Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Ulangkaji Sains (3)

Total questions: 13

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Gambar menunjukkan satu contoh tumbuhan berbunga monokotiledon. Pilih 3 jawapan yang menunjukkan ciri-ciri tumbuhan berbunga jenis MONOKOTILEDON?

a)

mempunyai satu biji benih

b)

Berakar tunjang

c)

Daun berurat selari

d)

Kebanyakan pokok berbatang lembut

2.

"Sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang sama."


Pernyataan di atas merupakan maksud bagi

a)

Habitat

b)

Populasi

c)

Komuniti

d)

Spesies

3.

Vitamin boleh dikelaskan kepada vitamin larut air dan dan vitamin larut lemak. Yang manakah antara berikut BUKAN vitamin larut lemak?

a)

A

b)

D

c)

B

d)

K

e)

E

4.

Imunisasi adalah suatu usaha untuk memberikan daya tahan secara aktif pada manusia terhadap penyakit tertentu.

Apakah bahan yang disuntik ke dalam badan manusia untuk melawan jangkitan penyakit?

a)

Vaksin

b)

Antigen

c)

Patogen

d)

Sel darah putih

5.

Yang manakah antara berikut BUKAN bahan pencemar air?

a)

Bahan buangan domestik

b)

Tumpahan minyak

c)

Gas Klorofluorokarbon

d)

Bahan kimia dalam pertanian

6.

Peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan alkali yang menghasilkan garam dan air. Persamaan perkataan bagi tindak balas peneutralan ialah

a)

Asid + Alkali → Garam + Air

b)

Garam + Alkali → Asid + Air

c)

Asid + Garam → Alkali + Air

d)

Asid + Air → Garam + Alkali

7.

Pilih 2 pernyataan yang betul mengenai Cas Elektrostatik.

a)

Cas elektrik yang dihasilkan oleh objek yang berlainan secara geseran

b)

Cas elektrik terdiri dari cas positif (proton) dan cas negatif (elektron)

c)

Cas-cas yang sama jenis akan saling menarik.

d)

Cas-cas yang berlainan jenis akan saling menolak.

8.

Tuas dikelaskan kepada 3 jenis iaitu tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga.


Gambar di atas merupakan satu contoh aplikasi tuas bagi kelas?

a)

Tuas kelas pertama

b)

Tuas kelas kedua

c)

Tuas kelas ketiga

9.

Gambar menunjukkan satu fenomena yang berlaku pada waktu siang.

Udara panas di darat naik ke atas dan udara sejuk dari permukaan laut bergerak untuk menggantikan udara panas di darat.


Apakah nama fenomena tersebut?

a)

Bayu laut

b)

Bayu darat

c)

Angin ribut

d)

Pemanasan global

10.

Pantulan gelombang suara yang sampai ke telinga pendengar dengan kelewatan dikenali sebagai

a)

Gema

b)

Kenyaringan

c)

Kelangsingan

d)

Getaran

11.

Pilih 3 ciri-ciri yang betul yang digunakan untuk pengelasan bintang.

a)

Suhu

b)

Kecerahan

c)

Jangka hayat

d)

Saiz

12.

Apakah unsur pertama di bahagian dalam planet Uranus?

a)

Ais dan batu

b)

Air dan batu

c)

Air dan habuk

d)

Ais dan oksigen

13.

Apakah objek di angkasa yang terbakar dengan terang di atmosfera Bumi?

a)

Meteor

b)

Meteorid

c)

Komet

d)

Asteroid