NEW
Font size
WorksheetsSejarah T4 Bab 1-10
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
1. Manakah antara berikut merupakan kerajaan terawal di Alam Melayu?
A. Kerajaan Funan
B. Kerajaan Champa
C. Kerajaan Srivijaya
D. Kesultanan Melayu Melaka
2. Apakah kerajaan yang wujud selepas kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka?
A. Kerajaan Johor Riau
B. Kerajaan Majapahit
C. Kerajaan Srivijaya
D. Kerajaan Jambi
3. Apakah maksud wilayah taklukan?
A. Wilayah diperolehi melalui persahabatan
B. Wilayah diperolehi melalui perkahwinan
C. Wilayah diperolehi melalui perdagangan
D. Wilayah diperolehi melalui peperangan
4. Apakah yang dimaksudkan “Kawasan pegangan” dalam pemerintahan Kesultanan Melaka?
A. Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada putera raja untuk ditadbir
B. Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada keluarga diraja untuk ditadbir
C. Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada pembesar berempat untuk ditadbir
D. Kawasan pemerintahan raja berdaulat
5. Dalam undang-undang laut Melaka, malim adalah seorang yang harus arif tentang ilmu pelayaran.
Apakah hukuman seorang malim yang lalai sehingga menyebabkan kerosakan kapal?
A. Dibuang daerah
B. Dihukum bunuh
C. Digantung kerja
D. Dipenjara
6. Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776 merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British.
Mengapakah revolusi tersebut tercetus?
I. Menegakkan kedaulatan parlimen
II. Memperkenalkan pelbagai jenis cukai
III. British tidak melindungi hak penduduk
IV. Mempertahankan pemerintahan autokratik
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
7. Apakah isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan tersebut?
A. Kecintaan kepada budaya tempatan
B. Pengenalan sistem pemerintahan Islam
C. Pengenalan kepada sistem birokrasi Barat
D. Penubuhan parti-parti politik bersifat radikal
Hans Khon
8. Apakah maksud nasionalisme menurut tokoh di atas?
A. Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa
B. Perjuangan menentang penjajahan melalui persatuan dan perpaduan yang kuat
C. Kesedaran dan ketegasan diri akibat ancaman terhadap kepentingan orang Melayu
D. Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan hanya kepada bangsa dan negaranya
9. Apakah punca tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914?
A. Kejatuhan Empayar Uthmaniyah
B. Kegagalan perjanjian Versailles
C. Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary
D. Pencerobohan wilayah British oleh Amerika Syarikat
10. Perang Dunia Pertama berakhir pada tahun 1918 telah membawa kepada perjanjian x.
Apakah perjanjian X?
A. Perjanjiaan Tordasillas
B. Perjanjian Versailles
C. Perjanjian San Fransisco
D. Perjanjian Anti Komunis
11. Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu telah menubuhkan Koa Kunrenjo .
Apakah tujuan Koa Kunrenjo ditubuhkan?
A. Menjaga keamanan
B. Melatih pemimpin tempatan mentadbir
C. Mengawal aktiviti ekonomi Tanah Melayu
D. Mewujudkan kerjasama antara penduduk
12. Apakah kesan penggunaan matawang Jepun yang dikenali sebagai “wang pokok pisang”?
A. Inflasi
B. Nilai matawang tinggi
C. Harga barang rendah
D. Ekonomi meningkat
13. Mengapakah kerajaan British ingin menguasai Sabah?
I. Memenuhi kepentingan British
II. Desakan Kerajaan British
III. Masalah Pewarisan Takhta
IV. Masalah kewangan SBUB
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
14. Pentadbiran Malayan Union telah mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.
Apakah ciri pentadbiran Malayan Union?
I. Diketuai oleh Gabenor British
II. Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja
III. Syarat kerakyatan diperketatkan
IV. Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
15.Pembentukan Malayan Union pada tahun 1946 menimbulkan rasa tidak puas hati oleh orang Melayu.
Bagaimanakah orang Melayu menentang penubuhan tersebut?
I. Mendapatkan sokongan negara luar
II. Menubuhkan gerakan bersenjata
III. Menghidupkan persatuan Melayu
IV. Mengadakan Kongers Melayu
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
16. Semasa pentadbiran Malayan Union, Tanah Melayu berubah taraf menjadi
A. Tanah Bebas
B. Tanah Jajahan
C. Negeri Lindungan
D. Negeri Naungan
17. Mengapakah gabungan PUTERA dan AMCJA menolak rangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A. Enggan berkompromi dengan penjajah
B. Jawatankuasa Kerja tidak diwakili semua kaum
C. Menentang pengembalian kuasa Raja-raja Melayu
D. Mahu kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan
18.Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan gagasan Malayan Union.
Apakah faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
I. Bantahan orang Melayu
II. Sokongan pentadbir British
III. Bantahan golongan Imigran
IV. Cadangan Pesuruhjaya Tinggi British
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
19. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai secara rasmi pada 1 Februari 1948.
Apakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948?
I. Gabungan sembilan buah negeri-negeri Melayu
II. Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Sultan
III. Rang undang-undang perlu mendapat perkenan pihak British
IV. Jus Soli hanya terbuka untuk rakyat Raja dan rakyat British
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
20. Antara yang berikut, manakah syarat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang?
A. Lahir di luar negeri dan ayahnya mestilah rakyat Raja
B. Bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu
C. Mempunyai tingkah laku yang baik dan tiada rekod jenayah
D. Bermastautin selama 15 tahun daripada 20 tahun dari hari permohonan
21. Manakah antara berikut merupakan karya yang menyebarkan ideologi komunis?
A. Manifesto
B. Das Kapital
C. Das Manifesto
D. Communist Kapital
22. Antara berikut, yang manakah merupakan bentuk kerjasama yang diberikan oleh British kepada PKM semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu?
I. Bantuan kemanusiaan
II. Penubuhan MPAJA
III. Bekalan senjata
IV. Latihan tentera
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
23. Apakah peraturan yang terkandung dalam Undang-undang Darurat 1948?
I. Membakar rumah kediaman
II. Menggeledah rumah kediaman
III. Menahan individu yang disyaki
IV. Membunuh individu yang disyaki
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
24. Komunis telah mengancam keselamatan rakyat dengan
A. Mengalihkan landasan kereta api
B. Membakar harta benda penduduk
C. Menyerang pasukan polis
D. Merosakkan pokok getah
25. Apakah konsep yang digunakan oleh Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) dalam memperjuangkan kemerdekaan?
A. Tanah Melayu untuk Malayan
B. Malaysia
C. Melayu Raya
D. Merdeka
26. Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ingin meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu?
A. Penubuhan Jawatankuasa Pendidikan.
B. Kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini diperakui.
C. Pilihan raya diadakan pada peringkat Majlis Perundangan Persekutuan.
D. Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).
27. Perhimpunan rakyat di Perhimpunan Maahad Al Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak melahirkan Majlis Agama Islam Tertinggi (MATA) telah melahirkan Hizbul Muslimin. Apakah matlamat Hizbul Muslimin?
A. Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam.
B. Kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan.
C. Kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut.
D. Membina satu negara yang teguh dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
28. Apakah cadangan Laporan Woodhead 1955 bagi sistem pendidikan Kebangsaan di Sarawak dan Sabah?
A. Mengutamakan bahasa Inggeris
B. Mewajibkan pendidikan sekolah rendah
C. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
D. Pendidikan berdasarkan latar belakang etnik
29. Pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu diadakan selaras dengan peruntukan dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Mengapakah pilihan raya diadakan?
A. Membentuk kerajaan
B. Menggubal undang-undang
C. Memilih Yang di-Pertuan Agong
D. Mewujudkan persempadanan kawasan
30. Perikatan UMNO-MCA telah berjaya memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya peringkat negeri pada tahun 1954.
Apakah kepentingan kemenangan tersebut?
A. Memelihara kesetian rakyat
B. Menjamin keselamatan negara
C. Pembentukan kabinet negara
D. Penerimaan terhadap kerjasama kaum
31. Mengapakah Pilihan Raya Umum Pertama yang diadakan dianggap penting?
A. Mengetuai pentadbiran negeri
B. Merintis kemerdekaan negara
C. Mengukuhkan perpaduan kaum
D. Menamatkan pemerintahan British
32. Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang telah dibentuk selepas Pilihan Raya 1955?
A. Mentadbir negara
B. Menjatuhkan hukuman
C. Memilih wakil kerajaan
D. Menggubal undang-undang
33. Apakah yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?
A. Penolakan terhadap Malayan Union
B. Pilihan Raya Umum 1955
C. Ancaman Komunis di Tanah Melayu.
D. Janji kerajaan British kepada pemimpin tanah Melayu.
34. Apakah tujuan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?
A. Menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
B. Mempercepatkan kemerdekaan negara
C. Melantik pegawai pentadbiran kerajaan yang baru.
D. Membincangkan kedudukan Raja-Raja Melayu.
35. Apakah perkara yang terkandung dalam Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
I. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
II. Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga mmepunyai autonomi tertentu.
III. Pelaksanaan Pilihan Raya Persekutuan
IV. Kewarganegaraan masyarakat Cina dan India.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
36. Siapakah tokoh yang memberikan pandangan penetapan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957?
A. V.T. Sambanthan
B. Dato’ Onn Jaafar
C. Leong Yew Koh
D. Sheikh Abdullah Fahim
37. Apakah takrifan pengertian kemerdekaan menurut tokoh gerakan Pan – Islamisme Sayyid Jamal al Din al Afghani
A. Kebebasan adalah hak mutlas seseorang yang bertamadun dan berwawasan
B. Kemerdekaan merangkum kebebasan berfikirdan bertindak terhadap penindasan rejim
C. Rakyat mesti bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri bangsa, agama dan negara
D. Kebebasan boleh dicapai melalui politik bebas dari penghambaan, kemiskinan dan penderitaan
38. Jawatankuasa Persediaan Fizikal dibentuk bagi memastikan segala perancangan yang di atur dapat dijalankan dengan sebaiknya menjelang detik pemasyhuran kemerdekaan negara.
Apakah nilai yang diamalkan oleh anggota jawatankuasa tersebut?
A. Toleransi
B. Rasional
C. Kasih sayang
D. Kesederhanaan
39. “Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni”
Petikan ucapan di atas adalah ucapan tokoh tentang makna kemerdekaan. Tokoh yang di maksudkan ialah
A. Nelson Mandela
B. Manhatma Gandhi
C. Soekarno
D. Tun Fuad Stephen
40. Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan telah memberi banyak tumpuan dalam pembangunan sosial seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan sosial dan lain lain lagi.
Mengapa perkara tersebut perlu dilakukan segera
I. Untuk meningkatkan sosioekonomi negara
II. Untuk mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat
III. Untuk memastikan rakyat dapat berkerja
IV. Untuk menghalang menularnya pengaruh komunis
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
