Font size
WorksheetsPENDIDIKAN ISLAM-5UTM: TUGASAN 6
Total questions: 33
Worksheet time: 18mins
Apakah hukum mengerjakan haji ke atas Muslim yang berkemampuan?
Sunat
Harus
Wajib
Makruh
Pernyataan berikut tidak menerangkan tentang faktor-faktor diharuskan upah haji
Sakit yang tiada harapan sembuh
Sibuk dengan kerjaya
Meninggal dunia
Terlalu tua
Apakah syarat-syarat orang yang melakukan upah haji?
(anda boleh pilih lebih daripada satu jawapan)
Dilakukan oleh lelaki sahaja
Memiliki kesempurnaan fizikal
Telah mengerjakan haji untuk dirinya
Mengerjakan haji untuk seorang sahaja pada tahun itu
Antara hikmah haji terhadap individu termasuklah ....
meningkatkan keimanan
meneguhkan persaudaraan
mempertingkatkan ekonomi umat Islam
saling berkenalan sesama umat Islam
Ibadat haji dan umrah wajib ditunaikan oleh umat Islam .............. seumur hidup
sekali
setiap tahun
seberapa banyak yang mampu
setiap kali diberi peluang
Upah haji bermaksud melakukan ibadat haji bagi pihak ...........
diri sendiri
orang lain
kaum kerabat sahaja
Ibadat haji dapat ....................... umat Islam tanpa mengira bangsa dari seluruh dunia
memperbaiki
menyatupadukan
memudahkan
memperkenalkan
Berikut adalah maksud Istitaah (mampu) dalam syarat wajib haji kecuali .....
mampu menyediakan tambang dan segala perbelanjaan haji
memiliki kenderaan pergi dan balik
tiada mempunyai kesempatan masa
selamat perjalanan pergi dan balik
Manakah antara berikut adalah benar mengenai ibadat saie?
Haji tetap sah tetapi dikenakan dam jika meninggalkannya
Wajib mempunyai wuduk ketika mengerjakannya
Wajib masuk ke tempat saie melalui pintu Safa
Bermula dari Safa dan berakhir di Marwa
- Amalah yang mesti dilakukan oleh setiap jemaah haji
- Wajib mengerjakan haji semula pada tahun berikutnya sekiranya tertinggal salah satu daripadanya.
Pernyataan di atas merujuk kepada ....
perkara sunat haji
perkara wajib haji
rukun haji
larangan ihram
Perkara yang membezakan antara rukun haji dengan umrah ialah ..............
saie
tawaf
wukuf
bertahalul
Pernyataan manakah yang tidak menerangkan tentang syarat sah mengerjakan tawaf?
Menutup aurat
Suci daripada hadas
Mencukupi tujuh kali pusingan
Menjadikan Baitullah di sebelah kanan bahu
Pilih pernyataan yang benar tentang tawaf wadak
(anda boleh pilih lebih daripada satu jawapan)
Tawaf selamat datang
Tawaf selamat tinggal
Tawaf yang dilakukan oleh orang yang masuk ke kota Mekah
Tawaf yang dilakukan oleh orang yang hendak meninggalkan Mekah
Amalan ini dilakukan selepas wukuf di Arafah bagi haji dan selepas niat ihram bagi umrah.
Amalan di atas merujuk kepada ....
saie
tawaf
tahalul
melontar jamrah
Hikmah bercukur adalah simbol ....................... diri daripada sifat tercela serta menghapuskan dosa
pembersihan
penyesalan
peningkatan
penafian
Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh jemaah haji dikenali sebagai tawaf ...........
qudum
wadak
ifadah
sunat
Berikut adalah syarat tawaf .........
(anda boleh pilih lebih daripada satu jawapan)
Menutup aurat
Suci daripada hadas
Dilakukan dalam Masjidil Nabawi
Dilakukan sebanyak sekali pusingan sahaja
Berikut adalah perkara wajib haji kecuali .....
melontar di jamrah Aqabah
bermalam di Muzdalifah
bermalam di Mina
tawaf di Baitullah
Yang manakah adalah perkara wajib umrah?
(anda boleh pilih lebih daripada satu jawapan)
Bercukur
Melontar jamrah
Berniat ihram di mikat
Meninggalkan larangan ihram
Pernyataan manakah yang tidak menerangkan tentang hikmah diadakan larangan ihram?
Bukti manusia sama sahaja di sisi Allah SWT
Melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin
Melatih umat Islam supaya memiliki keyakinan diri
Menguji keimanan dan kesabaran para jemaah haji dan umrah
Manakah yang tidak benar tentang perkara yang dilarang semasa ihram?
Memakai minyak wangi
Menutup kepala bagi lelaki
Bernikah atau mengahwinkan
Memakai pakaian berjahit bagi perempuan
Sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram haji atau umrah dikenali sebagai .............
mikat
mikat makani
mikat zamani
batu sempadan
Jemaah haji Malaysia yang terbang terus ke Madinah akan berniat ihram di ...................
Bir Ali
Zulhulaifah
Yalamlam
Zartul Iraq
Orang yang melakukan perkara larangan ihram wajib membayar .............
dam
fidyah
jizyah
kafarah
Muzdalifah terletak antara Arafah dan .............
Mina
Taif
Habsyah
Jemaah haji disunatkan memperbanyakkan ucapan ................ ketika ihram
tasbih
tahmid
talbiah
takbir
Mengerjakan umrah terlebih dahulu, diikuti dengan mengerjakan haji dalam bulan haji.
Pernyataan di atas merujuk kepada haji ...........
ifrad
qiran
mabrur
tamattuk
Apakah dam yang dikenakan kerana tidak melakukan tawaf wadak?
tertib dan takdil
tertib dan takdir
takhyir dan takdil
takhyir dan takdir
Pilih pernyataan yang benar mengenai jenis-jenis dam.
(anda boleh pilih lebih daripada satu jawapan)
Dam tertib : dam yang dibayar mengikut susunan
Dam takdil : dibolehkan memilih mana-mana jenis dam
Dam takhyir : dibolehkan membayar mengikut harga dam
Dam takdir : dam yang dibayar mengikut kadar yang ditentukan mengikut kemampuan
Berikut adalah jenis kesalahan yang dikenakan dam takhyir dan takdir.
(anda boleh pilih lebih daripada satu jawapan)
mengerat kuku
memakai bau-bauan
berburu dan mengusir binatang
meninggalkan perkara wajib haji
Dam yang dibayar mengikut susunan dikenali sebagai dam .........
tertib
takhyir
takdil
takdir
Mengerjakan haji dan umrah secara serentak adalah definisi bagi haji ..............
ifrad
qiran
mabrur
tamattuk
- Cara mengerjakan haji yang lebih afdal serta tidak dikenakan dam
- Jemaah haji mengambil masa yang panjang untuk mengerjakan haji
Pernyataan di atas merujuk kepada haji ..........
ifrad
qiran
mabrur
tamattuk
