wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET PERCUBAAN PP 2020

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

NYATAKAN POLA AYAT DI BAWAH:

Majlis perkahwinan anak lelaki orang kaya itu amatlah meriah.

a)

A. FN + FN

b)

B. FN + FK

c)

C. FN + FA

2.

Kedua-dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu ialah Bakhtiar dan Baharom.

a)

FN + FS

b)

FN + FK

c)

FN + FN

3.

Api yang marak itu sukar dipadamkan kerana angin bertiup kencang ketika itu.

a)

FN + FA

b)

FN + FK

c)

FN + FS

4.

Blok asrama baharu untuk pelajar sekolah itu sedang dibina oleh kontraktor bertauliah.

a)

FN + FK

b)

FN + FS

c)

FN + FN

5.

Penyanyi cilik yang memenangi pertandingan itu dari Sabah.

a)

FN + FN

b)

FN + FK

c)

FN + FS

6.

Lelaki yang baru melaporkan diri di pejabat itu lulusan Universiti Sains Malaysia.

a)

FN + FN

b)

FN + FA

c)

FN + FS

7.

v> Satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.

Pihak kastam telah berjaya menumpaskan sendiket pemalsuan wang dengan tangkapan ketua mereka di lapangan terbang malam tadi

a)

KE - DILAPANGAN

KI - MENANGKAP

b)

KE - SINDIKET

KI - PENANGKAPAN

c)

KE - SINDIKET

KI - MENANGKAP

8.

Pendidikan pra-sekolah diperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga

6 tahun bertujuan dedahkan mereka pada persekitaran sosial.

a)

KE - PRASEKOLAH

KI - MENDEDAHKAN

b)

KE - SOCIAL

KI - PENDEDAHAN

c)

KE - PRASEKOLAH

KI - PESEKITARAN

9.

Semangat nasionalisma semakin luntur dalam jiwa remaja kerana mereka dipengaruh

oleh budaya Barat.

a)

KE - LENTUR

KI - DIPENGARUHI

b)

KE - NASIONALISME

KI - TERPENGARUH

c)

KE - NASIONALISME

KI - DIPENGARUHI

10.

Satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan

satu kesalahan tatabahasa.


Tukang cuci itu mencuci tandas yang kotor dan berbau hamis kerana pengguna

tandas tersebut bukan bertanggungjawab.

a)

mencuci - membasuh

bukan - tidak

b)

pengguna - penjaga

kerana - sebab

c)

hamis - hancing

bukan – tidak

11.

“Saya ingin beradu sekarang kerana hari sudah lewat malam,” titah sultan pada pegawai istana baginda.

a)

beradu - tidur

titah - kata

b)

Saya - Beta

pada – kepada

c)

Saya -- patik

ingin - akan

12.

Para budayawan mestilah menjana minda untuk sama-sama berfikir dan mencari jalan kerana mengatasi masalah pendidikan di negara kita.

a)

budayawan - hartawan

kerana - supaya

b)

budayawan – negarawan

kerana - untuk

c)

budayawan – negarawan

kerana - setelah

13.

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.


Cikgu selalu berpesan kepada saya agar sentiasa berwaspada dengan perkara di sekeliling sebelum ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.

a)

NASI SUDAH MENJADI BUBUR

b)

MENCURAH AIR KE DAUN KELADI

c)

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

14.

Nek Kiah sering menasihati cucu-cucunya supaya berjimat cermat dan menyimpan

wang untuk digunakan pada masa hadapan namun mereka tidak menghiraukannya.

a)

sikit-sikit lama-lama menjadi bukit

b)

bagai mencurahkan air ke daun keladi

c)

alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

15.

Omar yang baru sahaja disahkan barah usus tahap empat, menerima pula berita

bahawa isterinya terlibat dengan kemalangan maut.

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

berat mata memandang berat lagi bahu memikul

c)

berat sam dipikul ringan sama dijinjing