WorksheetsKATA HAMPIR SAMA MAKNA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pak Ali sedang ______________ lalang di belakang rumahnya.
memotong
menebas
menggerudi
menukul
Niat enam lelaki cuba merompak sebuah kedai pajak dengan ________________ dinding premis itu tidak tercapai.
memotong
menebas
menggerudi
menyirat
Nenek saya suka ____________________ tikar untuk kegunaan di bilik tamu.
menganyam
membuat
mengikat
menyirat
Nelayan itu ___________________ jala untuk menangkap ikan di laut dalam.
menganyam
membuat
mengikat
menyirat
Budak yang nakal itu ______________________ burung di dusun Pak Lah.
membuang
melastik
memukul
membaling
Ibu itu _____________ anaknya yang nakal itu.
membuang
melastik
memukul
membaling
Pemuda itu biasanya ______________________ bola di padang pada petang hari Sabtu.
membuang
menyepak
merejam
membaling
Kapal terbang itu sukar _________________ kerana tiupan angin kuat.
berlabuh
mendarat
berhenti
Apabila kapal _________________ , kargo akan dikeluarkan dari gudang dan dimuatkan ke dalam kapal menggunakan kren kapal ataupun kren dok.
berlabuh
mendarat
berhenti
Sudah beberapa kali penunggang motosikal nyaris terbabit kemalangan dengan bas yang _________________ di tengah laluan.
berlabuh
mendarat
berhenti
______________ cakera ialah acara lontaran yang juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.
rejam
buang
lempar
Jangan ______________________ sampah di merata-rata tempat.
membuang
merejam
melempar
mencampak
Pelatih itu menyatakan undang-undang dan peraturan dalam acara _________________ lembing.
rejam
buang
lempar
Pencuri itu telah _______________ keluar sampul surat berisi wang itu dari keretanya ketika dalam perjalanan pulang.
membuang
merejam
melempar
mencampak
Budak itu cuba mengait kelapa di atas pokok kelapa yang tinggi _______________ .
melangit
melambung
meninggi
menggunung
Harga getah ____________________ semenjak kekurangan getah di pasaran antarabangsa.
melangit
melambung
meninggi
menggunung
Selepas banjir, sampah di kawasan itu tinggi _________________.
melangit
melambung
meninggi
menggunung
Pokok itu tumbuh membesar dan _____________dari sehari ke sehari.
menggunung
meninggi
melambung
melangit
___________________ asap rokok membahayakan kesihatan.
menyedut
menghirup
menghidu
merasa
Ahmad ________________ surat khabarnya di pit lengannya semasa berjalan.
memasuk
mengepit
membaca
