wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERCUBAAN SPM P.ISLAM KERTAS 1

Total questions: 61

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Orang yang terlibat dengan arak boleh tergugat rumahtangganya kerana

a)

hilang punca pendapatan

b)

gagal mengawal emosi

c)

ekonomi tergugat

d)

terkena penyakit berbahaya

2.


Mengapakah kita perlu berpegang dengan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah?

a)

dapat mengukuhkan kedudukan di dunia

b)

supaya amalan diterima Allah

c)

agar suka melakukan amalan sunat

d)

diterima oleh masyarakat

3.

Perbuatan manakah akan menyebabkan iman seseorang bertambah?

a)

berjaya dalam perniagaan

b)

menganjurkan majlis doa selamat

c)

menyambut tahun baru hijrah

d)

membantu orang yang kurang bernasib baik

4.

Manakah yang BENAR tentang perbuatan riddah?


I suami isteri terfasakh

II dibuang negeri

III direjam sampai mati

IV haram mempuasakai harta waris muslim

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. I dan IV

d)

D. II dan IV

5.

Mengapakah orang yang terlibat dengan ajaran sesat dikatakan akan menyebabkan kemunduran?

a)

mereka tidak suka bekerja

b)

ajaran mereka menghalang daripada bergaul dengan masyarakat luar

c)

mereka tidak proaktif kerana minda tertutup

d)

mereka tidak bergaul dengan masyarakat

6.

Mengapakah orang yang terlibat dengan ajaran sesat dikatakan akan menyebabkan kemunduran?

a)

Mereka tidak suka bekerja

b)

Ajaran mereka menghalang daripada bergaul dengan masyarakat luar.

c)

Mereka tidak proaktif kerana minda tertutup

d)

Mereka tidak bergaul dengan masyarakat

7.

Kenyataan manakah yang tidak menerangkan tentang riba?

I pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman atau hutang

II pertukaran makanan sejenis

III pesalah riba ditentukan hukumannya di dunia

IV riba dapat dielakkan jika masyarakat dapat kekayaan sama rata

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

8.

Bagaimanakah cara yang berkesan mencegah perbuatan mencuri dan merompak?

a)

Memastikan kekayaan sama rata setiap orang

b)

Memberi peluang kerjaya yang sama

c)

Sentiasa menumpukan perhatian kepada usaha pembangunan ekonomi

d)

menyelesaikan masalah pengangguran

9.

Islam mengharamkan liwat kerana kesan seperti yang berikut kecuali

a)

meruntuhkan institusi perkahwinan

b)

penyakit berbahaya merebak

c)

melahirkan keturunan yang tidak sah

d)

masyarakat menjadi huru hara

10.

Apakah faktor yang mendorong seseorang bertaubat?

a)

Sifat Allah yang Maha Pengasih

b)

Diberi peluang berbuat demikian

c)

Sering ditimpa kesusahan

d)

Mendapat hidayah untuk berubah

11.

Berikut adalah kesan kepada pelajar yang sering mencuri kecuali

a)

dibuang sekolah

b)

dihukum oleh guru

c)

merosakkan harta benda sekolah

d)

gagal dalam peperiksaan

12.

Tanda-tanda berikut merupakan ciri orang yang bertaubat melainkan

a)

rajin membaca

b)

menolong ibu bapa

c)

sentiasa solat di masjid

d)

melakukan amalan sunat

13.

Islam menggalakkan umatnya bertaubat kerana

a)

dapat jaminan kesenangan dunia

b)

memberi peluang mereka memulakan hidup baru

c)

akan mendapat pengiktirafan

d)

memberi peluang menunjukkan kebolehan diri

14.

Perbuatan lari dari medan perang akan menyebabkan kesan berikut kecuali

a)

negara mudah dijajah

b)

ekonomi negara tergugat

c)

terputus hubungan silaturahim

d)

masyarakat hidup dalam ketakutan

15.

Langkah yang boleh diambil oleh masyarakat untuk membela nasib anak yatim.


I Memberikan kemewahan seperti anak-anak yang lain

II Membina tempat perlindungan bagi yang memerlukan

III Menempatkan mereka bersama anak-anak yatim sahaja

IV Menyalurkan sumbangan mengikut keperluan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

16.

Mengapakah masih wujud anak-anak yang suka melawan ibu bapa?

a)

kurang didikan agama

b)

kesan sistem pendidikan yang aktif

c)

ibu bapa mengabaikan keperluan fizikal mereka

d)

anak-anak tidak mengetahui peranan ibubapa

17.

Bagaimanakah semangat jihad dapat dipupuk dalam kalangan pelajar?

a)

memberi latihan ketenteraan

b)

memberi pendedahan kepada isu yang berlaku di dunia

c)

memberi kesedaran tentang peranan mereka terhadap negara

d)

menonton filem-filem yang mempunyai unsur peperangan

18.

Derhaka kepada ibubapa termasuk dalam kategori dosa besar kerana

a)

Allah memberi amaran azab tentangnya di akhirat

b)

mereka akan hidup dalam kesesatan

c)

Disingkir oleh masyarakat

d)

Anak tidak akan mendapat harta pusakanya

19.

Antara peranan masyarakat untuk mencegah pengaruh dadah ialah ________________

a)

selalu bertanya jiran tentang aktiviti anak-anak mereka

b)

membuat rondaan pada waktu malam

c)

saling memantau perkembangan remaja setempat

d)

mewujudkan rukun tetangga

20.

Kesan daripada tuntutan fasakh isteri menyebabkan


I isteri tidak dapat hak pewarisan

II suami tidak boleh rujuk isteri

III isteri tidak berhak dapat tempat tinggal semasa iddah

IV tidak boleh berkahwin semula selama-lamanya

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

21.

Hikmah Islam mengharuskan khuluk ialah ___________


I. dapat memberi bayaran yang dituntut oleh suami supaya menceraikan isteri

II. isteri dapat menunjukkan kuasa dan haknya dalam rumahtangga

III. membuktikan keadilan Islam terhadap wanita

IV. dapat menyelesaikan masalah jika suami enggan menceraikan isteri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

22.

· tidak boleh rujuk isteri dalam tempoh iddah

. perlu akad nikah baru untuk kembali menjadi suami isteri


Pernyataan di atas menerangkan kesan daripada _________

I. fasakh

II. zihar

III. Khuluk

IV. Nusyuz

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

23.

Faktor manakah yang akan menyebabkan seorang isteri dikira nusyuz?

a)

pulang lewat dari tempat kerja

b)

tidak mahu berkongsi nafkah sara hidup dengan suami

c)

enggan melakukan kerja rumah

d)

berkasar dengan suami

24.

Nasihat > Memisahkan tempat tidur > memukul dengan niat mendidik


Perkara di atas merupakan kronologi penyelesaian masalah yang melibatkan

a)

zihar

b)

nusyuz

c)

li'an

d)

isteri menuntut cerai

25.

Kesan `A' yang ditunjukkan dalam rajah di atas ialah

a)

fasakh

b)

khuluk

c)

li'an

d)

nusyuz

26.

Pilih pernyataan yang menunjukkan situasi tidak berlaku zihar.

a)

Menyandarkan zihar kepada anggota isteri

b)

Menyamakan perangai isteri dengan ibunya

c)

Menyamakan isteri dengan fizikal ibu susuannya

d)

Melakukan zihar kepada isteri dalam iddah talak raj'i

27.

Pilih susunan kifarah zihar mengikut tertib yang betul

a)

Memberi makan orang miskin, puasa dua bulan atau merdekakan hamba

b)

Memberi makan orang miskin, merdekakan hamba atau puasa dua bulan

c)

Merdekakan hamba, puasa dua bulan atau memberi makan orang miskin

d)

Memerdekakan hamba, memberi makan orang miskin atau puasa dua bulan

28.

Proses li'an di pihak suami melibatkan.


I. Sumpah tuduhan

II. Pengakuan laknat dari Allah

III. Penafian tuduhan

IV. Penafian laknat Allah

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

29.

Manakah yang berikut bukan kesan li'an kepada suami?

a)

Tidak boleh berkahwin dengan bekas isteri selama-lamanya

b)

Sumpahan suami menyebabkan dia boleh dihukum qazaf

c)

Wajib memberi nafkah kepada anak jika tidak menafikan nasab

d)

Tidak wajib memberi nafkah iddah kepada isteri

30.

Seseorang lelaki yang memohon untuk berpoligami mestilah mematuhi syarat.


I. Mendapat keizinan isteri pertama

II. Belum memiliki empat isteri

III. Mampu memberi kemewahan

IV. Boleh berlaku adil

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

31.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang hikmah poligami.

a)

Dapat menyambung keturunan zuriat

b)

Membela nasib anak-anak yatim

c)

Melahirkan generasi yang cemerlang sahsiah

d)

Mengelak melakukan maksiat

32.

Manakah yang tidak benar mengenai mahkamah syariah?

a)

Menyelesaikan kes penderaan suami kepada isteri

b)

Menyelesaikan tuntutan poligami.

c)

Menyebarkan maklumat perundangan keluarga

d)

Menyediakan perkhidmatan rundingcara

33.

Menurut Imam as-Syafie, melihat bakal isteri hukumnya _______

a)

harus

b)

haram

c)

sunat

d)

makruh

34.

Lelaki manakah yang tidak sah berkahwin?


I. Belum baligh

II. Beristeri empat

III. Dalam ihram

IV. Bukan mahram

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

35.

· Bapa

. Datuk


Maklumat di atas berkaitan dengan __________

a)

hak mengahwinkan gadis tanpa persetujuan

b)

mendapat kuasa daripada sultan menjadi wali

c)

hak memindahkan kuasa wali kepada wali hakim

d)

kuasa menentukan perceraian anak atau cucu mereka

36.

Pilih susunan wali yang betul mengikut tertib.

a)

Bapa, datuk, anak saudara lelaki sebelah bapa, saudara lelaki

b)

Datuk, bapa, anak saudara lelaki, saudara lelaki

c)

Bapa, datuk, saudara lelaki, anak saudara lelaki sebelah bapa

d)

Datuk, bapa, saudara lelaki, anak saudara lelaki

37.

Sebab yang boleh memindahkan kuasa wali nasab kepada wali hakim ialah ___________.


I. wali menyembunyikan diri

II. wali tidak tahu membaca dan menulis

III. wali sendiri ingin berkahwin dengan gadis

IV. wali tidak dimaklumkan tarikh pernikahan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

38.

Pilih kenyataan yang benar tentang mahar.


I. Tidak boleh berhutang mahar

II. Merupakan pemberian wajib dari suami

III. Mesti diserahkan semasa akad nikah

IV. Bentuk nilai yang tertentu

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

39.

Hikmah diwajibkan mahar adalah seperti berikut kecuali

a)

tanda kesanggupan suami memikul amanah

b)

lambang tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri

c)

penghargaan kepada bapa isteri yang mewalikan anaknya

d)

untuk menggembirakan hati isteri yang sanggup meninggalkan keluarga

40.

Aktiviti manakah yang dilarang ketika mengadakan majlis walimatul urus?

a)

pertunjukan silat

b)

lagu berunsur nasihat

c)

penghargaan kepada tetamu

d)

tepung tawar tolak bala

41.

Islam tidak menggalakkan perceraian kerana

a)

meruntuhkan institusi kekeluargaan

b)

memutuskan kasih sayang suami isteri

c)

isteri tidak lagi berhak mendapat nafkah

d)

isteri hilang tempat bergantung

42.

Tanggungjawab bersama antara suami dan isteri ialah _________


I. menyediakan keperluan makanan

II. menyediakan tempat tinggal

III. memberi layanan yang baik

IV. memelihara dan mendidik anak

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

43.

Tanggungjawab bersama antara suami dan isteri ialah _________


I. menyediakan keperluan makanan

II. menyediakan tempat tinggal

III. memberi layanan yang baik

IV. memelihara dan mendidik anak

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

44.

Keharmonian sesebuah rumah tangga dapat menyumbang kepada pembangunan negara melalui _______

a)

sumbangan ekonomi keluarga

b)

hubungan baik suami isteri

c)

lahirnya anak-anak yang cemerlang

d)

wujud semangat muhibbah dalam keluarga

45.

Pilih pernyataan yang benar mengenai isteri yang dalam iddah.

a)

isteri dalam iddah talak raj'i berhak dapat nafkah zahir dan batin

b)

isteri dalam iddah talak raj'i dan bain berhak dapat hak pewarisan

c)

isteri dalam iddah cerai mati berhak tinggal di rumah suami hingga tamat iddah

d)

suami tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dalam iddah talak raj'i

46.

Mengapakah Islam mengadakan larangan tertentu kepada wanita yang dalam iddah?

a)

Menjaga maruah dan aurat wanita

b)

Melindungi hak suami yang melafazkan talak

c)

Mengelakkan umpat dan fitnah

d)

Memastikan isteri dan suami mebuat keputusan yang betul

47.

Hikmah Islam mengharuskan fasakh sebagai salah satu langkah penyelesaian masalah rumahtangga ialah _________

a)

memberi peringatan kepada suami supaya bertanggungjawab

b)

peluang isteri membuat tuntutan harta sepencarian

c)

untuk menuntut nafkah yang gagal ditunaikan

d)

mendapatkan hak penjagaan anak bila berlaku perceraian

48.

Sifat positif yang boleh dicontohi oleh pelajar daripada Imam Ahmad bin Hanbal ialah__________.


I. pandai berniaga

II. sentiasa membawa alat tulis ke mana-mana

III. suka menyoal guru

IV. gigih keluar menuntut ilmu di awal pagi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

49.

Kegigihan Imam Ahmad bin Hanbal beribadat dapat dilihat daripada __________


I. kesungguhannya khatam al-Quran setiap tujuh hari sekali

II. menunaikan solat sunat sebanyak 150 rakaat walaupun sakit dan tua

III. tidak tidur malam kerana beribadat

IV. meninggalkan keduniaan kerana tidak mahu tertipu dengannya

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

50.

· Namanya Muhammad bin Idris bin Al Abbas as Syafi'

· Menghafaz al-Quran ketika berusia 9 tahun

· Menghafaz kitab al Muwatta' ketika berusia 10 tahun

. Hidup miskin tetapi gigih menuntut ilmu


Maklumat di atas menerangkan tentang tokoh

a)

pengasas mazhab maliki

b)

pengasas mazhab hanafi

c)

pengasas mazhab syafie

d)

pengasas mazhab hanbali

51.

Siapakah yang bertanggungjawab mengetuai Baitul Mal?

a)

bendahari negara

b)

ketua bendahari negara

c)

pengurus perbendaharaan negara

d)

ketua pengurus perbendaharaan negara

52.

Manakah yang tidak termasuk dalam struktur pasukan tentera Abbasiyyah?

a)

Al Amir

b)

Al Qaid

c)

Al Naqib

d)

Al Rais

53.

Tokoh X -

· Mengasaskan idea islah

· Menentang penjajah di tanah airnya

. Menghasilkan majalah al-Urwatul Wusto


X dalam maklumat di atas ialah :

a)

Hamka

b)

Ibnu Khaldun

c)

Syeikh Tahir Jalaludin

d)

Sayyid Jamaluddin al Afghani

54.

Apakah tugas unit al-Massahun (bahagian peninjau) dalam tentera kerajaan Abbasiyah?

a)

bertanggungjawab dalam pembinaan kem tentera dan kubu pertahanan

b)

menasihati panglima tentera tentanmg topografi sesuatu tempat

c)

mengurus setor dan kelengkapan persenjataan

d)

bertanggungjawab mengintip kekuatan dan kedudukan musuh

55.

Unit manakah yang berperanan mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera?

a)

al Massahun

b)

al Bahriyyah

c)

al Jawasis

d)

diwan at Tasnif

56.

Manakah yang berikut merupakan kesan daripada pembangunan ekonomi Abbasiyyah yang pesat?

a)

rakyat hidup dalam kemewahan yang melimpah ruah

b)

pembinaan gedung-gedung membeli belah yang banyak

c)

penyebaran Islam yang berkesan

d)

peningkatan prasarana negara seperti jalanraya dan bangunan pendidikan

57.

. Mengurus pendapatan dan perbelanjaan untuk semua jabatan kerajaan dan gaji kakitangan kerajaan


Pernyataan di atas menerangkan peranan

a)

Dewan al-Nafaqah (Jabatan Kewangan)

b)

Dewan al Kharaj (Jabatan Cukai)

c)

Baitul Mal (Perbendaharaan Negara)

d)

Dewan al Azimmah (Jabatan Audit)

58.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'laluan sutera' bagi para pedagang pada zaman Abbasiyyah?

a)

Laluan perdagangan ke Andalus dan Eropah Barat

b)

Laluan pedagang ke China melalui Samarkand

c)

Laluan perniagaan ke Afrika dan Madagascar

d)

Laluan pedagang yang berniaga sutera dan bahan-bahan tekstil

59.

Langkah-langkah berikut telah diambil oleh Kerajaan Abbasiyyah untuk meningkatkan bidang perindustrian melainkan____________.

a)

membina pusat perniagaan yang lengkap dengan perigi di laluan utama

b)

membina rumah api untuk laluan kapal

c)

meningkatkan jenis-jenis bahan industri

d)

meningkatkan keselamatan untuk mengelak serangan lanun

60.

Pembangunan pertanian dilaksanakan dengan giat termasuk.


I. menutup ladang-ladang yang tidak aktif

II. mengeksport lebih banyak hasil pertanian

III. melebarkan sungai dan terusan

IV. membuat penyelidikan dalam bidang pertanian

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

61.

Faktor manakah yang tidak berkaitan dengan perkembangan dakwah yang pesat semasa pemerintahan Abbasiyyah?

a)

Islam menawarkan cara hidup yang boleh menjamin kekayaan

b)

keinginan penduduk setempat kepada agama Islam

c)

galakan daripada khalifah supaya dakwah Islamiah disebar luaskan

d)

kedudukan Baghdad memudahkan pertemuan ulamak dan pedagang