dengan kuat walaupun perutnya kembung.

37.

Pilih ayat majmuk yang paling tepat bagi gabungan dua ayat tunggal di bawah.

a) Kita harus berjimat ketika berbelanja.

b) kita tidak melakukan pembaziran.

a)

Kita harus berjimat ketika berbelanja agar tidak melakukan pembaziran.

b)

Kita harus berjimat ketika berbelanja kerana tidak melakukan pembaziran.

c)

Kita harus berjimat ketika berbelanja sambil tidak melakukan pembaziran.

38.

Pilih ayat majmuk yang paling tepat bagi gabungan dua ayat tunggal di bawah.

a) Kerajaan Indonesia merayu kerajaan Malaysia.

b) Kerajaan Malaysia menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Indonesia.

a)

Kerajaan Indonesia merayu kerajaan Malaysia sambil menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

b)

Kerajaan Indonesia merayu kerajaan Malaysia dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

c)

Kerajaan Indonesia merayu kerajaan Malaysia agar menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

39.

Pilih ayat majmuk yang paling tepat bagi gabungan dua ayat tunggal di bawah.

a) Kereta itu berwarna biru muda.

b) Kereta itu sangat cantik.

a)

Kereta itu berwarna biru muda tetapi sangat cantik.

b)

Kereta berwarna biru muda itu sangat cantik.

c)

Kereta itu berwarna biru muda dan sangat cantik.

40.

Zul suka bermain tenis.

Zul suka bermain ping pong.


Apakah ayat majmuk yang sesuai berdasarkan ayat-ayat tunggal di atas?

a)

Zul suka bermain tenis dan bermain ping pong.

b)

Zul suka bermain tenis tetapi bermain ping pong.

c)

Zul suka bermain tenis dan ping pong.

d)

Zul suka bermain tenis tetapi pingpong.