Font size
WorksheetsSOALAN KIMPALAN SET A
Total questions: 60
Worksheet time: 15hrs 0mins
Apakah tindakan anda sekiranya didapati sebuah mesin rosak semasa bekerja ?
Teruskan membaiki alatan tersebut
Gantikan mesin tersebut kepada yang baru
Membiarkan sahaja mesin tersebut di tempatnya
Segera melaporkan kerosakan kepada guru / penyelia bengkel
Apakah fungsi ear plug ?
Untuk menghalang benda berat terkena kaki
Untuk menghalang bunyi yang kuat daripada merosakkan otak
Untuk menghalang mata daripada terdedah kepada cahaya ultraviolet
Untuk menghalang bunyi yang kuat daripada merosakkan gegendang telinga
Berapakah faktor api menjadi kuat atau besar ?
2 (Dua)
3 (Tiga)
4 (Empat)
5 (Lima)
Bagaimanakah hazard dikenalpasti ?
Memilih hazard yang mudah diselesaikan
Melihat hazard yang terdapat di tempat kerja
Memastikan hazard yang dikenalpasti dapat diselesaikan
Menilai risikonya secara kuantitatif atau kualitatif dan ditentukan samada risiko tersebut boleh diterima
Apakah maksud WPS ?
Welding procedure Safety
Welding Petroleum Standard
Welding Procedure Standard
Welding Procedure Specification
Apakah tujuan PQR diwujudkan ?
Panduan kepada pengimpal
Bukti jurukimpal telah membuat kerja-kerja mengimpa
Merekod segala kerja kimpalan yang dilakukan oleh jurukimpal
Merekod setiap ujian pemeriksaan yang dijalankan oleh pemeriksa
Apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk membangunkan WPS sesuatu kimpal ?
Merangka WPS, kemudian membuat laporan WQT dan seterusnya rekod data untuk PQR
Sediakan borang PQR, kemudian buat WQT dan jurukimpal akan mengimpal untuk WPS
Merekod PQR terhadap jurukimpal, memindahkan rekod kepada WPS dan merekod WQT setiap ujian pemeriksaan dijalankan
Merekod kerja jurukimpal dalam PQR dan setiap ujian pemeriksaan dijalankan dalam WQT, kemudian memindahkan rekod PQR kepada WPS
Antara berikut yang manakah jenis tatacara kimpalan ?
Biasa
Awam
Umum
Khusus
Apakah maksud simbol pada rajah diatas ?
Mengimpal sebelah atas
Mingimpal di permukaan
Mengimpal di sebelah anak panah
Kimpal perlu dibuat pada bahagian anak panah
Berikut yang manakah BUKAN sifat logam ?
Sifat kimia
Sifat fizikal
Sifat metrik
Sifat mekanikal
Relau apakah yang digunakan untuk membuat besi jongkong ?
Relau Bagas
Relau Kopula
Relau Elektrik
Relau Basember
Bagaimanakah cara untuk mengenali jenis-jenis logam ?
Final test
Defect test
Driving test
Fracture test
Keluli apakah yang sesuai untuk membuat mata alat ?
Keluli berkarbon tinggi
Keluli berkarbon rendah
Keluli berkarbon sederhana
Keluli berkarbon paling tinggi
Berapakah suhu yang diperlukan untuk menghasilkan keluli lembut ?
1500ºc
1600ºc
1700ºc
1800ºc
Apakah kegunaan utama elektrod ?
Menstabilkan arka.
Sebagai bahan lakur
Sebagai gas pelindung
Sebagai bahan penambah untuk membuat penyambungan
Apakah yang dimaksudkan dengan elektrod guna habis ?
Salutan elektrod habis
Teras dawai elektrod habis
Elektrod yang sudah lemau
Menggunakan sehingga pangkal elektrod
1.
Elektrod batang terdiri daripada suatu dawai yang bersalut dengan lapisan bahan lakur kecuali pada bahagian X daripada pangkal.
Apakah yang dimaksudkan dengan X ?
2mm – 3mm
15mm – 40mm
20mm – 30mm
50mm – 60mm
Apakah yang dimaksudkan dengan angka ‘1’ yang terdapat pada elektrod E 7018 ?
Kekuatan regangan
Kedudukan kimpalan
Kandungan dalam salutan
Kandungan dalam dawai teras
Apakah klasifikasi bagi Elektrod E 7016 di bawah piawaian American Welding Society ?
Basic
Rutail
Cellulose
Low hydrogen
Apakah kegunaan kabel elektrod ?
Menstabilkan arka
Menghasilkan arka.
Mengalirkan arus elektrik ke hujung elektrod
Menghubungkan mesin kimpal dengan pemegang elektrod
Antara berikut, manakah BUKAN ciri-ciri kabel bumi ?
Membolehkan terjadinya arka
Mudah lentur dan tidak terbelit
Diperbuat daripada dawai keluli halus
Menghubungkan mesin kimpal dengan benda kerja
Apakah alat yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu permukaan itu rata atau tidak dan menguji sudut tegak
Sesiku L
Penggarit
Penanda titik
Pembaris keluli
Berikut adalah jenis-jenis mesin kimpalan KECUALI ?
Rectifier
Transistor
Generator
Transformer
Antara berikut yang manakah tujuan dibuat tatacara kimpalan ?
Mengawal jadual pengeluaran
Mewajibkan kaedah kawalan mutu dilaksanakan
Menyelaraskan belanja pada kerja yang berulangan
Menjadi panduan bagi semua pihak terutama kepada pengimpal
Apakah kegunaan cermin lut sinar pada pelindung muka ?
Mengawal arka dengan stabil
Mencantikkan pelindung muka
Untuk melindungi cermin gelap
Menapis cahaya arka yang terang
Apakah yang dimaksudkan dengan huruf ‘G’ bagi kedudukan 1G ?
Gap
Groove
Goggle
Grinder
Bagaimanakah gas pelindung terhasil semasa proses kimpalan arka dilakukan ?
Terhasil dari perleburan salutan elektrod
Terhasil dari peleburan teras dawai elektrod
Terhasil dari peleburan logam dan teras dawai
Terhasil dari peleburan elektrod dan logam asas
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘F’ bagi kedudukan 4F ?
Flat
Flux
Fillet
Force
Rajah menunjukkan satu proses kimpalan. Apakah nama proses kimpalan tersebut ?
Flux Core Arc Welding
Gas Metal Arc Welding
Shield Metal Arc Welding
Gas Tungsten Arc Welding
Berapakah arus yang perlu digunakan jika elektrod yang digunakan berdiameter 2.6mm ?
40amp – 50amp
50amp – 70amp
60amp – 80amp
70amp – 90amp
Berikut adalah kesan Ampere (Arus) yang tinggi terhadap kimpalan
Elektrod terlalu panas
Kumai yang dihasilkan akan tinggi
Kumai lebar dan ketembusan dalam
Menghasilkan percikan arka yang banyak
Berapakah ukuran ‘Grove Angle’ yang biasa dilakukan untuk persediaan sebelum mengimpal ?
30º hingga 35º
45º hingga 55º
60º hingga 65º
60º hingga 70º
Berikut yang manakah BUKAN faktor pemilihan proses kimpalan ?
Ekonomi
Pendawaian
Syarikat insuran
Keperluan masa depan
Tatacara Kimpalan khusus amat penting bagi menentukan mutu kimpal yang telah memenuhi keperluan piawaian terutama dari segi kaji logam (metallurgy) , kimia dan ______________
Sifat-sifat awam
Sifat-sifat elektrik
Sifat-sifat mekanikal
Sifat-sifat semula jadi
Untuk menghilangkan karat pada permukaan besi, apakah alat yang sesuai untuk digunakan ?
Kain
Pahat
Berus dawai
Chipping hammer
Apakah kecacatan yang sering berlaku samasa mengimpal apabila terak besi tidak dibuang selepas proses pemotongan api dilakukan ?
Keretakan (Crack).
Keliangan (Porosity)
Potong bawah (Undercut)
Keselitan sangga (Slag Inclusion)
Perkara yang perlu dititikberatkan dalam proses mengimpal atas kepala ialah ?
Jarak arka yang panjang
Sudut rencong yang lebar
Elektrod yang bersaiz besar
Pengawalan arus yang betul
Bagaimanakah cara untuk mengatasi lendut (sagging) semasa membuat kimpal menegak ?
Panaskan bahan kerja terlebih dahulu
Panaskan elektrod dan gunakan arus tinggi
Tinggikan arus perlahankan kelajuan kimpal
Pendekkan jarak arka, gunakan arus yang sesuai dan kawal kolam kecairan
Apakah yang dimaksudkan dengan ujian musnah ?
Ujian yang boleh mengubah rupa bentuk asal benda kerja
Ujian musnah merupakan ujian dengan mata kasar sahaja
Ujian musnah merupakan ujian yang tidak memusnahkan bahan uji dan peralatan ujian
Ujian musnah merupakan satu pemeriksaan ujian bahan yang dijalankan ke atas bahan dan ia akan mengakibatkan kerosakkan pada bahan itu
Antara berikut yang manakah BUKAN ujian musnah ?
Bend Test
Tensile Test
Impact Test
Radiographic Test
Apakah jenis kecacatan yang tedapat dalam rajah 3 dibawah ?
Hakisan
Keliangan
Keretakan
Gurisan arka
Antara berikut manakah kecacatan yang tidak terdapat pada permukaan kimpalan ?
Spatter
Undercut
Inner porosity
Slag inclusion
Apakah tujuan back gouging dilakukan ?
Mencari kecacatan kimpalan
Menjadikan kimpalan lebih berkualiti
Untuk menjadikan kimpalan lebih bermutu.
Untuk membuang kesan kecacatan pada hasil kimpal dan membuat kimpalan semula
Berikut merupakan kaedah melaksanakan back gouging KECUALI ?
Teknik sisi
Teknik lurus
Teknik tenunan
Teknik anyaman
Elektrod gouging terbahagi kepada beberapa jenis ?
1 (Satu)
2 (Dua)
3 (Tiga)
4 (Empat)
Berapakah takat tekanan udara pada proses gouging ?
90 hingga 120 psi
80 hingga 100 psi
100 hingga 140 psi
160 hingga 180 psi
Nyatakan cecair semburan yang digunakan dalam proses Penetrant Test ?
Penetrant dan asid
Cleaner, Fluid, Asid
Penetrant, Asid, Fluid
Cleaner, Developer, Penetrant
Bilakah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diwartakan ?
01 Januari 1994
25 Januari 1994
25 Februari 1994
01 Februari 1994
Apakah tujuan utama dalam pengiraan kos?
Supaya mudah dikeluarkan bajet tahunan
Mudah kenalpasti keperluan sesebuah badan berkanun
Cara yang lebih efisyen serta lebih terkini di dunia globalisasi
Membandingkan dari segi ekonomi kaedah pembentukan atau pengeluaran sesuatu produk kimpalan
Apakah faktor yang melibatkan pengiraan kos kimpalan?
Pengunaan air
Kos pemasangan
Pelan bangunan kilang
Perbelanjaan operasi latihan
Nyatakan sebab-sebab berlakunya keselitan sangga
Menggunakan arus yang rendah
Menggunakan elektrod yang panas dan tidak lemau
Pergerakkan letrod yang salah, arka dihalakan lebih ketepi plate dimana menyebabkanbahagian tengah tidak dileburkan
Sangga tidak dibersihkan dengan sempurna sebelum melakukan lapisan yang seterusnya ketika membuat kimpalan penutup
Pilih kenyataan yang benar mengenai punca kecacatan kimpal berik
Overlap terjadi disebabkan arus kimpal yang terlalu tinggi
Porosity sering berlaku disebabkan pergerakan kimpalan yang perlahan
Undercut berpunca daripada teknik pemasukan logam penambah yang berlebihan
Keselitan sangga berlaku disebabkan menggunakan arus yang perlahan dan kumai tidak dicuci dengan bersih
Apakah yang dimaksudkan dengan rajah
Penjajaran ke atas paip bagi sambungan temu
Penjajaran ke atas flange bagi sambungan temu
Penjajaran keatas ‘ T ’ joint atau ‘ Branch’ pada sudut tegak
Penjajaran keatas ‘ L’ bow mengikut panjang paip bagi sambungan temu
‘X’ ialah ketebalan yang dibuat di bahagian tepi rencongan untuk memudahkan proses mengimpal dijalankan. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘X’ ?
Lurah
Sudut alur
Jarak punca
Muka punca
Apakah yang dimaksudkan dengan ASME ?
American Society of Mechanical Engineers
American Society of Mechanical Enginering
American Standard of Mechanical Engineers
American Standard of Mechanical Enginering
Apakah yang dimaksudkan dengan AWS ?
American Weld Society
American Weld Standard.
American Welding Society
American Welding Standard
Apakah yang jenis sambungan yang dimaksudkan dengan rajah
Sambungan Temu Tanpa Jarak Punca
Sambungan Temu V Tunggal ( singgle V )
Sambungan Temu V Dua Ganda ( Double V )
Sambungan Temu Dengan Jarak Punca dan Tanpa Muka Punca.
Tatacara megimpal yang digunakan secara meluas mengikut piawaian Amerika seperti ASME IX – Boiler Pressure Vessel Code dan _________________
AWS D 2.12 - Structural Welding Code
AWS D 1.10 - Structural Welding Code
AWS D 1.1 - Structural Welding Code
AWS D 3.11 - Structural Welding Code
Pelanggan merupakan satu syarikat persendirian atau badan – badan kebanggsaan dan kerajaan. Mereka ini bertanggungjawab untuk ?
Melaksanakan projek
Menempatkan keperluan projek
Memaksa mengikut carta projek
Menetapkan ciri –ciri keperluan didalam perjanjian projek
Apakah tujuan utama dalam pengiraan kos?
Supaya mudah dikeluarkan bajet tahunan
Mudah kenalpasti keperluan sesebuah badan berkanun
Cara yang lebih efisyen serta lebih terkini di dunia globalisasi
Membandingkan dari segi ekonomi kaedah pembentukan atau pengeluaran sesuatu produk kimpalan
