wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

STPM PENGAJIAN AM SEM 3 2014 ULANGAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah faktor penentu dasar luar Malaysia?

I Geostrategik

II Ideologi negara

III Status

IV Kepimpinan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.

Yang manakah yang bertepatan dengan faktor penentu dasar luar di atas?

I Melindungi hak asasi manusia

II Menyokong usaha keadilan sosial

III Menentang pencerobohan wilayah

IV Mempercepat pertumbuhan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

* Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang baik

* Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Komuniti Sosio-Budaya ASEAN

b)

Komuniti Ekonomi ASEAN

c)

Forum Serantau ASEAN

d)

Piagam ASEAN

4.

* Meningkatkan kerjasama ekonomi antara negara yang berjiran

* Merancang pembangunan sektor pelancongan, sektor perindustrian, dan infrastruktur


Hasrat di atas dapat dicapai melalui kerjasama dalam

a)

ASEAN +3

b)

Komuniti Ekonomi ASEAN

c)

Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan

d)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

5.

Yang manakah pendirian Malaysia untuk menangani isu dalaman yang berbangkit dalam kalangan negara anggota ASEAN?

a)

Masalah diselesaikan oleh rakyat negara itu sendiri

b)

Masalah hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa

c)

Penyelesaian masalah hendaklah mengambil kira pandangan negara jiran.

d)

Negara anggota diberikan peluang untuk terlibat sama dalam penyelesaian masalah

6.

* Masyarakat ASEAN berkongsi perasaan bahawa mereka mempunyai satu identiti yang sama dan hala tuju strategik yang serupa

* Mencapai integrasi ekonomi yang komprehensif


Yang manakah entiti yang boleh mencapai hasrat di atas?

a)

Wawasan ASEAN 2020

b)

Komuniti Ekonomi ASEAN

c)

Kawasan Pelaburan ASEAN

d)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

7.

* Meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kewangan, sumber manusia, saintifik dan teknikal, dan infrastruktur Pembentukannya dimeterai di Malaysia


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Forum Serantau ASEAN

b)

Mesyuarat Asia-Eropah

c)

Dialog Utara-Selatan

d)

ASEAN +3

8.

Yang manakah tujuan Malaysia mengutarakan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) dalam persidangan antarabangsa?

a)

Untuk menangani isu keganasan antarabangsa

b)

Untuk mewujudkan perdagangan bebas dan adil

c)

Untuk mengawal masalah perubahan iklim yang drastik

d)

Untuk meningkatkan hubungan diplomatik antara kerajaan

9.

Yang manakah matlamat Kerjasama Selatan-Selatan?

a)

Memperjuangkan hak dan persamaan ras

b)

Mengelakkan negara anggota terlibat dalam peperangan ideologi

c)

Mengelakkan campur tangan negara maju dalam hal ehwal negara anggota

d)

Mengurangkan pergantungan ekonomi negara anggota kepada negara maju

10.

* Malaysia telah berjaya mempromosikan keamanan melalui platform diplomasi

* Pernah menjadi pengerusi pertubuhan ini


Pernyataan di atas merujuk kepada peranan aktif Malaysia dalam

a)

Pertubuhan Persidangan Islam

b)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

c)

Kumpulan Lapan Negara Membangun

d)

Pertubuhan Negara-Negara Komanwel

11.

Yang manakah projek yang ASEAN mempertanggungjawabkannya kepada Malaysia?

a)

Pusat Latihan Wilayah bagi Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara

b)

Pusat Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik

c)

Pusat Kajian Bahasa Inggeris

d)

Pusat Inovasi dan Teknologi

12.

Yang manakah pendirian Malaysia tentang isu hak asasi?

I Memberikan bantuan ketenteraan kepada Lubnan

II Mengecam pengujian senjata nuklear oleh Korea Utara

Ill Menyokong proses pilihan raya demokrasi di Myanmar

IV Memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

13.

Anggota misi bantuan kemanusiaan Malaysia sering menghadapi kekangan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana alam dan mangsa perang kerana

I Barangan bantuan sering kali menjadi sasaran rompakan

II kekurangan Latihan keselamatan untuk para sukarelawan

Ill negara jiran enggan menjadi pintu masuk untuk penyerahan bantuan

IV kekurangan kakitangan untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

14.

* Persaingan dengan pengeluaran minyak soya

* Kesukaran memasuki pasaran negara maju


Yang manakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk menghadapi cabaran di atas?

a)

Meningkatkan industri hiliran

b)

Meliberalisasikan ekonomi negara

c)

Mengadakan pembelian timbal balik

d)

Mengadakan kerjasama dengan pengusaha industri lain

15.

Yang manakah cabaran terhadap daya saing Malaysia untuk menghadapi persekitaran ekonomi global?

I Saiz pasaran

II Keberkesanan kos

Ill Kekurangan kepakaran

IV Keadaan politik dalam negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV