wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 8 : TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah ibu kota yang teletak di wilayah Hijaz?

I. Najd

II. Yaman

III. Makkah

IV. Madinah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan Empangan Maarib.


Keruntuhan Empangan Maarib pada tahun 300 M.


Mengapakah masyarakat Arab tidak mampu membina semula Empangan Maarib?

a)

Tiada tenaga kerja

b)

Tidak mempunyai modal

c)

Tiada pemimpin yang berwibawa

d)

Tidak mempunyai ilmu pengetahuan

3.

Pernyataan berikut menunjukkan salah satu agama dan kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat Arab Jahiliah.


Agama X

· Menyembah api

· Berasal daripada Parsi

a)

Animisme

b)

Majusi

c)

Nasrani

d)

Yahudi

4.

Apakah peristiwa yang berlaku di Gua Hira’?


Peristiwa yang berlaku di Gua Hira’ telah membawa kepada kemunculan dan perkembangan Tamadun Islam.


Apakah peristiwa yang berlaku di Gua Hira’?

a)

Pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT

b)

Nabi Muhammad SAW dilahirkan

c)

Wahyu pertama diturunkan

d)

Wahyu kedua diturunkan

5.

Masyarakat Arab Jahiliyyah menjalankan aktiviti perniagaan.


Antara berikut, yang manakah ciri-ciri perniagaan dalam masyarakat jahiliah?


I. Mementingkan keuntungan

II. Mengamalkan riba

III. Menggunakan kekerasan

IV. Penipuan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan dakwah Nabi Muhammad SAW.


Dakwah Nabi Muhammad SAW pada peringkat awal adalah secara rahsia dan disebarkan kepada inndividu tertentu.


Siapakah individu terawal memeluk Islam?

I. Uthman bin Affan

II. Umar bin al-Khattab

III. Siti Khadijah binti Khuwailid

IV. Abu Bakar al-siddiq

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

7.

Apakah sumbangan terbesar Abu Bakar al-siddiq semasa dalam Khulafa al-Rasyidin?

a)

Membuka wilayah baharu

b)

Memperkenalkan tentera laut

c)

Memperkenalkan sistem cukai

d)

Memerangi golongan al-Riddah

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW.


Sebagai pemimpin tentera, Nabi Muhammad SAW terkenal dengan sifat kepimpinan dan akhlak mulia.


Apakah sifat kepimpinan dan akhlak mulia Nabi Muhammad SAW yang boleh kita contohi?

a)

Berani

b)

Berdedikasi

c)

Semangat juang yang tinggi

d)

Mendengar pandangan orang lain

9.

Apakah strategi berkesan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam usaha menawan semula kota Makkah?

a)

Melatih tentera menggunakan pedang dan tombak

b)

Membahagikan pasukan kepada beberapa pemimpin tentera

c)

Membina benteng pertahanan bagi mengawal kemaraan musuh

d)

Menasihati ketua tentera supaya sentiasa peka dengan arahan baginda

10.

Pembukaan semula kota Makkah yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW telah memberi kesan umat Islam.


Apakah kesan daripada pembukaan semula kota Makkah?


I. Makkah menjadi kota suci umat Islam

II. Makkah berkembang maju

III. Lebih ramai memeluk agama Islam

IV. Nabi Muhammad SAW meluaskan pengaruhnya

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan konsep ummah.


Konsep ummah dalam Tamadun Islam sangat bertepatan dengan negara Malaysia


Antara berikut, yang manakah bukan konsep ummah?

a)

Masyarakat hidup dalam negara Islam

b)

Masyarakat bekerjasama memajukan negara

c)

Masyarakat mempunyai tanggungjawab yang sama

d)

Masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan syura?

a)

Mesyuarat yang diadakan untuk menaikkan imej Islam

b)

Kerjasama antara penduduk dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah

c)

Tanggungjawab semua penduduk dalam menegakkan agama Islam

d)

Mesyuarat yang diadakan untuk mencapai keputusan mengikut suara ahli yang terbanyak

13.

Sumbangan tamadun Islam boleh dilihat dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, ekonomi dan kewujudan pusar kegiatan intelektual.


Berdasarkan contoh berikut, manakah yang menunjukkan sumbangan Islam dalam bidang ekonomi?

a)

Sistem Syura

b)

Pembinaa menara

c)

Pengenalan Baitulmal

d)

Teknik penyelidikan saintifik

14.

Pada pendapat anda, mengapakah Islam mengangkat kedudukan dan maruah wanita?

a)

Berpegang kepada ajaran al-Quran

b)

Diskriminasi terhadap kaum lelaki

c)

Meneruskan amalan masyarakat jahiliah

d)

Mengambil kesempatan terhadap sikap baik wanita

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan seorang ilmuan Islam


· Merupakan tokoh perubatan

· Merupakan ahli falsafah yang masyhur dengan bukunya al-Qanun fi al-Tib

· Ahli falsafah barat Albert The Great telah dipengaruhi oleh karyanya


Ilmuan Islam yang dimaksudkan di atas ialah

a)

Al-Kindi

b)

Ibn Sina (Avicenna)

c)

Al-Battani (Albategnius)

d)

Jabir bin Hayyan (Geber)

16.

Antara yang berikut, ilmuan Islam yang manakah pernah belayar sampai ke India dan Alam Melayu?

a)

Al-Kindi

b)

Al-Biruni

c)

Ibn Battuta

d)

Al-Khawarizmi

17.

Apakah sumbangan Shafiah binti Abdul Muthalib terhadap sejarah perkembangan Islam?

a)

Periwayat hadis Nabi

b)

Tempat rujukan agama

c)

Merawat tentera perang

d)

Menyebarkan Islam ke Yaman

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan kesenian.


· Seni menulis dengan indah

· Seni Khat


Apakah istilah berkaitan dengannya?

a)

Arabes

b)

Kaligrafi

c)

Geometri

d)

Cakerawala

19.

Apakah tujuan utama pembinaan menara dalam seni bina Islam?

a)

Penanda arah kiblat

b)

Sebagai mercu tanda

c)

Tempat membaca khutbah

d)

Laungan azan dapat didengari dari jarak jauh

20.

Seni bina Islam berkembang maju dalam pembinaan masjid di India.


Apakah keunikan binaan masjid di negara tersebut?


I. Lengkung yang menirus

II. Dihiasi dengan ukiran fauna

III. Mempunyai tingkap yang banyak

IV. Bumbung yang berbentuk bawang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV