wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi Tingkatan 4 dan 5

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat isi rumah dalam membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah

kekurangan?

a)

A Meminimumkan kos

b)

B Memaksimumkan tabungan

c)

C Memaksimumkan kepuasan

d)

D Meminimumkan perbelanjaan

2.

Maklumat dibawah berkaitan dengan faktor-faktor pengeluaran.


  • Encik Kamal merupakan pemilik restoran makanan Korea di Kota Kinabalu, Sabah. Encik Kamal menggunakan simpanan sebanyak RM50 000 dan juga pinjaman bank sebanyak RM25 000 untuk memulakan perniagaan tersebut. Beliau menggajikan tiga orang pekerja tempatan.


Faktor Pengeluaran yang terlibat dalam situasi di atas ialah:

a)

A. modal, usahawan, tanah dan buruh

b)

B. tanah, buruh dan modal

c)

C. usahawan, buruh dan tanah

d)

D. modal, buruh dan usahawan

3.

Rajah di atas menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran. Pada titik yang manakah wujudnya kos lepas?

a)

A. R

b)

B. S

c)

C. T

d)

D. U

4.

Bagaimanakah sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi?


I Jenis barang ditentukan oleh pengeluar

II Kuantiti barang ditentukan oleh pengguna

III Kaedah pengeluaran berdasarkan untung maksimum

IV Agihan barang berdasarkan corak agihan pendapatan masyarakat

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

5.

Keluk penawaran sesuatu barang menunjukkan

a)

A. kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh penjual pada pelbagai tingkat harga

b)

B. kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh penjual mengikut kemahuan pengguna

c)

C. kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh penjual apabila kos pengeluaran meningkat

d)

D. kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh penjual mengikut undang-undang yang telah

ditetapkan

6.

Suatu pasaran dikatakan mencapai keseimbangan pasaran apabila

a)

A. kuantiti ditawar melebihi kuantiti diminta

b)

B. kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan

c)

C. kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan

d)

D. kuantiti di minta kurang daripada kuantiti ditawarkan

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan harga permintaan?

a)

A. mengukur peratus perubahan harga akibat daripada perubahan pendapatan

b)

B. mengukur peratus perubahan harga akibat daripada peratus perubahan kuantiti diminta

c)

C. mengukur peratus perubahan dalam kuantiti diminta akibat daripada perubahan pendapatan

d)

D. mengukur peratus perubahan dalam kuantiti diminta akibat daripada peratus perubahan

harga

8.

Antara berikut yang manakah kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank perdagangan kepada pelanggan-pelanggan?

a)

A. Draf bank

b)

B. Kad kredit

c)

C. Pindahan kredit

d)

D. Perintah sedia ada

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan kaedah pembelian barangan secara bayaran kredit?

a)

A. Pengguna akan membayar harga yang lebih rendah

b)

B. Berlaku peningkatan dalam taraf hidup pengguna

c)

C. Menggalakkan pengguna berbelanja melebihi pendapatan

d)

D. Pengguna boleh menikmati diskaun harga yang lebih banyak

10.

Mengapakah seseorang individu perlu merancang belanjawan peribadi?

a)

A. Meningkatkan hasil pendapatan individu

b)

B. Merancang perbelanjaan mengikut keutamaan

c)

C. Merancang perbelanjaan berdasarkan jumlah potongan wajib

d)

D Memastikan perbelanjaan terancang ketika promosi jualan pada musim perayaan

11.

Pelaburan lebih baik daripada tabungan kerana

a)

A. Risiko lebih rendah

b)

B. Pulangan lebih stabil

c)

C. Pulangan lebih tinggi

d)

D. Pulangan tidak dikenakan cukai pendapatan

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran suatu barang.


Kos tetap : RM80

Kos berubah : RM200

bilangan output : 500 unit


Berapakah kos purata untuk mengeluarkan 500 unit output?

a)

A. RM0.48

b)

B. RM0.56

c)

C. RM2.87

d)

D. RM5.20

13.

Untung per unit adalah perbezaan antara

a)

A. Hasil sut dengan kos sut

b)

B. Hasil purata dengan kos tetap

c)

C. Jumlah hasil dengan jumlah kos

d)

D. Hasil purata dengan kos purata

14.

Apakah faktor yang membantu peningkatan tahap produktiviti sesebuah organisasi?

a)

A. Lokasi kerja bersebelahan di tapak pembinaan

b)

B. Rakan sekerja yang sukar memberi kerjasama

c)

C. Pengurus yang suka memberi arahan tanpa budi bicara

d)

D. Penggunaan peralatan dan jentera yang moden dan canggih

15.

Faedah sosial yang diperolehi oleh dua orang rakan sekerja yang berkongsi kerja ke pejabat ialah


I Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah

II Kadar penggunaan minyak petrol yang tinggi

III Kos perubatan dan kesihatan yang meningkat

IV Kadar pencemaran alam sekitar yang rendah

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

16.

Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang.

Mengapakah berlaku perubahan keluk D0D0 ke D1D1?

a)

A. Harga barang itu meningkat

b)

B. Pendapatan pengguna menurun

c)

C. Harga barang pengganti menurun

d)

D. Jangkaan harga akan meningkat pada masa depan

17.

Kenaikan harga purata barang akan menyebabkan

a)

A. kuasa beli meningkat

b)

B. upah benar menurun

c)

C. tabungan meningkat

d)

D. perbelanjaan penggunaan menurun

18.

Tenaga Nasional Berhad di Malaysia dianggap sebagai syarikat monopoli semula jadi kerana

a)

A. dimiliki oleh sektor swasta

b)

B. disenaraikan di Bursa Saham

c)

C. mengenakan harga yang tinggi

d)

D. menanggung kos modal yang tinggi

19.

Manakah yang menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos?

a)

A. Pertambahan kos bahan api

b)

B. Pengembangan kredit bank perdagangan

c)

C. Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan

d)

D. Peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi globalisasi?

a)

A. kenaikan taraf perintis

b)

B. perkembangan ekonomi

c)

C. perkembangan teknologi maklumat

d)

D. kenaikan kadar pertukaran mata wang asing