NEW
Font size
WorksheetsSTPM PENGAJIAN AM SEM 3 2014
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Yang manakah dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia?
I Memperjuangkan hak negara-negara Selatan
II Menekankan penyelesaian konflik secara rundingan
III Menjaga hubungan dengan negara yang sama ideologi
IV Mengutamakan hubungan dagangan dengan negara-negara Utara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah objektif dasar luar Malaysia?
Memelihara kedaulatan negara
Mewujudkan keamanan sejagat
Melindungi negara-negara miskin
Mengekalkan penguasaan ekonomi
Yang manakah alasan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengamalkan dasar luar bercorak pro-Barat?
Malaysia sebagai anggota pertubuhan negara Komanwel
Negara Barat merupakan rakan dagang utama negara
Keupayaan pasukan pertahanan negara yang terhad
Hubungan akrab dengan negara prodemokrasi
Yang manakah kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara-negara serantau?
Forum Serantau ASEAN
Wilayah Ekonomi Koridor Utara
Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali
Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand
Perisytiharan “Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali” oleh ASEAN bertujuan untuk
menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear
menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara
menjamin pertumbuhan dan kestabilan ekonomi di Asia Tenggara
Perundingan multilateral yang bertujuan untuk membina keyakinan dalam memelihara keamanan dan kestabilan
Pernyataan di atas merujuk kepada
Mesyuarat Asia-Eropah
Forum Serantau ASEAN
Sidang Kemuncak Asia Timur
Dialog Antarabangsa Langkawi
Yang manakah yang menunjukkan komitmen Malaysia dalam hubungan antarabangsa?
Menjadikan ASEAN sebagai tonggak dasar luar negara Malaysia
Memperjuangkan pasaran terbuka dalam Kerjasama Selatan-Selatan
Menghantar tentera pemerhati di bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam
Menyalurkan bantuan kewangan kepada pejuang Palestin dalam menuntut hak mereka
Malaysia memberikan bantuan untuk membangunkan keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman pembangunan
Pernyataan di atas merujuk kepada
Rancangan Colombo
Dialog Antarabangsa Langkawi
Program Kerjasama Teknikal Malaysia
Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand
Malaysia menyertai Kerjasama Selatan-Selatan untuk
menggalakkan kerjasama antara benua
meluaskan pasaran barangan Malaysia
menjadi peneraju bagi negara-negara Selatan
mengatasi masalah ekonomi yang dialami negara-negara Selatan
- Mengelakkan campur tangan negara maju dalam hal ehwal negara lain
- Menghormati hak asasi manusia
Pernyataan di atas merujuk kepada sokongan Malaysia dalam
Penubuhan Persidangan Islam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
Pertubuhan Negara-Negara Komanwel
Yang manakah isu kerjasama yang Malaysia bincangkan dalam ASEAN?
I pencegahan penyakit AIDS
II Keselamatan makanan
Ill Peraturan pilihanraya
IV Membanteras rasuah
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah yang benar tentang pendirian Malaysia dalam isu-isu antarabangsa?
Menyokong sekatan ekonomi terhadap Iraq
Menentang kebangkitan puak ekstremis secara kekerasan
Menyokong penggunaan nuklear untuk tujuan keselamatan
Menggesa negara maju lebih iltizam dalam menyelesaikan isu alam sekitar global
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan teknologi hijau?
I Kos yang tinggi
II Kurang insentif daripada kerajaan
III Tiada sumber tenaga yang mencukupi
IV Teknologi bergantung kepada negara maju
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah isu yang terangkum dalam Protokol Kyoto?
Ancaman pencemaran jerebu
Pembebasan gas rumah hijau
Kekurangan bekalan makanan dunia
Keselamatan makanan yang diubah genetik
Sidang Kemuncak Copenhagen 2009
Yang manakah cabaran dalaman yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk mencapai hasrat persetujuan dalam perkara di atas?
Kesedaran mengenai hak asasi
Kekurangan sumber tenaga manusia
Integriti rakyat mengenai alam sekitar
Kelemahan sistem pendidikan negara
