wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Bahasa Ting 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

a)

prasyarat

b)

prasarana

c)

prasejarah

d)

prasekolah

2.

Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.

a)

bersemayam

b)

bersiram

c)

bertabal

d)

beradu

3.

Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.

a)

comot ... terputus

b)

pudar ... tertatal

c)

lusuh ... meretas

d)

kusam ... mengoyak

4.

Keadaan di lebuh raya pada malam itu ___________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.

a)

kelam

b)

gelap

c)

sunyi

d)

senyap

5.

Umar menunggu kawannya ___________ pukul tiga hingga empat petang.

a)

daripada

b)

pada

c)

dari

d)

di

6.

—Orang ramai bersorak ketika Syabil _________ piala kemenangan selepas menjurai kejohanan bola sepak itu.

a)

menjulang

b)

memikul

c)

mengelek

d)

menjinjing

7.

—Para penduduk di taman perumahan itu terpaksa __________ banjir untuk menyelamatkan harta benda mereka.

a)

menyeberang

b)

menongkah

c)

menyusur

d)

meredah

8.

“__________ mahu semua rakyat bersatu padu demi menjaga keharmonian

negara,” titah , Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena sambutan

Hari Kemerdekaan negara.

a)

patik

b)

beta

c)

tuanku

d)

baginda

9.

Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.

a)

menanak ... menjerang

b)

memasak ... mendidihkan

c)

menanak ... merebus

d)

mengukus ... menjerang

10.

Pandangan Pak Yusof _________ setelah kepalanya terhantuk pada bucu tiang garaj keretanya itu.

a)

bersinar-sinar

b)

berpinar-pinar

c)

berbalam-balam

d)

berpusing-pusing

11.

Pada tahun ini durian, rambutan, dokong dan manggis di dusun Haji Abdul Aziz _____________ lebat buahnya.

a)

nian

b)

betul

c)

benar

d)

paling

12.

Kita perlu banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran untuk __________ pemikiran serta mengasah minda kita.

a)

memperkuat

b)

memperjelas

c)

memperlebar

d)

mempertajam

13.

Puan Naemah lebih suka menggunakan kad telefon _________ syarikat tersebut kerana liputan taliannya yang lebih meluas.

a)

prabawa

b)

pracukai

c)

prabayar

d)

prasyarat

14.

Kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia _____________ untuk Haifa melanjutkan pelajaran ke menara gading.

a)

membuka jalan

b)

membuka mata

c)

membuka langkah

d)

membuka ruang

15.

Buaya yang besar itu ___________ ekornya sebelum membaham mangsanya.

a)

melebarkan

b)

mengibaskan

c)

mengibarkan

d)

melibaskan

16.

Kami dapat melihat perahu-perahu nelayan yang ____________ dipukul ombak ketika mengambil angin di tepi pantai itu.

a)

terliang-liuk

b)

terolang-aling

c)

terkontang-kanting

d)

terpontang-panting

17.

Kita hendaklah sentiasa bersenam ________ makan makanan yang menyihatkan __________ tidak mahu mendapat penyakit.

a)

dan ... jika

b)

serta ... ketika

c)

dengan ... jika

d)

lalu ... sekiranya

18.

Encik Sulaiman menghadiahkan ___________ cincin berlian kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

seutas

b)

sebutir

c)

sebilah

d)

sebentuk

19.

Kasihan Amri. Sudahlah bas sekolah meninggalkannya, tayar basikalnya pula pancit. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

biar lambat asal selamat

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

nasi sudah menjadi bubur

20.

Beberapa kuntum bunga ros di halaman rumah Fatin telah ______________ serta mengeluarkan bau yang sungguh harum.

a)

mekar

b)

rimbun

c)

kuncup

d)

kembang