NEW
Font size
WorksheetsSTPM PENGAJIAN AM SEM 3 2017
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Yang manakah faktor yang perlu diguna pakai untuk menentukan dasar luar Malaysia?
Kedudukan strategik negara
Perdagangan antarabangsa negara
Kerjasama dengan kuasa-kuasa besar
Pakatan ketenteraan dengan negara serantau
Apakah rasional Malaysia mengutamakan jalinan hubungan diplomatik yang erat dalam kalangan negara-negara ASEAN?
Keselamatan
Kepelbagaian etnik
Kedudukan geopolitik
Keunikan budaya penduduk
Yang manakah prinsip asas dalam pembentukan dasar luar Malaysia?
I Memenuhi tuntutan ekonomi
II Hidup Bersama secara aman dan harmoni
III Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain
IV Menyelesaikan konflik melalui kekuatan ketenteraan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Malaysia membincangkan visi untuk mewujudkan komuniti ekonomi tunggal pada penghujung tahun 2015 dalam
Kerjasama Selatan-Selatan
Pertubuhan Persidangan Islam
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
Yang manakah komitmen Malaysia terhadap hubungan diplomatik dengan negara luar?
I Membantu mangsa bencana tsunami di Acheh
II Menjadi orang tengah dalam penyelesaian isu di Selatan Filipina
Ill Menyertai misi ketenteraan memerangi keganasan di Timur Tengah
IV Memberikan status taraf pelarian kepada rakyat Rohingya dari Myanmar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah sumbangan Malaysia dalam penyelesaian politik di Myanmar?
Menyokong kemasukan Myanmar dalam ASEAN
Menerima pelarian Muslim Rohingya dari Myanmar
Memberikan kebenaran untuk membuka kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur
Mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi berunding dengan kerajaan tentera Myanmar
* Mempertingkat sistem perdagangan dan menangani isu ekonomi global
* Mengeratkan hubungan dua hala antara negara-negara di dua rantau
Pernyataan di atas merujuk kepada kerjasama Malaysia dalam
Mesyuarat Asia-Eropah
Dialog Antarabangsa Langkawi
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Pertubuhan Perdagangan Sedunia
* Membincangkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan serta integrasi ekonomi serantau
* Membincangkan kepentingan pembiayaan industri kecil dan sederhana
Perkara di atas dibincangkan oleh Malaysia dalam
Kerjasama Selatan-Selatan
Pertubuhan Persidangan Islam
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Malaysia telah dipilih sebagai ahli dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli
Majlis Amanah
Majlis Keselamatan
Perhimpunan Agung
Majlis Ekonomi dan Sosial
* Menerima bantuan serantau dan antarabangsa untuk mencari pesawat penumpang MH370 yang hilang
* Menghantar bantuan semasa berlaku bencana alam di Acheh dan di Jepun
Bentuk kerjasama di atas berkaitan dengan
kemanusiaan
sikap keterbukaan
semangat setia kawan
semangat persefahaman
Yang manakah tindakan Malaysia dalam isu Hak Asasi Manusia Sejagat?
Mematuhi deklarasi antarabangsa
Mendesak penyelarasan takrifan hak asasi
Menolak pendekatan Amerika Syarikat terhadap keganasan
Meningkatkan komitmen Malaysia terhadap keamanan dunia
Yang manakah tindak balas Malaysia terhadap pergolakan di luar negara?
I Mengaktifkan pejabat kedutaan Malaysia untuk menjadi penghubung antara keluarga di Malaysia dengan rakyat Malaysia di negara yang bergolak
II Mendapatkan bantuan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengeluarkan rakyat Malaysia daripada negara yang bergolak
III Mengurus penghantaran balik rakyat Malaysia dari negara yang bergolak
IV Memutuskan hubungan politik sementara dengan negara yang bergolak
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
* Kerjasama politik dan keselamatan
* Menggalakkan pembinaan komuniti serantau
Pernyataan di atas merujuk kepada bentuk kerjasama yang ingin Malaysia capai melalui
Mesyuarat Asia-Eropah
Sidang Kemuncak Asia Timur
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa
Masalah yang dihadapi oleh Malaysia berkaitan dengan keijasama dua hala bidang ekonomi dengan negara jiran ialah
I kadar pertukaran asing
II perundangan yang berbeza
III pengeluaran produk yang sama
IV pengiktirafan halal pada produk
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
* Mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan gas rumah Hijau
* Mengurangkan pembebasan klorofluorokarbon
Inisiatif di atas terkandung dalam
Protokol Cartagena
Protocol Montreal
Protokol Madrid
Protokol Kyoto
